Belajarlah Cara Menangani Rasa Lapar
Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan
berat badan terkawal.
Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan
pengambilan makanan.
berat badan terkawal.
Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan
pengambilan makanan.
Ramai antara kita yang makan ketika lapar.
Sungguhpun tidak benar-benar lapar,
namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih, tertekan malah gembira.
namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih, tertekan malah gembira.
Tahukah anda,
lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya
kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!
Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?
- Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.
- Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.
- Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.
Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth,
Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling
maksimum,anda terdedah
pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum,
anda perlu longgarkan kancing
seluar
seluar
dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah
terlebih makan
6 = Kenyang ,anda rasa selesa
Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan
tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu
memberi tumpuan
4 = Rasa lapar mula menunjukkan
tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu
memberi tumpuan
Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening
Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda.
Anda disarankan makan ketika berasa
skala 4
iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan
tanda
dan berhenti makan
di skala bernombor 6.
**Sumber : infosihat.net