CETUSAN MINDA

Optimiskan Diri...



Tertarik pada satu petikan artikel
berkenaan REZEKI.. 
pada masa yang sama..
teringat nasihat teman agar yakin akan rezekiNya..
Sesungguhnya rezeki datang dari Allah jua...



Setiap antara kita  yang diciptakan oleh Allah s.w.t telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdo'a dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah s.w.t. dimuka bumi ini.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :


"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."



Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki 
daripada Allah s.w.t.
dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
Dan sebagai orang yang beriman, 
menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup 
diatas muka bumi ini.
Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya ...






16 comments:

Afida Anuar said...

Salam my dear kak tinie...

Alhamdulillah...tazkirah sebelum tidur yang mantap. Besok bermula hari yang lain untuk mencari rezeki di bumi Tuhan....

doa2 moga rezeki yang Allah kurnia kat kita ni rezeki yang halal dan diberkati..insyaAllah.

Ok, nak tido dah.. fida berlalu dulu kak..... selamat malam..
assalamualaikum...

:D

IMANSHAH said...

salam

kalau dah takde rezeki, makanan dalam mulutpun boleh terkeluar balik

piewahid said...

salam,
alangkah indahnya bila selain murah rezeki, menikmati pula rezeki yg diberkati.

p/s salah satu petua paling ampuh, bykkan bersedeqah dan tunaikanlah zakat, insya-Allah...

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:):)

Moga kitak beroleh kesihatan yang baik, serta sentiasa dalam redha~Nya..

Sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hamba adalah rezeki. Sesuatu yang dimintakan dipertanggungjawaban oleh Allah adalah rezeki juga.

Tanggungjawab itu, tidak lain ialah menempatkan harta yang telah dianugerahkan Allah kepada para hamba ialah dengan menjadikan harta berfungsi ibadah.

Thanks kitak..:):)

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Lupak tek, aritok kamek akan berangkat balit ke Kuching setelah sekian lama bermusafir.

Doakan keselamatan kamek ya!

Werdah said...

Salam Tinie.

Semoga sihat dan dalam redha Allah SWT.

Dalam surah Hud ayat 6, Allah berfirman maksudnya: "Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang melata (bergerak) di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)". (Hud [11] : 6)

Rezeki yang ditetapkan perlu diusahakan ikut syari'at, bila beroleh rezeki yang banyak hendaklah digunakan dengan selayaknya.

Mudah2an kita jadi umat yang bersyukur.

DrSam said...

Salam puan. Semoga mendapat keafiatan dan juga keberkatan serta rezeki yang diredhaiNya.

n.hasleena said...

Salam...
Terima kasih atas perkongsian ilmu...
Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan rezeki kepada kita umatNya...

Pn Kartini said...

Salam my dear dik fida:)

Alhamdulillah...rasanya dik fida mesti dah balik ke umah pada masa ni..ataupun..mungkin juga duk terperangkap jem nii..
Dalam apa jua keadaannya..biarlah hati tenang dek rezeki yg halal..:)

take care dear:)

Pn Kartini said...

To Mr ImanShah

Salam:)
sesungguhnya dengan keyakinan di hati pasti rezeki itu tetap ada..:)

p/s: ops!!spesies ruminant cam lembu boleh muntahkan semula utk dikunyahkan lagi rumput di dalam mulutnya!!:)heheh..terbio lakk akak nihh:)

Pn Kartini said...

To Mr Pie Wahid:)

Salam:)
Semoga saudara piewahid sentiasa diberikan kekuatan & kesembuhannya..:)

..sesungguhnya rezeki yang berkat itulah didambakan...:)

tksh yaa:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Salam:)

Semoga kitak sihat2 walau mana jua kitak berada;)

Tksh utk kata2 peringatan tukk..
InsyaAllah..kan kmk ingat tukk:)

thanks kitak:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

:):)
Agaknya kitak mesti dah sampey ke kuChing tukk...
mesti penat owhh...:)

MOga perjalanan kitak dilindungiNya selalu...:)

Pn Kartini said...

To my dear sis werdah:)

Salam:)

MOga akak sihat2 di sana:)

lantaran kedaifan manusia terkdg bimbang akan rezeki yang mendatang..
& terlupa akan dariNya rezeki itu datang...
Hanya keyakinan dan ketaqwaan bisa membuat diri kita berserah padaNya..

Tksh kak..:)

Pn Kartini said...

To Dr Sam

Salam:)
InsyaAllah..mudah2an kita memperolehi keberkatan rezeki dariNya jua..:)

Tksh yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear Leena:)

Salam dear:)

InsyaAllah..andai keyakinan dan ketaqwaan mengiringi perjalanan hidup kita..disamping keikhlasannya..insyaAllah..ada keberkatannya...:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran