Pakar dermatologi dari Universiti Bradford, England, D J Tobin,
berkata
rambut terhasil dari dua bahagian iaitu
batang rambut atau urat rambut,
yang melihatkan struktur dan warna rambut serta akar rambut,
yang tidak
kelihatan menerusi mata kasar
kerana terletak dalam kulit kepala.
“Warna rambut yang dimiliki seseorang itu ditentukan bahan kimia
melanin dihasilkan oleh beberapa bilangan sel pigmen terbentuk
daripada
folikel rambut.
Setiap akar rambut dikelilingi oleh tiub tisu itu.
Eumalinin menjadikan rambut berwarna coklat atau hitam,
pheomelanin pula
menyebabkan rambut berwarna
kekuningan atau merah.
“Eumalinin dan pheomelanin dihasilkan oleh sel melanosit
terletak
di dalam akar rambut.
Melanosit menghubungkan pigmen ini dengan sel
dalam kulit
iaitu keratinosit, yang menghasilkan protein keratin,
juga
komponen utama penghasilan rambut.
“Semakin usia meningkat, sel pigmen dalam folikel rambut
semakin menghilang. Apabila sel pigmen semakin sedikit,
melanin tidak
dapat menampung keperluan warna
bagi setiap urat rambut menyebabkan
terhasilnya
rambut berwarna cerah sama ada
kelabu, perang atau perak.
Fasa terakhir, semua rambut bertukar menjadi putih
selepas pigmen tidak
lagi menghasilkan
melanin,”
katanya.
Menyambung penjelasan, katanya,
masalah uban juga boleh terjadi
disebabkan keturunan atau genetik
dan faktor ini tidak boleh diubah.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini, kata Tobin,
perlu
bersedia menerima kehadiran uban itu yang lazimnya
kelihatan pada awal
usia remaja.
Banyak faktor boleh mempengaruhi uban dan ia boleh berlaku
pada
setiap peringkat usia.
Selain genetik, kehadiran uban juga disebabkan
gaya hidup,
diet atau masalah kesihatan dan pengambilan ubat yang
berlebihan di samping tekanan.
“Gaya hidup yang tidak teratur boleh menyebabkan uban terjadi
dengan lebih cepat dari yang sepatutnya.
Kurangnya pengambilan gizi
makanan seimbang juga
menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini.
Vitamin A serta serat amat penting untuk memastikan sel kulit,
termasuk
melanin terus menjalankan fungsinya.
“Tabiat merokok, minum alkohol dan juga tekanan
adalah antara
faktor yang dikenali sebagai menyumbang
kepada pertumbuhan uban.
Di
samping itu, perubahan semula jadi atau peningkatan umur
menjadi faktor
normal.
Mereka dalam lingkungan 45-50 tahun
akan mengalami masalah uban,
pada usia sebegini uban tumbuh kerana sel melanin mula merosot
dan dan
juga kulit mengalami
proses penuaan,”
katanya.
Tambahnya lagi,
rambut beruban sebenarnya tidak boleh dicabut
walaupun sering dilakukan oleh kebanyakan orang.
Mencabut uban rambut
akan merosakkan liang
di sekitar folikel rambut hingga mengganggu saraf
akar rambut.
Perbuatan ini bukan saja tidak berkesan dalam menangani
masalah uban malah mendedahkan diri kepada risiko
menghadapi penyakit botak atau
alocepia areata.
Pengambilan nutrisi seimbang,
katanya dapat membantu melewatkan
kehadiran uban.
Pemilihan makanan berprotein tinggi mampu membantu
sistem pembinaan sel berlaku secara berkesan.
Buah-buahan dan sayuran
juga perlu untuk
memelihara tubuh lebih sihat.
Katanya, perubahan kepada gaya hidup sihat juga dapat
membantu
melambatkan proses itu berlaku.
Bersukan secara berkala atau berjadual
boleh melambatkan uban kerana perpeluhan yang berlaku boleh
menyingkirkan lemak dari bahagian kelenjar dan bawah kulit.
“Uban sememangnya tidak boleh dihalang
kerana ia adalah perubahan
semula jadi yang
berlaku pada setiap insan.
Di samping mengambil langkah
mudah untuk
menyembunyikannya,
adalah baiknya jika anda mula
mengamalkan
amalan sihat
yang juga memberikan manfaat kepada
tubuh dan
kesihatan anda.
“Cuba ubah pola pemakanan dan diet harian kepada
pengambilan
makanan yang nutrisi tinggi sekali gus berzat.
Elakkan gaya hidup yang
tidak sihat seperti merokok
dan cuba lakukan senaman ringan setiap hari
walaupun sekejap.
Peluh yang keluar akan membantu
kulit bernafas dan
mengeluarkan kotoran dari dalam kulit.
“Paling penting mesti sentiasa ceria dan jauhi tekanan.
Ia
menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu
dan secara tidak
langsung membantutkan
istem normal badan kita,”
katanya.
*****************@************************
Sabda Rasulullah,
“Jangan mencabut uban. Sekiranya seorang Muslim
mempunyai uban dalam Islam,
Allah akan memberinya satu kebaikan dan
menghapuskan satu dosa kerananya.”
Allah akan memberinya satu kebaikan dan
menghapuskan satu dosa kerananya.”