CETUSAN MINDA

..Segalanya ILMU...









Rasulullah SAW bersabda,
 "Jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, 
atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, 
dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, 
maka nescaya engkau binasa.

" [HR Al-Bazzar dan At-Thabrani]


Maksud orang kelima ialah apabila seseorang itu berinteraksi dengan ilmu maka dia perlu menjadi seorang: - 
Pengajar yang baik jika dia menjadi tenaga pengajar. 
Jika dia tidak berkemampuan menjadi pengajar, 
maka jadilah dia seorang: -
 Pelajar yang baik terhadap ilmu yang diajarkan kepadanya. 
Jika dia tidak mampu menjadi pelajar yang baik, 
maka sekurang-kurangnya dia menjadi: - 
Pendengar yang baik terhadap ilmu yang disampaikan itu.
 Namun jika dia tidak mampu menjadi seorang pengajar, 
pelajar dan pendengar yang baik, 
sekurang-kurangnya dia menjadi: - 
Menyukai ilmu tersebut.



Oleh itu,
jika seseorang itu tiada keempat-empat ciri-ciri di atas 
maka jadilah orang itu orang yang kelima. 
Iaitu dia tidak menjadi pengajar, tidak juga menjadi pelajar,
 tidak pula mendengar dan menyukai ilmu itu. 
Bahkan dia tidak menerima manfaat dan
 tidak juga memberi manfaat terhadap ilmu. 
Begitulah maksudnya jangan menjadi orang kelima 
seperti mana hadis 
di atas.



" SELAMAT  HARI  GURU "
 

Moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak 
serta kekuatan  untuk terus mencurahkan ilmu kepada 
anak-anak didik ...
serta diberikanNya kesabaran dalam menghadapi 
segala rintangan 
dan dugaan...
Aamiin


8 comments:

Acik Erna said...

assalam tinie..selamat hari guru tinie..
sudah tentu tinie guru yang disayangi dan jasa guru akan dikenang sepanjang hayat

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Sis Tinie,

Selamat menyambut hari guru sis tinie.

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Semoga Allah SWT kurniakan kitak kesihatan yang baik dapat terus melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan mendidik anak bangsa...aamiin

Jasamu takkan pernah dilupakan baik di dunia ataupun di akhirat. Moga Allah merahmati kitak dunia dan akhirat.

Selamat hari guru buat kitak..:):)

mamaijat said...

.....SELAMAT HARI GURU.....

semuga amanah yang di beri...
kita tak persiakan....
apa yang kita janji...
tunai tetap kita tunaikan......

Insyaallah,seikhlasnya..
amin.

Nur-nba said...

Selamat Hari Guru Kak Kartini.. :)

kakcik said...

Assalamu'alaikum adikku Tinie.

Selamat menyambut hari guru, dik. :)

Teacher Basariah said...

selamat hari guru, kak tini..

ernizz said...

selamat hari guru untuk cikgu!...same2 la kite mengharungi dunia pendidikan alaf baru yg banyak cabaran n rintangan n liku2 n macam2 la...;)))

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran