Pesanan Dr Fadzilah Kamsah sebagai renungan ...:
“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”
Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Mari kita renung-renungkan perkara ini:
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
Adakala kita rasa kita PRIHATIN ,
tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba renung dalam-dalam,
selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama
rakan sekerja dan tak amanah
(mencuri dan tak siapkan kerja),
kita sebenarnya patut terima
hakikat betapa
kita lebih teruk dari
anggapan kita itu
sendiri.
Sama -sama
Kita Renung-renungkannya..,
Semua bergantung pada diri masing-masing...
inginkan anjakan paradigmanya..
susulilah dgn perubahan & tindakannya....
agar menjadi yang
inginkan anjakan paradigmanya..
susulilah dgn perubahan & tindakannya....
agar menjadi yang
TERBAIK..!