CETUSAN MINDA

..DIAM itu Lebih BAIK..




Lumrah Alam
Selagi boleh berkata-kata
Selagi kata-kata itu membuat seseorang itu terasa
Selagi mana boleh persendakan seseorang
Selagi ucapan tanpa didahului akal
Selagi itu dosa kan tercatat
Apakah mainan kata itu
dosanya sebesar 
zarah?

Mungkinkah kita terlupa
Apa yang diperkatakan hari ini
Pasti dipersoalNya di sana
Pasti ia memberatkan  timbangan amalan 
buruk kita di sana
Beringat sebelum memainkan kata
Kerana bimbang
Ia  bisa menempah seribu penyesalan
di kemudian
 hari







..Orang Yang Diberkati..












...Bila Tidak Selalunya Indah..








Wahai Teman..
Allah tidak meninggalkan kita, 
walau seluruh dunia menyisihkan kita. 
Allah menyuruh kita menagih harapan kita kepada-Nya. 
Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.
 Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Ketika Allah rindu pada hamba-Nya, 
ia akan mengirimkan sebuah 
hadiah istimewa melalui 
malaikat Jibrail 
yang isinya 
adalah 
ujian. 

Dalam hadits qudsi Allah berfirman: 
“Pergilah pada hamba-Ku  lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.” 

 – (HR Thabrani dari Abu Umamah)



:)





..Bayar Hutang 'TAG'..



Assalamualaikum..
Tanpa disedari...rupanya kena taggeddd!!!
( rasanya dah lama tak main tag menge-tag nihh..hihi..)
 Tahu kena tagged ni pun bila dapat msg dari adik TB dalam ruangan komen:
"kak, akak kena tag tau..joinla ye..love u kak!"
(love you tooooo..:) )

Jadi untuk tidak menghampakan ..
di sini tuan blog cuba menjawab mana2 soalan
biarpun mungkin ada jawapan yang tidak menepati soalan
hikhik...
Namun..sekurang2nya..
tuan blog sedaya upaya cuba menjawabnya ya..
:):) 
:
:
:
:
:
:
V

11 soklan yang ditanya oleh dik TB kita  :
:
:
:
V


1.      Apa khabar?

Alhamdulillah..baik ..syukur padaNya ..aaminn



2.      Asal mana?

Dekat2 jee..dalam Malaysia je..

hehe..



3. Dah kahwin?
 Alhamdulillah...Sudah



4. Kerja apa ek?

Guru



5. Pernah buat reunion sekolah x?

Ada..tapi tak pernah join..seganlah..hikhik..



6. Eh, sekolah mana ek dulu?

Sekolah biasa-biasa je...



7. Dulu cita-cita nak jadi apa?

er..er...malulah nak cakap..
Tapi Alhamdulillah..
jadi guru Bio adalah yang terbaik
buat akak!
;)


8. Macamana leh kerja macam sekarang ni ek?

Ketetapan Allah..utk menggalas t/jwg sbg guru

dan penyambung kerjaya arwah ayahanda
:)



9. Kerja kat mana tu?

Sekolah lah...
hehehe



10. Bos garang tak?

Alhamdulillah..baikkkkkkkkkkk sangat



11. Suka tak kerja situ? Klu x suka, nak kerja apa ek?


Suka...

Kalau tak suka...akak bersara awal jek lah..
:)



 Okay...
Alhamdulillah...
terbayarlah sudah hutang 'tag' dari adik TB..
Maaf yaa..andai ada mana2 jawapan yang kurang memuaskan
(confirm...tak dapat markah penuh nihh..)
:)





..Moga Hari Ini Lebih Baik dan Yang Terbaik....










Moga Hari Ini Lebih Baik 
dan
Yang Terbaik

InsyaAllah






Hadiah Yang Mencipta SEJARAH..




Sempena Hari Guru
Biasalah pelajar akan  memberi hadiah itu ini 
kepada guru-gurunya sebagai tanda penghargaan
dan terima kasih mereka kepada para guru
Tak ketinggalan orang sini juga
:)

Untuk tahun ini
Memang mencipta SEJARAH!
KENAPA dan MENGAPA
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
V


 PISTOL AIR!!!!!
HAdiah yang Mencipta sejarah sepanjang bertugas sebagai guru!
KAu Ada??
hikhik..



Yang memberi ni pelajar lelaki
Agaknya  mungkin sebab dia pernah dengar
Satu ketika
Gurunya ni duk mengajar lam kelas
(Masa tu 2 waktu terakhir..lebih kurang jam 12.40 hingga 2.00 pm)
Memang time tu waktu kritikal  pada pelajar
Bila nampak je ada yang bermaya kuyu...
MAta mengantuk...
pernah juga cikgunya ni cakap
Kalauuuuulah ada pistol air
Nak jeee cikgu tembak budak tuu...
(..kata-kata  mengacah je ni....saje nak bagi dia orang tersedar dari ngantuk!)

Dan hari ni
Naahhh engkauuu!!
Dapat hadiah PISTOL AIR!
(Lepas2 ni kena praktis menembak  lakkkk..bior kena target!!hikhik...)

 Memang kelakar juge...
Anyway Tq to my dear haikal!
Memang hadiah awak paling 'cute'
:)



Hadiah feveret juga...LOVE KEYCHAIN!
Comel jee...utk kunci kete cikgu!
Tq Syaza!


Dan....
Yang Mengharukan
:
:
:
:
:
:
:
:
V
Memang tak pernah dalam hayat jadi guru ni
Dapat
:
:
:
:
:
:
:
V



  SEBIJI KEK!!!!!!
KAler kek pun memang feveret cikgunya!!
Bila diberi sekotak kek ni
2-3 kali jugak tanya
Beri ke Cikgu ke???

Sebenarnya
Kek ni pemberian dari 3 adik beradik yang pernah diajar
- Rabiatul SPM 2005
Dan sekarang dah bergelar sebagai  DOKTOR
Alhamdulillah...
-Adiknya Zulfahmi SPM 2012... baru selesai matriks
dan 
Zul Arief...SPM 2014
:):)

Tq to all of you!
Memang terharu
:)




Untuk anak2 didik yang lain
Tksh juga utk cenderahati yang diberi
:)
Love you guys!




Doa & Harapan Bonda..





aaminn....







...Bukanlah Seorang Perwira..









Warisan

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



"SELAMAT   HARI  GURU"




Apa Yang Penting..??!!..



K.E.R.J.A.S.A.M.A

:
:
:
:
:
:
V



:):):)






TENANG..






Alhamdulillah
Allah permudah segala urusan..
Tenang itu juga satu nikmat dariNya
Syukur Alhamdulillah

:)







 Sesungguhnya perancangan Allah sememangnya lebih baik
Biar sesempurna mana kita merancang
Namun ia tidak bisa menangkis
perancangan dariNya..
Syukur
:)


..Mencari REDHA ALLAH..







Perbanyaklah berzikir 
wahai diri yang sering alpa..
Perbanyaklah menyebut  namaNYA
Wahai hati yang sering terlalai
Perbanyaklah berselawat
Wahai jiwa yang sering gelisah
InsyaAllah
REDHA
 Allah 
ada

:)











..Oh Bai'ah..






Hari semakin dekat
Masa begitu suntuk
Sedangkan  banyak yang perlu disempurnakan
Hanya untuk dipersembah
Kepada mereka yang bernama penilai
Semua perlu lengkap
Semua perlu sempurna 
Semua perlu memenuhi aspek penilaian
Mana yang perlu ditambah..Mana yang perlu direka
Mana yang perlu diubah...Mana yang perlu diletak 
Mana yang perlu dibuang..Mana yang perlu ditampal
Semua perlu mengerah tenaga dan mental
Masa yang ada bagaikan tidak mencukupi... 
Semua ini
Hanya  untuk memenangi hati atas segala kerja buat
Biar hati meronta mengatakan TIDAK
Namun atas  tanggungjawab
Masing-masing bergerak menyusun langkah
Persiap apa yang mampu..apa yang terdaya
Agar tiada kekurangan
di mata zahir mereka yang bernama penilai.

Ohh  Bai'ah......





"Penatnya Ya Allah...
Berilah diri kekuatan
Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa atas segalanya"
Aaminn.."






* Hanya selingan utk melepas penat mental & fizikal
Semua bermula bila  sekolah tercalon untuk diverifikasi..
:)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran