CETUSAN MINDA

JIKA KAMU...


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. 
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita  selagi ia masih hidup…



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…



Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…





Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…




Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……





Olahan sumber:  www.iluvislam.com:

22 comments:

maiyah said...

jika melakukan apa2 hendaklah melakukannya dgn ikhlas Insyaallah hidup akan berkat dan gembira

Abd Razak said...

assalamualaikum..:):)

Sungguh indah kata-kata hikmah tuk:) Terima kasih temanku...:)

Moga kitak sentiasa sihat, ceria dan bahagia selalu..:)

Barangsiapa yang memiliki agama yang membimbingnya, akal yang menunjukinya, perhitungan yang menjaganya dan rasa malu yang menghiasinya, maka dia telah menghimpun berbagai keutamaan

sis_nita said...

salam kak..

jika anda hendak berblogging maka penuhi laa blog anda dgn bahan2 yang berfaedah seperti blog Cetusan Minda ni..

bukan cam blog sentap. asik merapu jerr..

huhuhu!

Pn Kartini said...

SalAM maiyah..:)
Keikhlasan dalam memulakan sesuatu adalah kunci keberkatan segalanya..:)

Pn Kartini said...

To Mr Razak
:)
thanks ..moga sihat juak..:)
Tksh juak ats komen kitak yg bermakna sekali..:)

Pn Kartini said...

To Dear Sis_nita
Salam dear..
Aduhai dear..mana lak merapunya.mana2 ada ilmu jua ..cuma cara penyampaiannya ..pendekatannya yg berbeza...
Pe2..blog dear..memangggg superb..!!santai..sempoi..dannn membuatku tersenyum..thanks dear!

- jinggo - said...

kesimpulan
dalam hidup..
berpada2 dan bersederhana....betul tak.
dan bersangkabaik dengan semua keadaan...

kakcikseroja said...

Salam Tini..

Indah danpuitisnya kata-kata dengan maksud tersirat yang begitu mendalam. Terimakasih Cikgu.. :)

ONE ZABA said...

adat manusia...

mana pernah puas dengan apa yang ada.

al-lavendari said...

apa yang dinukilkan semuanya benar belaka. bagaimana dgn istilah "catch n release" dan "touch n go" seperti yang banyak di guna orang sekarang.

mai_za said...

slm sis, tq tok kata2 y indah. bait2 2 y dpt mjadi pedoman n peringtn utk mdpt hidup dlm ketenangan serta keredhaanNya.

zai said...

Salam Tini...

Indahnya kata2 didalam N3 ini..

Pesanan yang sangat terkesan dihati..

Pn Kartini said...

To Mr Jinggo
Betul..setuju sgt2:)
Sememangnya dalam semua hal wajar bersangkabaik..namun bimbang juga ada pula yg mengambil kesempatannya..
Pe2 biarlah berpada2 yaa..:)

Pn Kartini said...

To Dear kakciks..
Agar yang puitis itu bisa memberi kesan yg mendalam di sanubari..:)
:)

Pn Kartini said...

To Mr One_Zaba
Camtu laa manusia kannn...
Bila sudah tersungkur...apa yg dikjr berciciran..mulalah menyesal..

Pn Kartini said...

To Mr Al lavendari
Erkk!Susah tu kalau aplikasikan konsep 'touch&go' @ 'catch&release' lam hubungan sesama kita...ermm..
Pe2..hargai apa yg kita miliki..:)

Pn Kartini said...

To My sweet sis Mai_za..
Semoga kita buat apa yg terbaik utk diri kita dan jua utk apa jua yg lain..Agar kita menjadi seorg yg sentiasa mensyukuri dan menghargai apa yg dimiliki..:)

Pn Kartini said...

To Dear Zai..:)
Pesanan dan jua peringatan utk diri ini jua..
Andainya kita semmgnya mahu diri kita dihargai..begitu jua yg lain..yg inginkan kita menghargainya..:):)

abu muaz said...

Salam puan. Bila menjadi milik orang lain barulah pening kepala.Telan panadol pun dah tak jadi apa.

Pn Kartini said...

Salam Mr Abu Muaz
Sebelum dia menjadi hak org lain..selagi dia masih dimiliki..hargailah dia..dan terima seadanya dia....:):)
Agar tdk pening di kemudian hari..:):)

Anonymous said...

m, pening tak pa lagi...kalau dh menyesal tak sudah menangis air mata darah pun takda gunanya dah..kan dh jadi kassim selamat..

Pn Kartini said...

salam..
jangan lee jadi kasim selamat..tak semena2 jadi buta...tak nak leee sampai gitu sekali..

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran