CETUSAN MINDA

..Kejadian Nabi Adam..


Menikmati cuti dengan..
Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
:
:
:
:
:
:
V

Program Tanyalah Ustaz
dengan tajuk
"Kejadian Nabi Adam a.s"
:
:
:
V
Bermulanya kejadian Nabi Adam
melalui 6 fasa  :

Fasa 1- Pengumpulan tanah-tanih dari bumi

Fasa 2 - Dari tanah yang kering dicampuri air 
menjadi tanah yang basah

Fasa 3- Diuli dan kemudian diperam

Fasa 4 - Diperam sehingga busuk & menjadi kering&mengeras
(seperti tembikar )

Fasa 5 - Kemudian dibentuk olehNya

Fasa 6 - Roh ditiupkan pada jasad

Mengikut para ulamak..
setiap fasa mengambil masa 7,000 tahun...

Dijadikan Nabi Adam & Hawa..
Ditempatkan di syurga
dengan satu larangan agar tidak menghampiri sepohon pokok..

Namun..
Syaitan tetap menggoda dan menghasut Nabi Adam..
Namun tidak diendahkannya...
Sehinggalah syaitan datang kepada Hawa
Dengan tipu daya syaitan..
Hawa memakannya..
Kerana kesedapan buah berkenaan dipelawanya kepada Nabi Adam
dan tanpa mempersoal di mana Hawa mendapatkan buah berkenaan
dimakannya pula oleh Nabi Adam....

Maka bermula di situlah
Allah menghalau Nabi Adam & HAwa dari Syurga...
dan diturunkan mereka 
ke bumi....


Begitulah antara petikan program 
Tanyalah Ustaz bahagian 1
 :)

Bila habis program ni..
Ada juga tuan blog cari dari google..
tentang kejadian manusia..& 
agak menarik bila dapat jumpa sedikit ilmu
:
:
:
V

Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam a.s.

 

Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan Malaikat Jibril supaya
 turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk dijadikan bahan mencipta Adam. 
Namun ketika tiba di bumi, bumi enggan tanahnya diambil 
untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak akan rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam. 
Kerana ia bimbang kelak Adam akan berbuat maksiat kepada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpahnya bumi. 
Kemudian Allah menitahkan malaikat Mikail turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, 
Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, 
kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa.
Akhir sekali Allah menyuruh Malaikat Izra’il turun ke bumi untuk mengambil tanah. 
Kata Allah: “Hai Izra’il engkau kini Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun, jangan engkau undur. 
Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku.”

Setelah Izra’il tiba di atas bumi, dia berkata: 
“Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantuh atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?”.

Mendengar perkataan Izra’il, 
maka bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra’il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi.
 Setelah Izra’il mengambil beberapa jenis tanah, 
kembalilah dia ke hadrat Illahi.
Kata Allah:
 “Ya Izra’il, pertama engkau yang Aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia.”

“Jika demikian hamba bimbang yang hamba ini akan jadi dibenci 
anak Adam kerana pekerjaan hamba ini,” 
kata Izra’il.

“Tidak,” jawab Allah: 
“Tidak mereka akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. 
Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya.”


Mengikut keterangan para Ulama bahawa tanah-tanah itu 
adalah seperti berikut:
:
:
:
 01. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
02. Tanah Bukit Tursina
03. Tanah Iraq
04. Tanah Aden
05. Telaga Al-Kautsar
06. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
07. Tanah Paris
08. Tanah Khurisan
09. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga Firdaus
12. Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas:

* Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, 
kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.

* Telinganya dari tanah Bukit Tursina, 
kerana ia alat pendengar tempat penerima nasihat.

* Dahinya dari Iraq, 
kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

* Mukanya dari tanah Aden, 
kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

* Mata dari tanah telaga Al-Kautsar, 
tempat untuk menarik perhatian.

* Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar,
 tempat untuk memanis-manis.

* Tangan kanannya dari tanah ka’abah, 
untuk mencari nafkah dan kerja-kerja sesama manusia.

* Tangan kirinya dari tanah Paris, 
tempat beristinjak.

* Perutnya dari tanah Khurasan,
 tempat lapar dan haus.

* Kemaluannya dari tanah Babylon. 
Di situ tempat berahi dan tipu daya syaitan untuk 
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

* Tulang dari tanah Bukit Tursina, 
alat peneguh tubuh badan.

* Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.

* Hatinya dari tanah syurga Firdaus, 
kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

* Lidahnya, dari tanah Tha’if 
tempat mengucap kalimat syahadat, 
bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.




Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74 :

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran