CETUSAN MINDA

Celaan VS Pujian


Imam Al-Ghazali ada menyatakan

"Sering kali manfaat yang kita dapat daripada CELAAN orang
yang memusuhi kita lebih banyak daripada
manfaat yang kita dapat daripada PUJIAN dari teman-teman"


Ada kala pujian yang selalu diterima bisa membuatkan diri merasa riak
andai kita terlalu taksub akan kepujian dari teman-teman
Pujian yang bisa terus meracuni di jiwa sehingga mendabik dada 
menganggap diri sesempurna manusia lantas tertutup hati untuk merenung 
kelemahan yang ada dan membiarkan diri tanpa mengubah & memperbaikinya.
Sesungguhnya inilah RACUN yang boleh merosak hati manusia biarpun
pujian selalu dianggapkan manis bagaikan gula!!!


Sebaliknya,






Celaan memang pahit diterima namun andai direnung...
difikir dengan akal yang waras..dan logikalnya
di sebalik celaan itu walaupun ia sepahit hempedu sekalipun
namun ia ada  berisi ubatnya!
Dari celaan,
kita bisa mengubah hidup dan cara kita sekaligus
memperbaiki kelemahan yang ada ke arah usaha membentuk
diri yang lebih baik...

Namun tidak semua antara kita mampu untuk menghadapi celaan..kritikan
Maka syaratnya di sini...
Kita mesti pandai mengubah celaan itu menjadi
PEMBAKAR SEMANGAT !!!

:)






** Olahan Sumber : Petikan dari  Solusi/25 2010

26 comments:

IMANSHAH said...

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Muttafaq ‘Alaihi)

kakcik said...

Assalamu'alaikum Tinie sayang...

kakcik setuju dengan kata2 bahawa kadangkala pujian itu akan membuatkan kita leka dan riak sebaliknya, jika celaan direnung secara positif, kita akan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Semoga Tinie sihat dan ceria selalu. :)

ieda said...

semua betul kak ..
moga kita x lalai kann :)

DrSam said...

Salam pn. Pujian yang lebih-lebih tu saya paling takut - kot melambung tinggi di awangan jatuh berdebab...sakit tu!

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:):)

Semoga kitak sentiasa dilimpahkan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam redha~Nya..:)

Melindungi hati dari pujian tak ubahnya seperti melindungi cermin dari noda. Bak cermin yang bersih, kalbu dapat memantulkan dengan jelas seluruh fenomena ghaib.

Apabila kita dapat menjaga hati, hati akan menjaga kita dengan menyingkap semua tirai penghalang, sehingga dapat melihat fenomena luar biasa yang membahagiakan. Jalan kamu menuju Allah Yang Maha Agung lagi Mahamulia menjadi bersih dari segala noda dan kotoran, sebab hati bersih dan suci...

p/s: Sorry lambat komen tek terzzz..:):)

Werdah said...

Salam Tinie.

Nabi saw bersabda: "Apabila kamu melihat orang2 yang suka memuji orang di depan orang lain, kamu ambil pasir kamu tabur ke mukanya"(Hadis Muslim).

Ini kerana puji memuji ini hanya hak Allah.. jadi jika kita hendak juga memuji kita nisbahkanlah kepada Allah.. bila kita dipuji hendaklah kita kembalikan juga kepada Allah. Semoga dengan itu kita terpelihara daripada sifat riya'. Mudah2an kita dilindungai daripada sifat syirik ini.

kak Erna said...

Salam tini.
semoga sihat dan ceeria selepas cuti cuti malaysia.
betul tu..syaitan pun suka mendekati insan yang dipuji..akan digodanyanya supaya adanya rasa riak..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Celaan dan pujian adah retorik hidup manusia. Ada yg ikhlas dan ada yg pura2. Org2 mukmin yg bermuamalah kemudian menerima gangguan adalah lebih baik dari org2 mukmin yg bermuamalah tetapi tidak menerima gangguan.Jadi celaan dlm hidup bermasyarakat skrg sudah menjadi fenomena yg biasa tetapi kita mesti menjauhi dari sesuatu yg boleh mendatangkan fitnah. Wallahualam

piewahid said...

salam,
semoga sentiasa dlm redha-Nya.

saya sentiasa belajar sesuatu dari celaan.

t kasih & jazakallah khier...

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

my lovely sis Tinie:)

moga akak n family sihat dan ceria sentiasa..

betul tu.. bila terlalu banyak pujian mula la.. terbuai pula.. terus jadi terleka.. Celaan memang menyakitkan pada permulaan tp bila di timbang di fikirkan.. cuba lebih memperbaiki diri..

wallahua'lam

t.kasih kak atas peringatan

syahbandar87 said...

salam kak..hmm..bnr la..sy jg mengharapkan muga jika ada cacat celanya ada lah orng yg sudi menegur.dan sy bersedia mengambilnya..sebagai pelajaran..

benar,kadang2 celaan dr musuh itu bermanfaat..sbb kdng2 kawan tidak smpi hati untuk bersikap jujur atas keburukkan kita..jd kita x tau lah.huhu

Afida Anuar said...

Salam my dear kak tinie....

Dari celaan/kritikan la seseorang itu boleh bangkit berjaya sebenarnya...

dan pujian itu ada kalanya membenamkan manusia ke bawah.

WaAllahualam... selamat berhujung minggu ye kak.. eh lupa, akak memang cuti panjang pun;)

Pn Kartini said...

To Mr ImanShah:)

Salam:)

dalam apa jua..penjagaan lidah dari berkata2 apa yang sia2 itu adalah plg penting..
berkata apa yang baik pasti ada keberkatannya..dan andai mendiamkan diri pasti terselamat dari apa2 pertelingkahannya.:)

Pn Kartini said...

To my lovely KakCikS:)

Salam sis..:)
Moga akak sihat2 di sana:)
Moga hati dan jiwa kita bebas dari rasa riak ..dan sentiasa sedar akan segala kelebihan dan kekurangan kita datang dariNya jua

Pn Kartini said...

To my dear ieda:)

Salam dear:)
InsyaAllah..
Dalam apa jua...berpijak di bumi nan nyata..:):)

Pn Kartini said...

To Dr Sam:)
Salam
Betul tu..hidup bagaikan roda
kdg2 kita tidak sentiasa berada di atas kan...
Moga pujian itu tidak melekakan kita:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Salam:)
Moga kitak sentiasa diberkatiNya dan sihat2 selalu:)

Tksh utk kata2 kitak tuk..
Semmgnya kita pasti tdk terlepas dgn pujian di sekeliling..Agar tidak terleka karena pujian, perlulah kita mengenali diri sendiri..sentiasa menimbang dari apa jua pujian yang mungkin tidak semua sesuai dengan kenyataannya....Sesungguhnya segala pujian itu hanyalah utkNya:)

Thanks kitak:)

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Werdah:)

Salam:)
Moga akak sentiasa sihat di sana:)

Betapa pujian itu semmgnya meracuni secara perlahan yang menyelinap di jiwa nan pastinya membuahkan penyakit hati..itulah bahana pujian..
Moga dijauhi penyakit hati /jiwa ini...

Tksh sis:)

Pn Kartini said...

To my dear sis Erna:)

Salam sis:)

Semoga dijauhi rasa riak dek pujian yang diterima..
sesungguhnya riak dianggapkan Rasulullah SAW sebagai amalan syirik kecil yang membawa kepada ketidakikhlasan ibadahnya.., sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu...
Nauzubillah...

Pn Kartini said...

To Mr Tajnur:)

Salam:)
Memang manis menerima pujian dan memang pahit menerima celaan..dua keadaan yang semmgnya menjadi lumrah kehidupan..
Menjadi persoalan:pujian antara ikhlas atau tidak
Celaan/kritikan adakah antara membina atau ingin menjatuhkan seseorang....
Itulah perlu kita timbangkan..

Pn Kartini said...

To Mr Pie Wahid:)

Salam
Moga mr Pie Wahid sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan serta kesembuhan dariNya...Amin..:)

Agaknya memang pada awal celaan itu..pasti menyakitkan..Namun di situ kita bangkit !

tksh ya:)

Pn Kartini said...

To my lovely dik Maiza:)

Salam dear:)

Moga Maiza sihat2 dan ceria sentiasa:)

Syukur kita diberikan akal utk menimbang segala pujian maupun celaan..dengan akal juga kita bisa berfikiran rasional dgn tidak berputus asa & terima kecewa..dek celaan yang diterima..:)

Untuk mengingati diri akak juga!!
Take care yaa

Pn Kartini said...

To Mr SyahBandar87:)

Salam:)
Celaan yang melampaui bisa juga membawa kepada fitnahnya..namun andai celaan itu ats dasar kritikan membina..pasti ia lebih bermakna!:):)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

Salam:)

Kritikan membina..pasti ada semangatnya utk terus perbaiki diri..jangan pula kritikan yang sengaja utk menghentam dan mengenakan orglain..parah tuu!!

Ops!!buat2 lupalah tuu..
huhuu...tapi hari ni akak ada kelas bio tauuu..;)

HIDAYU BINTI HARON said...

Assalamualaikum puan tini...

menjenguk dan bertandang kemari, mencari sesuatu sbg ilmu tambahan..mmg tak sia2..ada sahaja entry yg trbaik dpt di baca dan direnungkan...
for this n3, ayu juga sebagai insan yg lemah,kadang2 lebh mendambakan pujian drpd kritikan.itupun, sbg elemen semangat utk mngerjakan seuatu berterusan...namun, bila pujian dihulurkan berlebih-lebihan, memang terasa sugguh hebat permainan syaitan menghasut manusia melalui kata2 pujian..

mantop this n3, puan...
moga puan sentiasa di bwah rahmat Allah...

Pn Kartini said...

To my dear Ayu

Salam :)
Kdg2 pujian itu mendatangkan rasa dihargai dengan usaha yang kita buat..sekaligus mendatangkan motivasi utk kita juga..Itu tidak salah..:)
menerima pujian dalam rasa kesyukuran kerana apa yang mendatangi kita semua dariNya jua..
Kritikan..andai diolah..dianalisis dengan baik..pasti menjadikan kita lebih baik...kiranya kritakan itu membina:)

Semoga Ayu jua sentiasa dalam lingkungan rahmatNya dan take care dear!:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran