CETUSAN MINDA

BERSEDIAKAH ANDA..???!



Sudah Bersediakah Anda ...Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!


Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
Walaupun orang yang hadir itu merintih….

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
Usunglah dirimu ke tikar Solat….
Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid….
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada….
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,….
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia….
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya….
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna….
Harta, tahta dan putera….
Isteri, suami..kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!....


Renungilah kamu
Apa amalanmu..
Apa bekalanmu..
Sebelum anda direnungi 
Setelah jasad terkujur kaku.. ..

Diiringi dengan ..











** Sumber : wanita2U.com

12 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

kematian semakin hampir ngan kita setiap hari yang berlalu

sis_nita said...

salam kak..

setiap waktu saya selalu mengingati kematian..

sejak dua menjak ni..

ntah lerr naperr..

:(

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam Pn. Kartini... :)

Muhasabah diri yang cukup baik. Tentunya ajal semakin hari semakin menghampiri kita ... datangnya tak perlu dijemput.. perginya tak perlu dihalau.. :)

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Kematian adalah takdir Ilahi..
Takdir Allah SWT pasti tiba..
Alangkah meruginya..
Apabila takdir telah ditakdirkan..
Musibah terbesar telah datang..
Sepatutnya kita tahu tempat kita..
Tetapi kita seolah tidak tahu..

Moga kita mati dalam kebaikan di sisi Allah

Moga kitak damai di sinun dan jaga kesihatan...:)

tinta kasturi said...

Ya Allah, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah andai ia lebih baik buat diri ku

Pn Kartini said...

To Sis Kl_citizen
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”..

Pn Kartini said...

To Dear Sis_nita
Bila mengingati mati ..kita mendidik hati ke arah kebaikan..baguslah sis..
Semoga mati kita dlm keimanan..:):)

Pn Kartini said...

To Ustaz Saifun
Seperti lagu Rabbani..Pergimu Tak kembali..
"Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa"..

Pn Kartini said...

To Mr Razak:)

Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja....

Moga kita mati dalam kebaikan di sisi Allah..Amin..

Alhamdulillah..kamek situk sihat ..Tq:):)

Pn Kartini said...

To Tinta Kasturi :)
Amin...
Semoga hidup dan mati kita dalam kesejahteraan keimanan di jiwa..

atie said...

Salam Kak Kartini,

N3 yang baik utuk merawat hati... Terima kasih... Salam persahabatan... meh la jengah blog saya...

Pn Kartini said...

To dear Atie:):)
Salam persahabatan..sentiasa menghargai ikt ukhwah yg dihulurkan..:):)
Nanti akak singgah ekk..janji..!
Tq follow akak yaa..:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran