CETUSAN MINDA

..DIAM itu Lebih BAIK..




Lumrah Alam
Selagi boleh berkata-kata
Selagi kata-kata itu membuat seseorang itu terasa
Selagi mana boleh persendakan seseorang
Selagi ucapan tanpa didahului akal
Selagi itu dosa kan tercatat
Apakah mainan kata itu
dosanya sebesar 
zarah?

Mungkinkah kita terlupa
Apa yang diperkatakan hari ini
Pasti dipersoalNya di sana
Pasti ia memberatkan  timbangan amalan 
buruk kita di sana
Beringat sebelum memainkan kata
Kerana bimbang
Ia  bisa menempah seribu penyesalan
di kemudian
 hari







2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Sungguh diam itu perbuatan bijaksana kerana ia menghindari tercetusnya masalah, menjauhkan diri dari dosa, dan hati bisa jadi tenang dan terjaga dari sifat yang buruk.

Namun, diam pada perkara yang mungkar adalah seburuk-buruk perkara.

Moga Allah kasih dirimu..

Tihara said...

haah, penat2 kumpul pahala
senang-senang je bagi kat orang
ada hikmah di sebalik kejadian
moga Allah sentiasa kurniakan hidayah buat kita semua

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran