CETUSAN MINDA

..Cikgu Berdarah B..Rhesus Positif!!..




Tergerak hati nak tengok email..
&  ternampaklah
Ahmad tagged a photo of you in the album "Rahsia Personaliti Dari Jenis Darah Photos".
SIAPA AHMAD????
eeiii..!
my ex-student maa..
SPM tahun 2006
:)
Ingat juga dia ...yang cikgunya berdarah B!!
Sekurang2nya....
nampaklah dia menghayati masa belajar bio dulu pasal darah yaa
Tiap kali ngajar topic pasal darah...memang suka beri contoh terdekat!!
Maka diberi contoh Si Cikgunya yang berdarah B ni..
"Pastikan bila nak derma darah pada cikgu.. orang tu berdarah O atau B sahaja!!!
bla.. bla.. bla.. bla..."


ermmm...
Thanks yaa anak murid atas ingatan!!
(.....just berterimakasih di sini....sebabnya
anak2 murid semmgnya tidak tahu kewujudan blog ni..
melainkan dia org terserempak!!..harap2 taklah..erk!)

ermm..
rupanya ada lakk dikaitkan Jenis Darah dengan Personaliti yaaa...
Tapi bila dibaca ..kebetulan ada gak yang sipi-sipi betulnya!!!
huhuu...
Tapi jangan taksub dah laa
:):)



26 comments:

Kak Long Mawar Merah said...

Bahagia rasanya kalau anak murid mengingati kita kan!
Mesti apa yang cikgu ajar tu terkesan di hati dia sampai boleh ingat lagi walaupun dah bertahun berlalu.

nba-Nur said...

Salam.. Kak Kartini, kuat ingatan anak murid tu pada akak.. Ni mesti akak jadi cikgu kesayangan waktu di sek.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Apa kabar kitak tek? Sihat erk! Mun dah sampey duak Entry sehari kiranya aktif dan cerialah tu..:) Ops...semalam pun begitu erk! Idea mencurah-curah tu..:)

Kamek sihat juak sitok, baruk balit dari jogging tok hehe! :)

Take care kitak! :)

ibuintan said...

Tinie,

darah O, camna pulak

Pn Kartini said...

To my dear Kak Long Mawar Merah:)

Assalamualaikum:)
memadai mereka mengingati guru2nya ..sekurang2nya mereka msh menghargai kita..kan:):)
Syukur Alhamdulillah:):)

Thanks sudi titip sesuatu di sini:)

Pn Kartini said...

to my dear nba_Nur:)

Assalamualaikum dear:)
ermmmmmm.......Cikgu kesayangan yaa??
:)alahai..semua guru dia org sayang kan..:)nor pun mesti camtu gakk nihh:):)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)
Waalaikummusalam:)

Alahmdulillah kmk sht:):)aduhaii..sesekali idea mendtg bahh...lagipun tgs buat buku program hampir siap..memang senang di hati..Alhamdulillah:)

ermm..bagus ktk owhh..rajin berjogging!!!:):)

Pn Kartini said...

To my dear IbuIntan:):)

Assalamualaikum sis..:)

ermmmmm...demi akak ni..tini cari lam ternet nihhh :
tapi jangan caya 100% nooooo:

DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

erm..pjg!!..tini copy & paste nihh just for u!!;)

kak Erna said...

assalam tini..darah kita sama..B..tapi akak tak nampak la nak baca..

sal said...

Pn tINIE
ingat dia pada cikgunya. alhamdulillah...

syukran, berkesan segala ilmu yg pernah dicurahkan..dan mungkin dia dpt memanfaatkan pula utk diri dan org sekelilingnya..

Adinda Amy Sensei said...

kalo darah o camne lak? hihi

iBu...gUru said...

cik gu tini......... tolong komen plak darah jenis AB

sekamar rindu said...

salam...

berguna entri ini......kali pertama tahu..

Pn Kartini said...

To my dear sis Erna:)

Assalamualaikum sis..:)
ermm..kita sama yaa kak jns darah kita..
Ok ok..tini copy paste cam IbuIntan gakk ekk kat sini:

Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Ok sis...harap dapat baca yaa:):):)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)

Assalamualaikum kak:)

Alhamdulillah..ingatan mereka pada guru2 mereka sudah memadai kan..rasa kita masih dihargai..:):)

thanks sis:)

Pn Kartini said...

To my lovely adinda Amy Sensei:)

Assalamualaikum my dear:):)

ermm....darah O yaaaa..
pederma yang pemurah tetapi tidak boleh menerima darah yg lain..hanya O shj yaaaa..:):)

Utk Personaliti ...Amy baca reply komen akak pada IbuIntan yaa...IbuIntan darah O gak dear:):)

Pn Kartini said...

To my lovely Ibu Guru:)

Assalamualaikum Ibu Guru:)

Ermm..seronok berdarah AB ..sebab semua jns darah boleh terima..tapi bila nak derma..hanya blh kepada darah AB jekkk...:):)

utk komen personaliti..hasil copy & paste maka :

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

:)

Pn Kartini said...

To Mr Sekamar Rindu:)

Assalamualaikum:)

:)Andai dicari maklumat dalam internet ni..rupanya ini hasil kajian salah sebuah institut
di Jepun ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia yang kononnya mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri....

benar atau tidak...Allahu a'lam :)
hanya sekadar kajian..:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

As salam Tinie,
Akak darah jenis AB, ada org kata darah kedekut sbb boleh derma sesama jenis AB jer.

Komen personaliti tu, cam ada lak yg match, biasa le yg baik2 semua nak kata yes..bila negatif cam tak sanggup nak mengaku kan..

Afida Anuar said...

Salam my dear kak tinie, utk yang berdarah A takde eh? he he..

Hmmm... fida darah A kak...tak boleh kan nak dermakan kat kak tinie darah fida ni...

Tinaz said...

Assalamualaikum my dear friend..:)

Kita suka minum teh O, kopi O dan darah pun O hehe..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dear Dr Kartini. After all, my knowledge is only about the principle of ABO blood group and Rh factor, Rh positive and Rh negative which refer to the D antigen only during the transfusion of blood. And related to the proteins which carry the Rh antigens are transmembrane proteins, whose structure suggest that they are ion channels (Form 4 subject). This means that i need to learn from you sincerely! Bagus juak, banyak info nok kamek perlu ketahui buat dirik empooon!

Pn Kartini said...

To my dear Sis Yati:)

Assalamualaikum kak:)

Moga akak sihat2 di sana ya:)
ermmm...akak darah AB yaa...alhamdulillah...memang bernasib baik sebab semua jns darah boleh terima..alahai..kedekut apanya..dah mmg tak leh nak derma utk jns darah lain just AB jekk..apa boleh buat kan..:):)

Biasalah tu kan sis..nama pun manusia:)

Pn Kartini said...

To my dear Dik Fida:)

Assalamulaikum dear:)
ok ok ok...akak cari jap..:)

ok..akak nak copy & paste nih:

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

ermmmmmm.....kuat bekerja rupanya si fida ni yaaa..patuttt laaa

;)
take care yaa

Pn Kartini said...

To my dear friend Tinaz:)

Waalaikummussalam:)

woww...semua O yaa..terror tuuu:):)

Pn Kartini said...

To Mr Sifu Tajnur:)

Waalaikummussalam:)
erkk!tersedak kmk situkk..bila masa kmk tukar profesion tukk..dah jadi doktor!!aduhaii..
Dan tersedak kmk sekali lagi..kitak speaking London dgn kmk..aduss
Rasa2 pengetahuan kmk sik setanding dgn sifu..yg berpengalaman..:)
Setakat Antigen-D(dijumpai pertama kali dalam kera!)..utk Rh+ve,& anti-D utk Rh-ve..selebihnya kena kmk menuntut dari kitak tuk!!:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran