CETUSAN MINDA

..Bukan Sekadar Penyedap..


Tahukah anda..

Di sebalik  penambah perisa,
penyedap rasa..
ia juga sebenarnya memberi impak yang cukup baik pada kesihatan
 terutama dalam menjayakan diet harian.

Kecil ia bukan sembarangan..
manfaatnya lebih besar dari yang disangka!
1001 rahsia dan khasiat terselindung disebaliknya....
:
:
:
:
V
MENEROKA  KEBAIKAN  REMPAH RATUS
 

BUAH  PELAGA
- Kandungan utama di dalam buah pelaga 
  ialah asid linoleik,asid oleic,asid 
  palmitik,protein &   silica .
- Herba ini sangat berkesan membantu 
  mengatasi masalah perut tidak selesa,
   khususnya bagi mereka yang 
   mengalami masalah angin dalam perut.
- Ia juga bermanfaat membantu proses 
  detoksifikasi selain merangsang 
  penghadaman & meningkat 
   pengaliran darah.


 LADA  HITAM
- Mempunyai aroma yang memikat & 
   baik utk memanaskan tubuh serta 
   melancar sistem  penghadaman.
- Piperine yang terkandung dalam lada 
   hitam mampu menggalakkan 
   penyerapan nutrient  ke dalam usus.
- Kulit luar lada hitam dikatakan 
   mengandungi  zat yang membantu 
   pelangsingan!


JINTAN  PUTIH
- Menurut kajian yang dijalankan 
  Universiti Cornell,jintan putih bersifat 
   antibakteria yang  mampu meng-
   hapuskan 80% bakteria atau
   fungus dalam makanan serta 
   mematikan kuman .
- Mengunyah jintan putih dapat 
   membantu meredakan rasa lapar
   yang dialami serta  mengurangkan
   keinginan untuk menikmati
   makanan manis seperti coklat dan kek.


KAYU  MANIS
- Kajian menunjukkan bahawa kayu 
  manis adalah rempah yang aktif 
  menambah glukosa & mencegah
   lebihan kandungan gula dalam
   darah.
- Ia juga dapat menghindari tubuh dari 
   kesejukan serta melancar peredaran
   darah.


BIJI  SAWI
- Biji sawi kaya dengan kandungan asid
   lemak Omega 3,kalsium,zat besi,
   magnesium,fosforus,protein,
   selenium dan niasin.
- Selenium merupakan di antara 
   nutrisi yang dapat membantu 
    mengurangkan risiko asma,  arthritis 
    & tekanan darah rendah.
-  Herba ini juga mampu meredakan 
    masalah penghadaman serta 
    mempertingkatan metabolisme tubuh .











- Sharing Is Caring -





Olahan Sumber :
Bahan Bacaan Harmoni Mei/2012





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran