CETUSAN MINDA

WAHAI ISTERI...INGAT 8C !!

8C  DiBENCI Suami  -  Dr Fadzillah Kamsah



C1. CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. 
Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali 
oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. 
Isteri kalau bergaduh dengan suami jangan sesekali kata
“Kalau awak berani cubalah cari 
perempuan lain! 
Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI…
nanti suami buat betul-betul isteri juga
yg putih mata…erk!


C2. CABUL


Cabul membawa maksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. 

Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan
(isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada
mertua terutamanya..

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas

cakap pada suami sehingga membuat 
suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. 

Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan 
serta tindak-tanduknya. 
Contohnya, 
isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. 
Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… 
Jadi moralnya- Jom!
Praktik  berhias untuk suami..:)



C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. 

Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. 
Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja atau di mana jua suami berada. 
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime 
dah syak yg bukan2…
(Saranan ini sesuai untuk si suami yang 
tahu tanggungjawabnya..baik...mithali gituu....)


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. 

Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, 
isteri nak tempat yang class2 aje. 
Restoran nak ada air-cond aje.!
( Agaknya mesti si isteri yang high taste
...tak semua beb! )



C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… 

anak dah masuk longkang 
tapi mak masih lepak depan tv lagi….!!!!Adusss...

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. 

Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. 
Ini akan membuatkan mereka benci kerana
situasi sebegini...




JADI INGATLAH WAHAI ISTERI....

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat 

suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renungkanlah…..
dari Dr Fadillah Kamsah





OH SI SUAMI...!!

Cara Tegur Isteri - Adab dan Etika Menegur!

~ Khusus Untuk Si Suami dan Bakal-Bakal Si Suami ~





Kehadapan Tuan2 yang dihormati…


MUKADIMAHNYA  :

Isteri ...adalah insan yang pernah menjadi kekasih..
buah hati ..intan payung ..,yang disayangi masa bercinta dulu.Isteri seperti jua diri si suami hanya insan biasa yang tdk terlepas dari kesilapan.Jika diikut etika kemanusiaan...tidak wajar rasanya si suami   menampar teruk isterinya ? 
Bukankah isteri juga punya hati, perasaan dan emosi…
sama jua seperti si suami? 
Hatta si suami ditengking oleh boss dan dikutuk pastikan anda merasa sesuatu yang tidak enak , maka macam itu jugalah si isteri akan merasai apabila  ditengking dan dikatakan macam2.
 Si suami  WAJIB menasihat dan membimbing isteri  apabila dia melakukan kesilapan ..,membetulkan bila tersasar dan melanggar syariat. Namun dalam menegurnya  ada adab-adabnya...


ISI-ISI PENTINGNYA  :


Antara Adab-adab Menegur Isteri :


  1.Janganlah membesarkan masalah yang kecil. 




Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Andai pun  isteri bersalah, janganlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata mengikut ego, dengan mudah keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Ini dikhuatiri membuatkan si isteri tidak dapat menerima dan tidak mendengari segala apa yang diperkatakan oleh si suami. Sebaliknya ia mungkin akan menyebabkan isteri bertambah sakit hati dan berdendam . Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. 
Itu lebih bagus.
Jangan pula..kesilapan isteri dijadikan bahan cerita sensasi di kalangan teman...bimbang ia mendatangkan FITNAH !



2. Teguran  mestilah berlapik




Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tidak  jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
  Namun seandainya dengan kata2 berlapik itu isteri tetap jugak tak faham2..,maka bolehlah si suami membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, cubalah

GUNA PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. 
Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan 
mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada si isteri .


3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN 
KESALAHAN ISTERI DI DEPAN ORANG LAIN. 




Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung ,rendah diri dan malu. Kalau isteri sudah tersinggung sudah pasti ia berbekam di hati dan bisa meremuk suatu hari nanti.


4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. 


JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri  ‘cool down’ dan tenang dulu kerana dalam fasa itu..ada ketenangannya..
InsyaAllah..minda akan lebih rasional apabila dlm ketenangan & sedia menerima teguran.

 

5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI.





Walaupun bergelar suami dan sememangnya anda berhak untuk bersuara...., janganlah  melampaui rasa Ego.
Janganlah menunjukkan sikap seolah2  merendahkan 
kebolehan isteri .Dan janganlah pula terlalu memuji diri seolah-olah serba-serbi  boleh diharapkan..dan yang silap HANYALAH si isteri!
Macam2  kesalahan isteri diungkit. Patut ke macam tu? 
Jadi, janganlah anda bersikap sombong dan meninggi diri...kerna bimbang ia memakan diri anda sendiri..

KESIMPULANNYA

TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG..!!




Teguran si suami adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab melepaskan geram..Yang penting, teguran dibuat tidak melukai hati dan perasaan isteri.
Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang sememangnya diharapkan oleh si isteri terhadap suaminya. 

Menegur itu penting...kritikan yang membina..bukan kritikan semata-mata menghentam.

Menegur adalah dibenarkan selagi mana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.


Sekian, semoga ada manfaat. 






** Olahan Bahan dari Shahliza.blogspot...Menarik ,.TQ:)

JAWAPAN UNTUK IBLIS DURJANA ???..





















Anas Bin Malik r.a berkata :

"Iblis telah bertanya kepada Allah : 

katanya, 
Wahai Tuhan ku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada Mu, oleh itu tunjukkan pada ku tempat kediaman untuk ku".

Allah berfirman : 

"Tempat kediaman mu adalah di dalam tandas".

Iblis bertanya lagi : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempat ku berkumpul?"

Firman Allah : 

"Tempat mu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaan ku?"

Firman Allah : 

"Bacaan untuk mu ialah syair dan sajak yang melalaikan".

Iblis bertanya :

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagi ku?"

Firman Allah : 

"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untuk ku?"

Firman Allah : 

"Azan untuk mu ialah seruling".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau telah menghantar utusan Mu daripada para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusan ku?"

Firman Allah :

"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku".

Iblis bertanya : 

"Wahai Tuhan ku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagi ku?"

Firman Allah :  

"Tulisan mu ialah Tatu, gincu serta lukisan di badan".

Iblis bertanya :

"Ya Tuhan ku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagi ku?"

Firman Allah :  

"Perangkap bagi mu ialah Wanita".

Iblis bertanya : 

"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama Mu, apakah pula minuman untuk ku?"

Firman Allah :  

"Minuman mu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama Ku pada nya".


Sabda Rasulullah SAW :
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu, sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu berasa bosan, 
sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah
ialah amalan yang ringan namun berterusan". 
(Hadis riwayat dari Muslim) 





ANDAKAH ITU??!...

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA


JANUARI 


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius .Suka mendidik dan dididik 
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan .Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam .
Pandai mengambil hati orang lain .Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu .Daya tumpuan yang sangat tinggi .Mudah mendisiplinkan diri sendiri .Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema .Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya .Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah .Setia pada segala-galanya. Cemburu yang sangat tinggi




FEBRUARI 



Berfikiran abstrak .Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak
dan genius .Berpesonaliti yang mudah berubah .Mudah menawan orang lain Agak pendiam, 
pemalu dan rendah diri .Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong .Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif .Mudah mempamerkan marahnya .Tidak suka benda yang remeh-temeh .Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya .Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya .Pemerhatian yang tajam .Suka hiburan dan
sukan .Suka benda yang bersifat seni .Sangat romantik pada dalaman tetapi 
tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan 
boleh menjadi terlalu boros .
Belajar untuk mempamerkan
emosi.


MAC 


 Berpesonaliti yang menarik dan menawan .
Mudah didampingi .Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, 
jujur, pemurah dan mudah simpati .Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain .Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain .Tidak cepat marah dan sangat amanah .Tahu balas budi dan tahu kenang budi .Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam .Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal .Suka berangan-angan .Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga .
Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik .
Jangan terlalu moody.


APRIL


Sangat aktif dan dinamik .Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal .Sangat menarik dan pandai manjakan diri .Punya daya mental yang sangat kuat .Suka diberi perhatian ..Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut .Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah 
Emosi cepat terusik ...Try control the emotion .Kecenderungan
bersifat dendam .Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan .Kuat daya
ingatan .Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain . Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.


MEI


Kekerasan hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi .Pemikiran yang tajam .
Mudah marah apabila tidak dikawal .Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian 
Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal .Tidak perlu dimotivasikan 
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain .Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan .Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain 
tanpa diberitahu . Daya khayalan yang tinggi .Permikiran yang tajam .Pandai berdebat .
Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan .Suka sastera, seni & muzik serta
melancong .Tidak berapa suka duduk di rumah .Tidak boleh duduk diam .
Tidak punya ramai anak .Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros


JUN


Berfikiran jauh & berwawasan .
Mudah ditawan kerana sikap baik .
Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, 
perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala. 
Bersikap sensitif .Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera .
Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik .Cepat marah & cepat sejuk .
Suka bercakap & berdebat .Suka buat lawak & bergurau .
Otaknya cerdas berangan-angan .
Mudah berkawan & pandai berkawan .Orang yang sangat tertib .
Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati .Mudah kena selsema .Suka berkemas .Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet .Kurang mempamerkan perasaan .Lambat nak sembuh apabila terluka hati .
Suka kepada barang yang berjenama .Mudah menjadi eksekutif .Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya
tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya


JULAI 



Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja


OGOS


Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER


Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik


OKTOBER

Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang 
kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut 
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, 
bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat


NOVEMBER


Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

KAD MAJLIS JASAMU DIKENANG




 
Pencipta asal sajak : Saudara Ahmad Sarju..Klang
& telah diubah mengikut kesesuaian oleh....er..er..siapa lagi ...aduhaii..ampunnn..:):)

 



Antara Kategori Anugerahnya...

Saje Nak Tenung...



Agak2 cam gambar atas kut
Ekspresi muka ni
Yang menggambarkan apa yg dirasa kini

Agaknya kenapa yaa..???!!
Adakah Anda Merasa Apa Yang Kurasa??
Erkk!!.......Sekian.........








SOMBONGKAH KITA ??




“Apabila kesombongan sudah menyelimuti hati kita, pandangan kita terhadap orang lain akan cenderung menghinakan dan merendahkan”........
Dan ketika kita merasa diri kita lebih tinggi darjatnya secara materi, kedudukan, tingkat sosial, pendidikan dan sebagainya ..maka saat itulah kita memiliki kesombongan dan ketika kesombongan telah menjadi pakaian kita maka bersiap siaplah akan teguran ALLAH yang maha dahsyat.. Nauzubillah!!
 www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

 Lepaskanlah rasa  kesombongan itu, kerana kedudukan manusia di mata ALLAH bukanlah dilihat apa yang dimiliki tapi dilihat dari 
KETAQWAAN, 
seberapa mampu kita menjalankan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA,  dan seberapa  ikhlas dalam memikul tanggungjawab dan dalam apa jua kita berurusan, 


Dan berhentilah merasa diri 
paling benar , paling berjaya , 
paling berkuasa, paling berharta
dan paling segala-segalanya...
Hinggakan
Segala dipandang kerdil,
Semua dirasakan kuno,
Yang miskin ..Yang buruk..
Hanya pandang sebelah mata
Diketepikan tanpa rasa bersalah...

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws







Sesungguhnya Allah benci dengan 
orang-orang yang sombong:



”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 
[Luqman:18] 

Ingatlah...
Ancaman neraka bagi orang yang sombong meski 
hanya sekecil atom ....
Sesungguhnya jua berada kita di sini hanya menumpang 
akan kenikmatan dariNya...yang  hanya satu pinjaman sementara....sampai satu ketika...sekelip mata segala kenikmatan itu ditarik..
Dan di saat itu ,
baru kita tersedar akan siapa kita......

Semoga rasa rendah diri itu kan ada di jiwa... 
Agar tiada sesalan di kemudian hari.







LISTEN TO QURAN

Listen to Quran