Cara menangani
MASALAH
:
:
:
:
:
:
:
V
JANGKITAN SALUR KENCING :
1. AIR
Jika mengalami jangkitan salur kencing,
pastikan anda minum banyak air .
Anda seharusnya membuang air kecil sekurang-kurangnya
setiap 4-5 jam.
Dengan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas air sejam,
menyebabkan kita akan kerap membuang air dan sekaligus
akan dapat menyingkirkan bakteria keluar dari
tubuh melalui urin yang dihasilkan.
Selain itu ,
rasa sakit boleh dikurangkan dengan meletakkan sebotol air panas
pada bahagian bawah perut.
2. SERBUK PENAIK
Jangkitan salur kencing yang berlangsung lebih daripada 2 hari
memerlukan rawatan perubatan.
Ini kerana jika dibiarkan ia boleh menjangkiti buah pinggang
& menyebabkan masalah yang lebih serius.
Salah satu cara mengelakkannya,
cubalah campurkan satu sudu serbuk penaik dalam segelas air.
Serbuk penaik bertindak dengan meneutralkan
tahap keasidan urin serta mempercepatkan penyembuhan.
3. NANAS
Bromelain merupakan enzim yang terdapat dalam nenas.
Dalam satu kajian,individu yang menghidapi masalah
jangkitan salur kencing yang diberi antibiotik beserta
denga bromelain dilihat berjaya mencegah jangkitan berbanding
dengan pesakit yang tidak mengambilnya.
Untuk itu,
anda disarankan mengambil secawan jus nenas bagi mengelak
jangkitan sekaligus menyembuhkannya.
- Petikan dari artikel majalah i-Sihat Jun 2012 -