CETUSAN MINDA

JAWAPAN UNTUK IBLIS DURJANA ???..





















Anas Bin Malik r.a berkata :

"Iblis telah bertanya kepada Allah : 

katanya, 
Wahai Tuhan ku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada Mu, oleh itu tunjukkan pada ku tempat kediaman untuk ku".

Allah berfirman : 

"Tempat kediaman mu adalah di dalam tandas".

Iblis bertanya lagi : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempat ku berkumpul?"

Firman Allah : 

"Tempat mu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaan ku?"

Firman Allah : 

"Bacaan untuk mu ialah syair dan sajak yang melalaikan".

Iblis bertanya :

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagi ku?"

Firman Allah : 

"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untuk ku?"

Firman Allah : 

"Azan untuk mu ialah seruling".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah menghantar utusan Mu daripada para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusan ku?"

Firman Allah :

"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagi ku?"

Firman Allah :  

"Tulisan mu ialah Tatu, gincu serta lukisan di badan".

Iblis bertanya :

"Ya Tuhan ku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagi ku?"

Firman Allah :  

"Perangkap bagi mu ialah Wanita".

Iblis bertanya : 

"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama Mu, apakah pula minuman untuk ku?"

Firman Allah :  

"Minuman mu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama Ku pada nya".


Sabda Rasulullah SAW :
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu, sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu berasa bosan, 
sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah
ialah amalan yang ringan namun berterusan". 
(Hadis riwayat dari Muslim) 





14 comments:

ONE ZABA said...

yang bertulisan warna hijau tu la duk dicari orang sekarang.

- jinggo - said...

cgu.
cerita dah pernah baca
tapi PENGOLAHAN
cgu amat menarik....
itu yg membezakan..
skill cgu amat hebat...
menarik untuk dibaca.

a kl citizen said...

assalammualaikum

manusia memang perlu diingatkan selalu

sis_nita said...

salam kak..

sentiasa berdoa agar tidak termakan hasutan iblis laknatullah ni.

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Kita kena selalu berdoa, "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganmu dari bisikan syaitan dan berlindung
Denganmu wahai Tuhan dari kehadiran mereka disisiku."

Moga kitak sihat, kamek tuk dah beransur sihat, sik kedak ari marek nang teruk tapi tuk dah kurang sgt..alhamdulillah :)

Pn Kartini said...

To Mr One_Zaba
Mungkin akalnya.. ..fikirannya..hatinya..disaluti kenikmatan duniawi semata2...

Pn Kartini said...

To Mr Jinggo..
Satu pujian ..Namun bagi diri ini masih dalam proses belajar..:)

Pn Kartini said...

To Sis Kl_Citizen
Ws sis...Ya..manusia mudah lupa..sama2 kita ingat mengingatinya..sekadar utk peringatan diri ini jua..:):)

Pn Kartini said...

To Dear Sis_Nita
Amin...sama2 kita dijauhi godaan Syaitan ..yang sentiasa cuba melalaikan..

Pn Kartini said...

To Mr razak
T.ksh utk peringatan doa..:):)
Semoga dijauhi bisikan syaitan..

Moga ari tuk kitak sht 100%..!!!:):)

al-lavendari said...

mohon penjelasan, apakah maksud dialog di bawah.

Iblis bertanya :
"Ya Tuhan ku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagi ku?"

Firman Allah :
"Perangkap bagi mu ialah Wanita".

soalannya.

adakah iblis juga turut terperangkap dek wanita, atau

iblis menggunakan wanita untuk memerangkap manusia.

Pn Kartini said...

Salam Mr Al Lavendari
Pada pemahaman diri ini..(yg smmgnya bukan ahli pentaksir kitab)..
Perangkap yg difahamkan sbagai perangkap dosa dan maksiat yang bergantung pada kekuatan iman seseorg..samaada terssar atau tidak..
& perangkap iblis dikatakan Wanita..ikut logik akal..takkan iblis kecundang dek wanita..sdgkan iblis terkial2 menggoda & menyesatkan hamba Allah ..

Allahuallam....

al-lavendari said...

Betul juga, sebab kalau perangkap bagi wanita takkan lelaki pulak kan ?

Pn Kartini said...

:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran