CETUSAN MINDA

Manisnya!! .....


SEBAB MUSABAB PERLU ANDA KURANGKAN 
G.U.L.A

GULA Mengganggu Fungsi Tubuh

Dalam satu kajian menyatakan apabila tubuh menguraikan gula,asid toksik iaitu pyruvic acid yang terbentuk  akan memberi kesan negatif kepada sel tubuh dengan menghalang penyerapan oksigen ke dalam sel darah merah secara menyeluruh.
Keadaan inilah yang memulakan gejala negatif  kepada tubuh yang menggangu kekebalan fungsi tubuh.

                 
              GULA  Hilangkan Mineral/vitamin Dari Tubuh

Gula yang dikatakan sukar untuk diurai menyebabkan tubuh terpaksa mengguna banyak vitamin & mineral  utk singkirkan toksin ini & ini membawa kepada kekurangan zat badan.Antara kesannya menyebabkan badan mudah rasa penat & malas!
Selain itu juga,gula yang berlebihan akan mengakibat pereputan gusi kerana kalsium ditarik dari tulang/gigi utk membantu melindungi darah dari ketidakstabilan asid yang dicetus dari kandungan gula yang tinggi.



GULA Buatkan Otak Menjadi Lemah


Gula mampu membuat otak  hilang fokus hingga membuat kita mudah merasa mengantuk!
Jika anda dapati diri anda secara tiba-tiba bertukar menjadi pelupa atau sukar mencongak angka meskipun pengiraan yang mudah,maka itu adalah mungkin anda terambil  
makanan manis yang berlebihan!
Ini kerana otak memerlukan Glutamic Acid utk berfungsi dengan sempurna & keperluan ini banyak terkandung dalam makanan tinggi Vitamin B .
Malangnya,gula yang diproses ini mampu membunuh bakteria di dalam usus yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan Vitamin B tambahan.

GULA buatkan anda Gemuk!

Satu kajian yang diterbitkan di dalam Journal Of The American Medical Association,
menunjukkan bahawa individu yang mengambil gula secara berlebihan ,tidak kiralah
dari sumber apa pun akan cenderung mempunyai kadar lemak tepu yang tinggi dan 
kadar kolesterol baik (HDL) yang rendah.
Ini merupakan berita buruk kerana kandungan lemak tepu yang berlebihan akan meninggikan 
risiko mendapat serangan angin ahmar /stroke!
Selain itu,ini akan memperlahankan tahap metabolisme tubuh yang boleh mengundang kepada kegemukan dan juga menjadi punca utama diabetes.



Kesimpulannya.....

Kurangkan Gula Dalam Minuman....Tambahkan Gula dalam Senyuman...
Biarpun hidup ini tidak selalunya semanis gula.....
;)

S.M.I.L.E !


** Olahan Sumber : Bahan Bacaan Rapi Mac/2011

20 comments:

Tinaz said...

Assalamualaikum..:)

Mengingatkan diri agar tidak mengambil gula berlebihan.

Kadangkali berfikir juga kenapa diri ini sering mengalami tahap gula yang agak rendah hingga menyebabkan badan menjadi lemah dan sering merasa hendak pitam.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua agar dapat beribadah dengan sempurna kepada~Nya..:)

ibuintan said...

as salam Tinie,

selamat bercuti

gula pemanis yang juga pembunuh senyap.. kita maniskan senyuman sajalah nampaknya, tak perlu modal kan

IMANSHAH said...

Salam Kak

Dulu saya suka sangat manis. tapi lately dah tak suka..bukan senang nak ubah habit ni..saya ikut arwah ayah yg suka minum manis

kak Erna said...

Assalam tini..insyaallah..kurangkan gula dalam minuman tu..boleh aje..bila2 pun..tapi sayangnya tini..kuih manis ni susah betul nak kurangkan..satu hari..sekurang2nya dua ketul tu..mesti nak jugak..

ckLah said...

ckLah adalah mangsa 'kekejaman' gula, meski selama ini menjaga pemakanan dengan baik. Kuasa tuhan, kan...kalau Dia mahu beri, Dia beri...dan cklah terima.


:D

Afida Anuar said...

ahaa, fida macam kak erna kak, minum manis tu dah kurang, tapi suka makan kuih manis!.. alahaii...

ok, hari ni dah tambah sket manis dalam senyuman..amboiii manisnya, anak dara sapa ni..hehe

Cikli said...

oooo... patutla gula naik harga.

sal said...

Assalamualaikum my dear tinie

terima kasih berkongsi info..sebenarnya sebelum ini
kesedaran tentang pengambilan gula pd kak sal memang sgt kurang..

moga lebih prihatin.

Pn Kartini said...

To tinaz...
Waalaikummussalam...:)
Kiranya pengamalan secara berpada2 itu ptgkan..
Terlebih maupun terkurang..Ada kesannya juga.
Moga saudari Tinaz diberikan kesihatan yg baik yaa:)

Pn Kartini said...

To ibuintan:)
Assalamualaikum...
Selamat bercuti utk sis juga..
Sebnrnya sis..n3 ni utk peringatan diri ni..tang senyum tu tak dek maslah...tang manis lam minuman tu haaaa...
Kena praktis ambil air kosong nihhh!

Pn Kartini said...

To imanshah

Salam dik iman kita..
Mesti sakan bercuti2an nii...
Samalh akak ni haa...now kena usaha tukar tabiat bermanis2an lam minuman nihh:)

Zaitun said...

Tambahkan gula dalam senyuman boleh dapat banyak pahala dan yang paling untung awet muda.

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Erna

:)Assalamualaikum:)

ermm...memang kalau bab kuih muih mmg manis2 kan..tp tini jarang kak kuih...cuma nak minum tuu..nak air manis jekk..tu yg kena ubah tabiat nii..:)

Pn Kartini said...

To my dear sis CkLah:)

Mungkin byk faktor juga bukan shj pada gula..kan..namun begitulah kita..menerima ketentuan dariNya..
Namun..cuba utk sentiasa berpada2 dalam pengamalan diet ..
Take care sis!

Pn Kartini said...

tO MY LOVELY DIK FIDA:)

Assalamaualaikum..:)
Fuhhhh!! hampir tak kenal k tini dek panahan senyuman dik fida yg menggoda..hehehe..

ermmm..akak lain skit..suka minum manis..ingat leh maniskan muka...manalah tahu kut2 awet:phuhuu..

Pn Kartini said...

To Mr CikLi

aa'ahh...tulah kan..
dah mmg gula ada pembawa penyakitnya...tu yg dinaikkan rege gula tuhh..konon2 tak ramai laa yang nak beli lagi kutt...kureng permintaan...
erkk!;p

Pn Kartini said...

To my dear kak Sal:)

Salam my dear sis:)
n3 utk peringatan diri tini jgk ni sis...kongsi info bersama..
Cuba utk kontrol diri dari bermanis-manisan niii..:)

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Zai:)

Assalamualaikum:)

Moga akak sihat2 di sana:)
Awet muda yang suka tuuu...kiranya lepas2 nii nak senyummmm jekk...:)tambah gula dlm senyuman katakan...:):)

a kl citizen said...

tahu....

tapi, payahnya nak mengawal kehendak nafsu

Pn Kartini said...

To my dear sis normah:)

tulah kan...memang tahu
tapi susah bebenor nak lawan nafsu tu kann....huhuhu..Tapi kita cuba pelan2 ekk...;)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran