Selama ini..
Segala apa yang dibuat berkait dengan tugas
sememangnya tidak terlalu berkira!
Cuba untuk sempurnakan tugas yang diberi mengikut kemampuan diri
Selagi kita tahu tanggungjawab..
pasti ada sesuatu yang akan diusahakan tanpa berkira apa-apa..
Namun..
Bila diarahkan mencatat segala apa yang dibuat diluar waktu bertugas
dengan alasan sebagai BUKTI dalam penilaian PRESTASI
Dalam diri mula membangkang...
Serba salah...
Kerana mungkin ia bertentangan dengan prinsip diri
iaitu
apa yang dibuat sememang atas inisiatif ikhlas
yang bukan untuk di'laung-laungkan'
apatah lagi untuk diDOKUMENTASIKAN....
:(
Bimbang nanti..
apa yang dilaksanakan menjadi sia-sia...sekaligus menghilangkan
KEBERKATAN ..
Dalam fikiran yang berlegar-legar memikirkan
antara arahan dengan prinsip diri..
Terbaca satu petikan menarik tentang
KEIKHLASAN
:
:
:
V
V
Rahsia antara seorang pekerja dengan tuhannya adalah IKHLAS.
Ia pula menjadi sumber utama yang menentukan pertolongan dan berkat daripada Allah swt. Keikhlasan seorang pekerja merupakan jambatan utuh antara dirinya dengan Allah swt
dan ini memudahkan urusan membina hubungan erat yang berterusan.
Keikhlasan turut berfungsi sebagai
formula yang sangat berkesan
untuk membunuh segala virus yang terbit dari sifat mazmumah
seperti riak ketika berkerja dan bertugas untuk diperlihatkan kepada umum ,
ujub
dan bangga diri kerana telah banyak memberi sumbangan
kepada
organisasi/persatuan
dan
merasakan orang lain tidak seperti dirinya,
dan 1001 jenis sifat atau
tabiat lain yang merosakkan
keikhlasan dan kesejahteraan
beramal dengan
Amal Islami .
Tanpa keikhlasan dalam bekerja ,
Tanpa keikhlasan dalam bekerja ,
biarpun sehebat mana pengaruh dan
publisiti yang berjaya diraih ,
kesannya sangat memudharatkan kita sendiri.
Paling minima kesan yang bakal diterima ialah hilangnya
keberkatan dan kemanisan bekerja.
Seterusnya mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang
melambatkan perjalanan sesuatu organisasi.
Semoga Kita Ikhlas Dalam Apa Jua Yang Kita Usahakan
InsyaAllah..
Semoga KEBERKATAN itu ada.....
Semoga KEBERKATAN itu ada.....
-Selamat Hari Pekerja-