CETUSAN MINDA

SIAPA....SIAPA...DAN SIAPA...


Sama-Sama Menghayatinya...........





Siapakah orang yang sibuk?  
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? 

 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata  "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."  
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha 
dengan ketentuanMu ini", sambil 
mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.




Siapakah orang yang miskin? 

 Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



Siapakah orang yang rugi?
 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik? 

 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan 
saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal?
 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 







16 comments:

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Kamek mauk menjadi orang yang mempunyai rumah yang paling luas mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang...mudah-mudahan

Keadaan sitok sejuk jak pagi tukk lepas hujan semalam-malaman, dingin sampey ke tulang balit dari masjid tek, hopefully kitak sihat aritok dpt menjalankan tugas dgn sempurna

Pn Kartini said...

Ws..:)
Rasanya semua antara kita pasti mauk sebegitu juak...Mudah2an..:)

Selamat pagi utk kitak...kamek sht ..harap kitak sinun lagi2 sht hendaknya..Bagus kitak pagi2 lg ke masjid..:):)...

- jinggo - said...

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Puan.

terima kasih kerana pandangan yang membuatkan saya.nak copy.print dan tampalkan kat blik solat.
siapalah kita.

sis_nita said...

salam kak..

saya adalah salah satu yg di atas..

yang mana..?

biarlaaa rasia..

ONE ZABA said...

siapa pulak yang buat rumah terbuka hujung minggu ni?????

al-lavendari said...

Siapakah orang yang paling tenang?

Orang yang paling tenang adalah orang yang apabila kehilangan hartanya, dia tidak berduka cita dan apabila bertambah hartanya, dia tidak pula bersuka ria ... kerana baginya segala2nya dari Allah belaka.

Arianni said...

Salam Pn Kartini,

Berilah senyuman yg paling manis.. :):):)

Pn Kartini said...

To Mr Jinggo
Dipersilakan...bhn yang perlu dikongsi utk semua sebgi peringatan..dan ini pun diambil dari email..dan dirasakan wajar utk dipaparkan..:):)

Pn Kartini said...

To dear Sis_nita

Akak pun bukanlah sempurna sgt..
Anggaplah n3 ni satu peringatan bersama ekk..:):)
Sekurang2 kita cuba utk berubah agar nanti esok kita lebih baik dr semlm:):)

Pn Kartini said...

To Mr One_zaba
Adusss...tak habis2 umh terbuka... ada lagi ekk..:):)

Pn Kartini said...

To Mr Al-lavendari
Tq..utk penambahan itu..
Memang bertepatan sekali..
Tenang tanpa ada riak yg bermegah2..:):)

Pn Kartini said...

To Ariani
Salam dear..
Senyum yang kuberi ..
cukup bermakna..seikhlas hati hanya to my dear ariani...:):)::)

maiyah said...

salam.. sy ingin punya rumah yg paling luas :)

Pn Kartini said...

Salam Maiyah
Semua antara kita idamkan 'rumah' besar bila di sana nanti....

Dear..
Maiyah kuat semangat ya..agar cepat sembuh nanti..
Rindu pada keceriaan Maiyah..

ummu Masyitah said...

assalamualaikum Pn Kartini
terima kasih atas entry ini ya

Pn Kartini said...

Ws Ummu Masyitah..
Terimakasih sudi ziarah..
Semoga akan terus berkunjungan di sini semula..:):):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran