CETUSAN MINDA

...Awas!


Menurut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP),
Telur Ayam Tiruan yang berasal dari China ini mengandungi pelbagai bahan kimia :
Natrium alginat,alum,gelatin,asid benzoik,kalsium klorida ,glucolactone serta air & pewarna makanan.
Manakala cangkerangnya pula diperbuat daripada lilin parafin,serbuk gypsum,
kalsium karbonat dll.

Penggunaan bahan kimia sebagai komponen utama dalam telur tiruan
menjurus kepada kesan yang berbahaya & mendatangkan pelbagai
masalah kesihatan dalam jangka panjang!

Penggunaan Asid Benzoik(pengawet) &
Alum (sebagai bahan pelembut)  :
Boleh menyebabkan kerengsaan perut,
Menjejaskan Sistem Saraf,
Menjejaskan Sel Otak,
Risiko Penyakit Hati,
Memburukkan lagi lelah & ruam kulit -ekzema


Kandungan Glucolactone- sebagai bajan pemejal :
Boleh mengganggu kadar metabolisme badan

Kalsium Klorida
Penyebab penyakit hati & saraf serta menggangu penghasilan sel darah

Gelatin- Diragui status halal telur tiruan!


TIPS MENGENALI TELUR TIRUAN  :

1.  Cangkerang telur kelihatan sedikit berkilat  daripada telur sebenar
2.  Jika disentuh,permukaannya terasa agak kasar
3.  Apabila digoncang,ia akan mengeluarkan bunyi kerana kandungan airnya
4.  Tidak berbau berbanding telur sebenar yang berbau seperti hanyir
5.  Jika diketuk,telur sebenar akan berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan
6.  Tidak mempunyai ruang udara di bahagian cangkerangnya
7.  Apabila dipecahkan,kuning & putih telur akan cair bersama 
& mudah bercampur disebabkan bahan mentah utama 
membentuk keduanya adalah sama!


Semoga kita sentiasa berwaspada dengan tipu helah pihak yang tidak bertanggungjawab
yang hanya  memikirkan keuntungan semata-mata!




 
Olahan Sumber :  Harmoni/Mei 2011
 
 

14 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Moga kitak dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah Taala..:)

Allahu Akhbar, manusia mengejar kekayaan dan harta, sanggup menipu dan tidak memikirkan akan keselamatan dan kesihatan manusia.

Terima kasih atas info tok, kitak..:):)

maiyah said...

assalam..

bahaya le.. skrg ni mcm2 tul.. sayur pun x slamat lg :(

Tinaz said...

My dear, assalamualaikum..:)

Apa khabar? Harap tinie sihat. Alhamdulillah sy sihat.

Tak makan telur ayam pun tak apalah, ada pilihan lain seperti telur itik, burung puyuh dan lain-lainnya yang halal dimakan...bunyi macam merajuk jer ni hehe

Thanks dear!

sal said...

telur betul..dan tiruan pun tak dpt kita nak dibezakan...

tulah masalah kita sebagai pengguna selalu jadi mangsa yg tidak berdosa...

Acik Erna said...

assalamualaikum tini..terima kasih..
nak beli telur pun susah sekarang ni..hero bongsu akak tu..kalau diplastik telur tu tak tampal tanda halal dia pun tak mau..

Cikli said...

kena beli straight dari ladang. atau bela sendiri

Afida Anuar said...

macam-macam skrng ni kan kak.. nampaknya kena makan telur ayam kampung je la.. insyaAllah yang tu selamat;)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikumsaalam:)

MOga ktk sihat2 di sinun:)

Betapa keuntungan mengatasi segalanya..maka begitulah jadinya..!!

thanks juak utk kitak:)

Pn Kartini said...

To my dear Maiyah

Salam:)

Mula2 tahu pasal telur tuu..memang cam tak percaya!!menyalahi penggunaan ilmu science niii!!

Pn Kartini said...

To my dear friend Tinaz:)

Waalaikumusalam..
sihat2 sahaja di sini..tq yaa:):)

Jangan telur lain2 tu mengalami nasib yg sama sudahhh..kalau takk..haru biru jadinya:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)

Assalamualaikum sis:)

kdg2 tuu..memang tilik2 jugak..bila nak masak telur nii..harap tak terkena!!

pihak tak bert/jwb juga yang mengaut untung atas nasib pengguna yang malang!aduhaiii..

Pn Kartini said...

To my dear sis Erna:)

waalaikumussalam kak:)

macam2 kan sekarang..selari dgn 1001 macam perangai manusia yang mengatasi norma manusia...agak2 ada juga kaitan dgn pemakanan kan...:(

Pn Kartini said...

To Mr CikLI..:)

aduhaii..bau taik ayam tu yang tak tahan tuu kalau nak bela..huuhu

:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:):)

Assalamualaikum my dear..:)

ermmmmmmm....berseri2 nampak adik akak sorang nii...:):)yelahh..org dah balik kg niii..:):)

fida...balik dari kampung..jgn lupa bawak sekali telur ayam2 kampung yaa..heheheh..gerenti ..confirm..SELAMAT!!;)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran