CETUSAN MINDA

Berwaspada!!...

Petikan dari bahan bacaan Rapi/Disember 2010
tentang supplement  berikut  :

INFO 1

VITAMIN  E


Jadikan Vitamin E Menu WAJIB!!

Kajian The England Journal Of Medicine menunjukkan,individu sihat yang diberikan supplemet vitamin E dalam diet seharian mereka sebanyak 100IU  (International Units)  mempunyai risiko 40% lebih rendah diserang SAKIT JANTUNG berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang jenis makanan yang mengandungi Vitamin E.

Justeru itu,
kita disarankan mengambil Vitamin E setiap hari yang boleh diperolehi dari makanan
seperti salad,aprikot,kekacang seperti badam dan makanan segar yang lain.

Tapi AWAS!!!
Pengambilan Vitamin E TIDAK BOLEH melebihi 1500 IU perhari
kerana andai terlebih ia mungkin meningkatkan risiko berlakunya
pendarahan dalaman.


INFO  2


Kalsium

Supplemen Kalsium Boleh Sebabkan Penyakit Jantung!

Dalam penemuan terbaru pada 29 Julai 2010, orang yang mengambil supplemen kalsium
kini terdedah dengan risiko serangan jantung.

Analisis kajian ini dilakukan termasuklah dengan pelbagai ujian klinikal 
melibatkan 12,000 pesakit.

Hasil kajian mendapati,supplemen kalsium yang mereka ambil ada kaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung sebanyak 20% hingga 30%.Penyelidik Ian Reid dari University of Auckland berkata,sudah sampai masanya satu kajian perlu dibuat untuk menilai kembali peranan kalsium dalam merawat dan menghalang masalah osteoporosis.
Kata beliau lagi,kita perlu menilai sama ada supplemen kalsium ini benar-benar sesuai dengan semua orang atau tidak!

Moga info ini sedikit sebanyak boleh memberi panduan dan peringatan
dalam aspek pemakanan & pengamalan supplemen
agar ia tidak memudaratkan.

Bukan pada orang lain..tetapi untuk orang sini juga.....!!
SEBAB???
:
:
:
V
erkkk!!!

:)

28 comments:

CT said...

Betul ke? Kita amik EPO dan kalsium setiap hari so ......ngeriiiiiiiii kalau btl....konpius!!

ibuintan said...

salam,

serba salah jadinya...kejap kata camni esok2 kata lain pula..

kalau cam tu sediakan makanan yang seimbang je...

ieda said...

memang kena selalu berhati2 dgn supliment nie kak .. takut tersalah amik kann :)

sib baik saya jarang sgt2 guna .. sbb asaya amik ubat kg .. atuk asaudara buat sendiri .. :)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Sis Tinie,
Rasa akak, apa yang kita makan seharian kalau lengkap sayur, buah2an, ayam, ikan, daging, tauhu tempe, susu, juice, coklat dan segala tok nenek yang kita selalu makan..sudah memadai khasiatnya, maklum org Msia ni kan mewah makan.

Vitamins tu cuma suppliment jer khusus kpd mereka yg kurang zat dlm badan..kita ni sebenarnya dah terlebih zat..bermakna membazir jer vitamins tu jadi hasil buangan atau jadi racun dlm badan.. ada doktor yg kata le..

kak Erna said...

salam tini..akak pulak..satu pun tak ambik..risau jugak kan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..:):)

Moga kitak sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat~Nya..

Kamek memang kurang ambik supplement, just amalkan herba dari HPA. Kamek fikir memadailah perbanyakan makan buah-buahan dan sayur-sayuran di samping makanan yang lain kerana ianya sudah mencukupi apa yang badan kita perlukan.

Thanks for sharinf..:):)

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie....

Thanks sudi berkongsi info.. itu la, semuanya patut diamalkan secara sederhana, jangan berlebihan. Kerana sesuatu yang kita makan secara berlebihan pasti ada kesannya..

PS: fida tak ambil apa2 supplement pun. Cuma, amalkan minum air kosong yang banyak je hari2,dalam 3/4liter....tuk kekal bertenaga..cheewah..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saintis kini cuba utk menjadikan manusia sebagai bahan eksperimen. Setiap kali penemuan baru, ada saja dapatan yg hendak diberikn walhal hasil2 penemuan sebelum ini, merekalah yg mengesyorkan kpd manusia. Malah, kalau kita perhatikan org2 yg sebaya dgn ibubapa kita, usia mrk jauh lebih panjang dari penduduk zaman sekarang. Semuanya bergantung kpd kesihatan, pemakanan, tiada pencemaran dan keracunan sana sini Dlm Islam. apa yg penting adalah makan yg bersih dan halal disamping makanan yg segar samada haiwan atau tumbuhan. Surah AnNahl:14 وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلۡبَحۡرَ لِتَأۡڪُلُواْ مِنۡهُ لَحۡمً۬ا طَرِيًّ۬ا Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan [untukmu] agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar [mknn laut],

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Maiza hari-hari ambil supplemen 1000mg sehari.. hehe... mujur lagi tak lebih.. apa-apa pun jangan berlebihan.. bila berlebihan akan memudharatkan..

teringat pesanan doktor
"apa saja yang sedap atau lebih boleh membawa kemudharatan"

thanks for the info kak!

piewahid said...

info yg sgt berguna kerana kebanyakan kita mengambil supplement food terutamanya saya semenjak bone marrow biopsy baru2 ini.

Pn Kartini said...

To my lovely sis CT

Salam:)
Samalah kita ..EPO mmg disarankan khusus utk wanita kann..cuma yang kalsium tu..bimbang juga arteri darah lakk yang mengeras..uhh!
pe2..ambil jgn berlebihan..:)

Pn Kartini said...

Salam my lovely IbuIntan:)

Tulah kan..mana2 zat dari makanan seimbang nan semulajadi itulah yg terbaik!:)

Pn Kartini said...

To my dear ieda:)

Salam dear
akak mmg amalkan supplement ..
mak akak bising juga bila tgk akak makan tu..hehehe..cuma harap apa yg diambil tidak berlebihan yg mendatang mudarat!!

Ooo..ieda amal jamu ekk..
mesti ok kann:)

Pn Kartini said...

To my lovely sis Yatie:)

Salam sis..
Memang betul sis..cuma tini rasa pemakanan seharian tinie ni tidak sebegitu seimbang..so diambilnya supplement
Harap2 tidak memudaratkan...

Pn Kartini said...

To my lovely sis Erna;;)

Salam:)
Ooo...tapi akak nampak mantainnn jekk..mesti amalan petua2 nihh..boleh kongsi sis??:):)
Cam tini mmg amal supplement dan tidak pada jamu...aduhaii..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

SAlam
Moga kitak sihat2 di sinun..dan sentiasa dalam keadaan baik2 hendaknya..:):)

Aduhaii...kmk tukk macam2 bah..ehehhe..mak kamek ada juak sound pada kmk..tp tulah..sbb rasa kmk tukk sik cukup zat jekk dari pemakanan harian..diamalnya pemakanan tambahan tukk...
Nantilah..mun ada peluang,mauk juak tanya pandangan doktor...:)

pe2..tq yaa kitak:)

Pn Kartini said...

To my dear dik Fida:)
Salam dear:)

Bagussssss tuuu minum air banyak2..kiranya dalaman kita dalam keadaan optimum dan tak deklah berlaku dehidrasi..:)memang antara yang terbaik amalan minum air ni..:)

Dalam apa jua..kesederhaan itu ptg kan:)

Pn Kartini said...

To Mr Tajnur

Salam:)
Moga kitak diberkatiNya selalu
tksh utk komen kitak tukk..
dalam apa hal,semmgnya makanan yang dianugerahNya itulah yang terbaik..ada 1001 zat yang tiada tandingan dengan yang dicipta oleh manusia...:)

Pn Kartini said...

To my dear dik Maiza:)

Salam:)

Dalam apa jua pengamalan pemakanan kita seeloknya merujuk atas nasihat doktor kann..
kdg2 kita hanya tertarik dgn khasiat yang diwar-warkan...namun apa kesan disebaliknya kurang kita ambil tahu!!

Pn Kartini said...

To Mr pieWahid

Salam..
MOga Mr PieWahid diberikan kesihatan dan kesembuhan dan dilindungiNya selalu...Amin:)

Termasuklah org sini..mengambil supplement itu dan ini...:)cuma adakala terfikir juga apa kesan utk jangka panjang...pe2..semmgnya kita mengharap apa yang Terbaik...moga tiada kemudaratannya..InsyaAllah..

CT said...

Masuk blog kita amik award....tq

Pn Kartini said...

To my dear..sis CT
THANKSSSS:)

DrSam said...

salam puan. Saya pun dah jarang ambil supplement. Namapun supplement, diet yang wajib dan seimbang kena jaga juga.

Salam maal hijrah.

hazeleyed lady said...

ass-salam my lovely sis Tinie
I am very much aware of the consequences...but after my surgery...i have to consume Calsum, daily .
Tawakkal jer lah ek
Good day dear.

Pn Kartini said...

Salam Dr Sam:)

Pengamalan diet seimbang semmgnya sudah mencukupi utk melengkapkan lagi keperluan zat badan..:):)
Mungkin selepas ini perlu lebih berhati2 dengan pengambilan supplement yang diwar-warkan akan kelebihannya..

Tksh yaa

Salam Maal Hijrah..:):)

Werdah said...

Salam Tinie.

Terima kasih memberi maklumat ini.. Kena waspada dengan food suppliment ni dan ubata2an .. kak pernah kena cushing syndrome dulu, jadi dah tak banyak ubat atau FS yang kak ambil sekarang ni...

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Hazeleyed:)

Salam sis..:)
Betul tu sis..tawakkal sahaja..
Namun seelok2 dalam apa jua pengamalannya perlu atas nasihat doktor..
mungkin doktor lebih arif akan baik buruknya..

Moga akak sihat2 di sana..
Ops!!Moga adik Naufal tetap mantain coollll dan cepat sembuh!!:):)
Salam Maal Hijrah sis..:)

Pn Kartini said...

To My lovely sis werdah:)

Salam sis..:)
Cushing syndrome ??uhh...bimbang lak sis..
kena rujuk simptom2nya nihhh lepas ni..
bimbang ni sebab tini ambil byk jns juga FS sis...

Pe2...Tksh sis..utk info akak ni..:)
Moga akak sihat2 di sana:)

Slmt Tahun Baru hijrah:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran