CETUSAN MINDA

..Baru Tahu..


Hari ini masak kari ayam ..!
Tapi bukan nak cerita pasal masakan yaa..atau pun resepi kari ni
Cuma nak berkongsi info tentang ayam yang digunakan ini dari 
Produk AZ-ZAIN

Maaf yaa...andai orang sini yang ketinggalan..!
(..tahu product ni pun...sebab ada akak yang beri risalahnya..)
&
Orang sini lakk..pantang baca sesuatu yang menarik...mesti berkenan jek nak cuba!
ermmmm...

Sedikit info tentang produk AZ-ZAIN berbanding yang lain  :


            Ayam diproses Az-Zain    Amalan Memproses Ayam di Malaysia
1. Hanya ayam yang sihat sahaja dipilih untuk disembelih
Tidak kira jenis dan keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan
2. Tanpa Stunning Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan letrik sebelum disembelih)
3. Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses
4. Ayam disiram dengan air untuk membersihkan najis dan darah yang melekat pada bulu Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam
5. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan bulu Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam

6. Suhu air dikawal pada 600C supaya air tidak menembusi dalam daging ayam Amalan standard industri menetapkan suhu air 700C hingga 750C. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam
7. Ayam dimasukkan ke dalam air ais tanpa kimia dan klorin Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran.
8. Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbangan Teknik “water induce” (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu
9.. Setelah diproses ayam dipotong dan dicuci dengan teliti sebelum pembungkusan dan disimpan dalam bilik sejuk dengan suhu 210 C supaya ayam bebas dari bakteria dan sentiasa segar dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Ayam dihantar kepada pusat jualan,pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam
10. Ayam diangkut ke pasaran dengan truck refregirated sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputus Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria


Bagi yang berminat untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut...
bolehlah melayari website AZ-ZAIN

25 comments:

kak Erna said...

salam tini..terima kasih..sudi beri info..akak memang la berminat bila membacanya..tapi..dimana nak dapatnya tini..
sekarang ni..akak cuma beli ayam organik dari HPA aje..

Pn Kartini said...

To my dear Kak Erna:)

Salam sis..:)
sama2 kasih sis..kalau akak berminat tu..rasanya dalam website yang tinie bagi tu..ada list pengedarnya..:)
:)Akak click yaa nanti..utk detail infonya..:):)

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:):)

Moga kitak sihat hendaknya serta sentiasa dalam pelindungan~Nya..

Sukar nak mencari tempat memproses ayam sebegitu di sini. Sekarang ni ayam organik HPA dah masuk kat sini..

Thanks atas info kitak tok..:):)

ibuintan said...

salam Tinie,

info yang baik.. nak cuba cari juga pengedarnya yang terdekat

memang tak beli ayam siap proses di pusat beli belah, tak yakin

Afida Anuar said...

Salam my dear kak tinie...

mana nak dapat eh kak, kat pasar kat sini tak jumpa rasanya...err.. mesti ada pengedar kan?

Mohamad said...

Info yang menarik... agama kita mengajar amalan terbaik.. tetapi disebabkan mengejar keuntungan dengan cepat maka, cara-cara yang tidak sihat diamalkan.. akhirnya, kitalah yang menjadi mangsa..

sal said...

My dear PN KARTINI..
Cara memproses ayam tu menarik, mengikut syariat yg betul, senang hati kita nak beli ayam yg telah dijaga kualitinya yek..

Pn Kartini said...

Salam Mr Abd Razak:)

MOga ktk sihat2 di sinun dan dirahmatiNya selalu..:)

Kmk sik beli pula ayam HPA..biasa2 beli di kedai org islam jek..di pasaraya mmglah kmk sik pernah beli!:)was2 dgn pengedarnya siapa..ermm:)

Pn Kartini said...

To my lovely IbuIntan:)

Salam sis:)
Harap website Az-Zain dapat membantu utk tinjau2 pengedarnya..:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)
salam dear

aa'ahh..ada pengedarnya..kalau fida ke laman web Az-Zain yg akak beri tu..ada dilistkan pengedarnya..di pasaraya/pasar2 mmg tak dek kutt...:)

Pn Kartini said...

To Ckg Mohamad

Salam:)

Memang menyedihkanlah andai penjual islam menolak tepi halal dan haramnya demi keuntungan semata2 kan..

Pn Kartini said...

To my dear KAk Sal:)

Salam sis:)
Betul tu sis..bila dah ada keluaran muslim macam ni..mmg tiada lagi rasa was2 tu...:)

Melor said...

salam
melor dah lama tak beli ayam proses tu dan dah kurang makan ayam klu nak makan juga melor beli ayam organik yang proses sama dgn az-zain

n.hasleena said...

salam sis tinie...
terima kasih dengan info yang amat berguna ini..
kadang-kala kita leka dengan perkara2 yang begini kan..

Werdah said...

Salam Tinie

Alhamdulillah kedai Az-Zain ini dekat je dengan rumah kak.. adalah juga membeli di sana.. seperti burung puyuh.. meatball... rasa yakin...

maiyah said...

slmt thn baru ;)

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Info yang menarik. Tak semua tempat boleh dapat.

Paling penting ia disembelih secara betul dan halal.

TQ

Pn Kartini said...

To my dear Melor

Salam:)

Biasanya beli pun di kedai org melayulah..tak pernah di pasaraya..mmg tak yakin..:)

Pn Kartini said...

To my dear leena

Salam dear:)
moga sedikit sebyk mmberi info demi kebaikan bersama:)
Akak ni punn baru tahu keluaran ni..InsyaAllah nanti2 senanglah:)

Pn Kartini said...

To my dear sis werdah:)

Salam kak:)
Oo...senanglah kalau cam tu kan..:)
Tapi tu lah..tak tertanya lakk pengedar tu..ada tak dijualnya produk2 lain..:)kalau ada tu berminat jgk..:)

Pn Kartini said...

To my dear MAiyah
Salam dear:)

Selamat Tahun BAru juga utk Maiyah,
Moga 2011 dipenuhi dgn keberkatan dariNya jua..:)

Pn Kartini said...

To Mr Admin P@P

Salam:)
Betul tu..bila dah tahu ni..kiranya syukur sgt2:)

hazeleyed lady said...

thank you dear for sharing the info...
but sad to say that Az-Zain product is not around ...here ...yet.
Let's hope it reaches us here....soon.

Pn Kartini said...

Salam buat my lovely sis hazeleyed...:)

Alhamdulillah sis..Tinie tahu ni pun secara x sengaja..rupa2nya pengedar dekatlah jugak dari umh..:)!
insyaAllah....Akan Ada pengedarnya nanti tuu...:)

Take care yaa sis...:)

En Rusydi said...

salam semua...sya mrupakn salah seorang pengedar ayam AZ-ZAIN kwsn perak brhampiran stesen bas seri manjung..sahabat boleh dptkn produk keluaran AZ-ZAIN di RZOOL FROZEN FOOD SERI MANJUNG..atau hubungi
012-5035442 utk kterngn lebih lanjut..tq

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran