CETUSAN MINDA

...Kepoh ke?..


*  Kata Orang  ,bila sesuatu keputusan dibuat oleh juri/panel/hakim... Keputusannya adalah   
   MUKTAMAD .Tidak wajar  mempertikaikannya kerana pasti sebarang kata putus itu ada 
    rasional dan alasannya tersendiri!
   Maka orang sini memilih untuk berdiamkan diri biarpun hati  berteka-teki.


Apa kisahnya???
  -  Cerita semalam..:
         Petikan dari kata-kata  ketua panel :
      " Kita tidak boleh teruskan sesuatu yang memang 
         SALAH...Dah dia yang Terbaik ..dialah 
          penerima anugerah..
         Jadi kita pilih 2 keadaan,  meneruskan agenda dengan
         rasa tidak puas  hati dan bersedia menerima kritikan 
         selepas itu  ATAU  memperbaiki sebelum agendanya 
         belum bermula dan 
         memuaskan hati semua pihak"
Apa kes??
 
  -   Untuk Majlis hari..Majlis Penyampaian Anugerah...Nama pelajar untuk kategori pencapaian 
       Subjek Terbaik  SPM diberi kepada nama pelajar yang kurang terbaiknya!dan hal ini 
       telah membuatkan rasa tidak puas hati kepada pelajar yang sepatutnya hinggakan beberapa 
       kali bersms dengan bekas gurunya  menyatakan rasa sedih dan terkilan...aduhaii


       Memandangkan subjek yang terlibat tu SUBJEK BIOLOGI maka sebab itulah bermulanya 
      cerita disini!erkk!!


Maka Disebutlah Al-kisahnya..

Guru berkenaan merangkap guru Bio..:p terpanggil untuk berjumpa Ketua Panel pemilihan hanya ingin mencadangkan diberikan sahaja pelajar berkenaan sijil dengan meneruskan sahaja apa yang telah disusun sepertimana di dalam Buku Aturcara!..Jadi tidaklah kacau apa yg telah siap sempurna diatur untuk Majlis hari ini!!
Tetapi rupa2nya ia menjadi satu perbincangan hangat antara beliau dengan individu yang membuat pemilihan.Aduhaii!!


" saya dah malas nak fikir..semua dah siap..kalau diubah..banyak cerita pula"...Panel A
".....Memang betul..tapi buat apa kita teruskan kalau benda ni dah memang tak betul.." Ketua Panel

"Bhg Hadiah dah tempah plag..dan semua sijil dah ditaip..dan bahagian ni link dengan pengacara...."....Panel A
"..tak pe..biar saya yang beritahu..."...Ketua Panel


...bla..bla..runsing juga di hati bila berdepan dengan perbincangan yang serious..tak selesa dibuatnya!Rasa bersalah pun ada...!


Hasil  Akhir Perbincangan??



Sekali lagi ...pembetulan dibuat untuk 212 Buku Aturcara
Alhamdulillah...Biarpun penat...tapi Berbaloi!
:
:
Harap2 lepas  ni...
janganlah dicop as Minah Kecoh @ Minah Kepoh!!
Hanya sesekali bersuara.....!
uhh!!




..Tebus !




Dulu-Dulu..kalau tersilap ejaan sesuatu perkataan
mesti guru BM tu suruh buat pembetulan berulang2 kan..
 
Jadi..lebih kurang samalah kesnya dengan orang sini!!
Rentetan dari insiden semalam
Biarpun  dah minta maaf pada empunya diri atas kesilapan
yang sememangnya tidak  disengajakan..aduhaii
Tapi camtulah...
Diri sendiri yang rasa tak sedap hati!
pagi2 lagi bertekad nak buat sesuatu....
dan hasilnya...
sepertimana gambar di atas!!!
Yang diprint di atas kertas sticker.. utk ditampal pada bahagian yang silap!!

Alhamdulillah...
Tertebus jua kesilapan semalam
Kiranya teman tu..K Jue..
dah berbintikan ayahandanya..!!






Alhamdulillah.....Selesai tugas yang diberi.
:
:
:
Kata-kata Untuk Direnung-renungkan...







....Orang sini memang tak pandai nak ' bercakap2'..!







 

...Terkilan skit!..


Tidak Yang Terbaik!

Kenapa & Mengapa?

*  Last Minute terima maklumat perubahan nama untuk Pengacara mesyuarat PIBG sedangkan Buku Aturcara 
telah siap diperbanyakkan!!!!
 :
:
*  63  daripada jumlah BUku Program tidak 
seperti yang diharapkan
- kehitaman yang melampau membuat hilangnya seri!!!:p
(memang tak lawa!!...harap2 tak dek nanti tetamu yang dapat buku yang 'hangus' tu..)

*  Tergendala untuk print Buku Program khas utk  VIP disebabkan tiadanya  kertas A4 80gram ...yg ada hanya 70 gram 
sahaja yang disediakan..
(huhuu.......maaflah yaa...si pembuat Buku ni.demand skit...
last2 cakap...ok ok...saya ambil yang kat umah...erk!)
 :
:
*  Memang pagi2 tadi dah buat semakan terakhir...semua nampak OK...
- Tapi ..rupanya ada juga yang terlepas pandang!!
 (..." Ampunnnnn K.Jue.....tersilap jadi anak Awang lakkk...huhuuhu")
Siap telefon minta maaf sebelum dia tersentak !!
Yang peliknya...memang sebelum tu dah edit ..mungkin tak ingat utk save kuttt !


Biar ada  yang cakap tadi...
Alaaa....sikit jekkk tu silapnya...
Tapi tulah..
Hajat di hati utk beri yang TERBAIK....
Tapi apakan daya....

...terkilan juga...!
:(


...Terbantut!...

Antara yang digemari...

 ..memang suka sangat!
Nampak best jek!

Tapi..
Bila ke kedai petang tadi..
terkedu lakkk..
bila....
..pinjam gambar dari google..!


Yang nampak di mata..
Tak banyak tulisan di plastik pembungkusnya tulisan kita
Walaupun mungkin ada terletak logo Halalnya
erk!!
Maka mulalah
" Ok ke...Tak OK ke..Halal betul2 ke...Tak ke..."
uhh!!

Terwas-was...Teragak-agak..
Dan Terus Terbantut!!!!
:(
Terbatal hasrat di hati!

Nampaknya
Masak ala-ala kampung jekk lahh
;)


..Cikgu Berdarah B..Rhesus Positif!!..




Tergerak hati nak tengok email..
&  ternampaklah
Ahmad tagged a photo of you in the album "Rahsia Personaliti Dari Jenis Darah Photos".
SIAPA AHMAD????
eeiii..!
my ex-student maa..
SPM tahun 2006
:)
Ingat juga dia ...yang cikgunya berdarah B!!
Sekurang2nya....
nampaklah dia menghayati masa belajar bio dulu pasal darah yaa
Tiap kali ngajar topic pasal darah...memang suka beri contoh terdekat!!
Maka diberi contoh Si Cikgunya yang berdarah B ni..
"Pastikan bila nak derma darah pada cikgu.. orang tu berdarah O atau B sahaja!!!
bla.. bla.. bla.. bla..."


ermmm...
Thanks yaa anak murid atas ingatan!!
(.....just berterimakasih di sini....sebabnya
anak2 murid semmgnya tidak tahu kewujudan blog ni..
melainkan dia org terserempak!!..harap2 taklah..erk!)

ermm..
rupanya ada lakk dikaitkan Jenis Darah dengan Personaliti yaaa...
Tapi bila dibaca ..kebetulan ada gak yang sipi-sipi betulnya!!!
huhuu...
Tapi jangan taksub dah laa
:):)



..Check KUKU !!..


Tahukah anda
perubahan pada kuku sedikit sebanyak membantu para doktor mengesan sesuatu penyakit.

Di antaranya  :


* KUKU PUTIH
- Masalah pada hati,atau kemungkinan masalah pada jantung,diabetes,kekurangan nutrient

*  WARNA KEBIRUAN PADA PANGKAL KUKU 
- Menandakan kitaran darah yang tidak lengkap & gejala penyakit jantung


 
*   KUKU MEREKAH/ TERTANGGAL
- Andai kuku kusam,kekeringan,rapuh dan tertanggal,ia berkait dengan penyakit tiroid
- Andai kuku merekah & berwarna kuning pucat,kemungkinan jangkitan kulat

*  SEPARUH BAHAGIAN HUJUNG KUKU BERWARNA MERAH MUDA/
COKLAT & KUTIKEL BERWARNA PUTIH
- Gejala penyakit kerosakan  ginjal yang kronik

 
*  TIMBULNYA KERUTAN MELINTANG & KUKU KELIHATAN KUSAM
-  Kekurangan nutrien atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak,
cacar air,masalah jantung ,syndrom Reynaud(kejang urat jari tangan & kaki akibat sgt sejuk)


*  KUKU BERBENTUK SUDU (KOILONYCHIA)
- Kemungkinan gejala kekurangan Zat Besi,Anemia 
 
*  LAPISAN MERAH MEMBUJUR PADA KUKU
-  Menandakan pendarahan pada salur kapilari.Garisan-garisan berganda merupakan
gejala penyakit darah tinggi


 *  KUKU KEBIRUAN
- Boleh menandakan tubuh kita tidak mendapat cukup Oksigen,
& juga gejala jangkitan peparu iaitu pneumonia

*  PERTUMBUHAN KUKU KELIHATAN LAMBAT,TEBAL & MENGERAS
SERTA KEKUNINGAN
-  Masalah sistem pencernaan yang kronik


*  TIMBUL BINTIK-BINTIK PADA KUKU
-  Adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik)


*  TERDAPAT LENGKUNGAN BERLEBIHAN PADA PANGKAL KUKU
& SEKITAR HUJUNG KUKU
-  Gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru),
penyakit kardiovaskular atau hati.


*  GARISAN GELAP DI BAWAH  KUKU
-  Perlu rawatan segera kerana dikhuatiri  melanoma,penyakit kanser kulit yg merbahaya!


Perlu diingatkan,
Peningkatan usia akan menyebabkan juga struktur kuku berubah & hal ini biasanya 
tidak mempunyai kaitan dengan dengan masalah kesihatan.
Jika menghadapi masalah kesihatan,disarankan berjumpa doktor
berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kuku!!

INFO TAMBAHAN  :

* HUJUNG KUKU KELIHATAN PANJANG & ADA KEHITAMAN
SISA-SISA KEKOTORAN
- Tanda tibalah masa  MEMOTONG kuku anda!!!!!!!!
:p


Sumber  :  i-Sihat April 2011 & laman web HCV New Drug Research

..Separa Siap..

Alhamdulillah..
Hampir siap tugas...
Hanya menunggu bahagian Panel Penerima Anugerah
Untuk nama2 yang berkenaan..

Hasilnya..Buku Aturcara yang separa siap
(..dah lama tak kuar n3 pasal pamplet2 nihh...!..)


Next page..berbunga Rose!
erk!

Sebelahnya..

Masih tiada penama...

Ajk Yang Menjalankan Tugas...
(...nama pembuat Buku AturCara tidak kelihatan di sini... )
;)

Muka surat selebihnya..
..banyak ruang2 kosong..masih belum menerima nama2 penerima anugerah

InsyaAllah...minggu depan 
selesai tugas!
Tu pun kalau diluluskan ,,,
:)





:)

....Menyingkap Tabir Bahagia..


..Fikir-Fikir - Fikir!!!!!!!



Owhh!!!
THINKING  HURTS  YOUR  BRAIN???!!
uhhh!!

Tapi....
kena fikir gak nii..
Nak sedia Buku Aturcara 
Hari Anugerah Kecemerlangan &Mesyuarat PIBG lak..
(..agaknya AJK pamplet/buku aturcara..dah jadi tugas tetap berpencen kutt!!)
Untuk Januari-Mac 2011 :
- Pamplet Persaraan Ketua Bidang Kemanusiaan
- Pamplet Unit Akademik Kurikulum/SPM
- Pamplet Maal Hijrah 2011
-Pamplet LADAP Siri 1
- Kad Ucapan Kelahiran Kelab Staf Jan-Dec
-Pamplet Pelancaran Program Kecemerlangan
&
Terbaru....
Buku Program Mesy.PIBG 2011 ni lee
( ..AJK bahagian sama dari tahun 2008!erk!
..er..er..tapi ok lah jgk...at least bhg yang kita boleh buat!!)

Tapi tu lah
:
:
:
:
Ketandusan idea nii!!!!
Kiranya n3 ni selingan dalam mencari ilham!!!


Take Five Jap!!
;p

..Akhirnya Terjawab..



Khas buat anak-anak didik - Biologi SPM 2010
- TgLiyana,Azizan,Azim,Hasnul,Siti Aishah,Hidayah Z,Hidayah A.R,Zarah,Zarina,
Ctoh,Mardhiah,Farah,Zakiyyah,Ain,Nad,Ismadurra,Akhlima,Shidah,
Fatina,Zuhasnie,Naim,NikNaim,AimeZukhri,Hasharul,
Wawa,Afiq,Afif,Ikhwanul,,Saidatul,Hanisah,
Shima,Khairi,Shawal

TERIMAKASIH 
untuk usaha kalian 
&
TAHNIAH 
untuk pencapaian terutama
dalam  Subjek Biologi

:):):)

Moga Terus Sukses 

:)


..Tiada Debaran..


Untuk Esok...23 Mac 2011
Keputusan SPM 2010
Tapi
Yang Pasti...
Tiada Debaran 
seperti tahun2 sudah..
Petanda apa ya...
?!??!

Apa kesudahannya untuk esok......
semua dalam  KetentuanNya .


.Ikut Kata Hati...

Salam..
Susah juga ya..bila kata di zahir tidak seiring dengan kata di hati!
Uhh!..Apa taknya..
Baru semalam beri memo nak membisukan diri..
Tup2...aiks!...
TERTAIP n3 ni pula...huhuuhuhu
Susah yaa nak menyekat apa yang dah suka..
Cam pernah dikatakan teman......:
"Dia ni kalau tak jumpa laptop sehari...menggeletar dibuatnya!!!"
(Erkkkk!...mana ada k Jue..pandaiii laa...;p...)
Maka n3 yang TERPUBLISH ni juga semata2 mengisi masa
Apatah lagi bila duk 'bertapa' dlm percutian camni...ermm..

Cerita Pagi Tadi 

Sebelum bf..di 8TV,HotFm...
Ada Cikgu Shida!!Si Aisha minat dia nii...aduhaii!
:
:

Dan Selepas bf,




Sempat berurus niaga jap..:p....
tapi yang nak tunjuk di sini:
Suka tengok buku2 ni...Menarik je!
Berwarna2 gambar dengan infonya
yang ringkas tapi padat
Saiz pun cute jekk!!
ermm..
Memang Suka!
Children's Encyclopedia???
Ye lahh..
Untuk ankanda...
Yang pasti 
mak budak ni pun boleh juga tumpang sekaki...
:)








 :
 :
Cerita Tengahari tadi...

Sementara menunggu Si ayah & Si Abangnya Aisha solat Jumaat..
Maka keboringanlah Si Aisha sebab 'partner' gaduhnya tak de..
Siapa lagi kalau bukan si abgnya ..
....dan dalam tempoh itu juga..Aman jee lam bilik....
Tak dek lee adegan rebut channel tv ke...rebut bantal ke...

 &
Si maknya Aisha...
tak dek kerja...cari kerja...!!..:p


:
:
Cerita Petang-Petang Tadi..

 ...sambung baca

 Tertarik dengan kisah pelakon tabah yang mengidap kanser yang kini dikatakannya sel kanser merebak
ke bahagian paru-paru & hati!
Apa yang menarik,sikap tdk berputus asa mencari penawar disamping 
pasrah menerima ketentuanNya..
Dengan amalan rawatan berlandas Al-Quran,memberikan beliau kekuatan & ketenangan
hingga ke hari ini manakala rawatan tradisional yang menjadi amalan  seperti
Habbatussauda,Minyak Zaitun Dara dari Palestin & Biji Aprikot dari Australia.
Mengambil sedikit petikan,
"Jadi apabila ada pakar perubatan mengatakan,punca sebenar seseorang itu mendapat kanser disebabkan TEKANAN hidup yang dihadapi selama ini,Kak Yan setuju sangat"

ermmm...
Tekanan Hidup..Stress!
Memang tak elok utk kesihatan kita kan...

Dan

Cerita Malam ni...

Apa lagi...



 ...TERTAIP n3 lakkk...!
erk!
:)


SEKIAN...
:)


** Lokasi : Bilik 316
:)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran