CETUSAN MINDA

...Ingat 2 Perkara..Lupa 2 Perkara..



Ingat Dua Perkara


I

Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu 
diingat selalu dan sekiranya berpeluang,
maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT 
kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud  :
 ”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha:11)
Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik
dan berjasa kepada kita.Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.


II

Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya.
Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. 
Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf.
Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa 
itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat
dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.



 Lupa Dua Perkara

I
Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.
Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang.
Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. 
Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. 
Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. 
Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.
Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. 
Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub,
  riyak atau rasa diri baik dan mulia.


II

Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. 
Anggaplah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya
tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.
Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, 
musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita 
seperti sakit, kematian, kerugian,kekalahan, kemalangan dan kegagalan.
Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, 
kemeseletan ekonomi dll.
  Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan
ketentuan Allah.




18 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Didoakan semoga Allah kurniakan kitak kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..:)

Terima kasih atas peringatan di pagi Jumaat yang mulia ini. Insya Allah akan cuba sedaya upaya tidak akan melupakan dan berusaha sebaik mungkin membalasnya dengan kebaikan yang lebih baik lagi..:)

Moga kita dapat mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat..:)

Thanks kitak! :)

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie,
tazkirah padat dan mantap, di pagi Jumaat yang mulia ni..

selalunya manusia ni terbalik..budi yang kita selalu buat tu la yang kita nak sebut-sebut, dan jahat orang kat kita tu la yang kita tak nak lupa...astarfirullahalazimmm.. macam mana la hati nak betul-betul cantik..kan kak?

Kamsiah said...

SALAM
adakah dendam namanya jika kita memaafkan tetapi sukar melupakan
hati kita yg disakiti?forgive but not forgot...

Cikguzam said...

salam Puan,
Pengisian ilmu yang bagus untk direnung oleh pelbagai lapisan masyarakat. Thankssssss.........

luahfikiran said...

SALAM,
BAGUS N3 INI. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN.

Cikli said...

sekian tazkirah pagi jumaat dari masjid rusila...
terima kasih

Tinaz said...

My dear tinie, assalamualaikum..:)

Allahu Akhbar...pesanan membangkitkan jiwa agar dapat menjaga kemashalatan di dada manusia..

Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al Husaini berkata, "Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan."

Thanks dear..:)

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Sis Tinie,

Kadang2 ada ketikanya kita dah memaafkan seseorang, tidak ada dendam dihati, tapi hati belum bersedia untuk menemui orang berkenaan.

Adakah ini tandanya hati belum ikhlas memaafkan.

kak Erna said...

assalam tini..insyaallah..
terima kasih tini..
tapi kita ni manusia..
yang ingat senang..yang lupakan selalu susah sikit kan..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikummusalam:)
Moga kitak sihat2 juak di sinun:)dan dirahmatiNya selalu:)

Peringatan utk kmk juak tuk..
agar mengingati kebaikan & melupai kesalahan orang lain..Moga mendpt keredhaan dariNya jua..:)

Tksh utk kitak juak..:)

Pn Kartini said...

To my dear Dik Fida:)

Waalaikummussalam my dear:)

Peringatan utk akak juga ni..
masih lagi perlu mendidik hati agar tidak tersasar dari apa yang sepatutnya..
Sebegitulah kita selemah2 hambaNYa...

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Kamsiah:)

Waalaikummussalam:)
Rasanya tidaklah sampai ke tahap dendam kan...andai dendam pasti tiada kemaafan yg diberi..

Pn Kartini said...

To CkgZam:)

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah..sekurang2nya manfaatnya dikongsi bersama..ingat mengingati kan..:)

tksh yaa

Pn Kartini said...

To Mr LF:)

Assalamualaikum:)
Peringatan utk diri sendiri juga..

Tksh yaa setelah sekian lama..
masih tidak lupa utk singgah ke sini:)

Pn Kartini said...

To CikLi:)

Assalamulaikum:)
ya ya ..
Siaran terus-menerus dari Masjid Rusila ....:):)
renung2kan..
selamat beramal..!!:)

Pn Kartini said...

To my dear friend Tinaz:)

Waalaikummussalam:)

Tksh juga untuk penambahan ilmu di sini:)
Semmgnya memuliakan seseorg sahabat sudah pastikan mengeratkan ikt silaturrahim:):)

tksh yaa:)

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Ani:)

Waalaikummussalam:)

Selamat UlangTahun Perkahwinan ke-34 sis..:):)Moga kebahagian sentiaSA bersama...Amin:):):)

Yelahkan sis..lemahnya kita..
namun sekurang2nya tiada dendam yg tersimpan di hati...rasanya lebih baik sebegitukan...:)

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Erna:)

Waalaikummusalam kak..:)
Moga akak ceria2 selalu di sana:)

Kita cubalah kan sis..
buat yg termampu...
sekurang2 kita cuba mendidik dan memujuk hati..agar mengawal hati:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran