CETUSAN MINDA

Perancang TERBAIK!..

Kisah di zaman Nabi Musa A.S.....


 Al-kisah seorang PEMUDA menerima seUNCANG EMAS daripada
BAPAnya yang telah DIBUNUH  & dia berhasrat memberikan emas itu kepada ibunya.
  Maka PEMUDA itu pulang ke kampung untuk menunai hasrat  murninya itu.
dengan menunggang kudanya.
Di pertengahan jalan,dia berhenti seketika untuk berehat namun kerana keletihan,
PEMUDA itu tertidur di bawah pohon dengan UNCANG EMAS  diletak di sisinya. 
Lena tidurnya akibat kepenatan berjalan jauh dan hanya terjaga bila hari telah gelap!
PEMUDA itu  terus mendapatkan kudanya untuk meneruskan perjalanan.
Dalam tergesa-gesa,uncang emas yang dibawa TERTINGGAL di bawah pohon.



Setelah beberapa lama pemuda itu beredar,
datang seorang KANAK-KANAK
melalui pohon tempat pemuda tadi tidur.
KANAK-KANAK itu terjumpa
UNCANG EMAS  yang ditinggalkan pemuda tadi  ,
lalu 
DIAMBIL & DIBAWA
pergi bersamanya.

Setelah jauh berjalan,
tiba-tiba  PEMUDA mula menyedari UNCANG EMASnya
tertinggal.Lalu berpatah balik untuk mengambilnya.
Apabila tiba di tempat tersebut, didapati seorang
LELAKI TUA sedang berehat di bawah pohon tersebut.


 PEMUDA itu terus dapatkan  LELAKI TUA itu lalu  bertanyakan UNCANG EMAS.
LELAKI TUA itu menafikan dia mengambil UNCANG EMAS,namun PEMUDA itu
tetap menuduh LELAKI TUA itu mengambilnya kerana HANYA DIA 
yang ada di tempat berkenaan.Sebaliknya  LELAKI TUA tetap menafikannya.



Akibat terlalu marah,PEMUDA itu MEMBUNUH LELAKI TUA dengan anggapan 
dialah yang mengambil UNCANG EMAS tetapi sengaja menafikannya
Setelah membunuh LELAKI TUA itu,
PEMUDA itu melakukan pemeriksaan untuk mendapatkan UNCANG EMAS,
ternyata usahanya GAGAL.
Lalu PEMUDA itu meneruskan perjalanan.

Peristiwa di atas telah dibawa kepada pengetahuan Nabi MusaA.S .
Akhirnya Nabi Musa A.S menjelaskan apa sebenarnya di sebalik semua itu.




Menurut Nabi Musa A.S,kisah KETIGA-TIGA orang itu ada kaitan 
antara satu sama lain.
:
:
AYAH PEMUDA & LELAKI TUA  adalah SAHABAT BAIK.
Tetapi keduanya terlibat dalam kegiatan MENCURI.
Di antara barangan yang dicuri adalah  UNCANG EMAS yang kepunyaan
KANAK-KANAK tersebut.
Oleh kerana TAMAK akan HARTA yang dicuri,
LELAKI TUA  itu MEMBUNUH  AYAH PEMUDA itu dengan hasrat untuk mengambil 
UNCANG EMAS itu. Namun hasrat LELAKI TUA itu tidak kesampaian  kerana
UNCANG EMAS itu telah diserahkan kepada PEMUDA itu oleh BAPANYA sebelum dibunuh.
DOSA kesalahan MENCURI dan MEMBUNUH oleh  LELAKI TUA itu.
telah diBALAS apabila dia sendiri DIBUNUH oleh PEMUDA yang kematian  BAPANYA akibat  DIBUNUH oleh LELAKI TUA.


KANAK-KANAK yang mengambil UNCANG EMAS semasa di bawah pokok itu 
adalah PEMILIK SEBENAR emas berkenaan!







Sebegitulah semua yang berlaku dengan keizinanNya dan perancangan ALLAH Taala
YANG MAHA BIJAKSANA...
Begitu HEBAT perancangan Allah dalam mengatur kehidupan makhlukNya di muka bumi..

Kita boleh merancang,Allah juga merancang,
namun perancangan Allah
LEBIH BIJAKSANA & ADIL..

16 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:):)

Mudah-mudahan kitak dilimpahkan kesihatan, keimanan dan ketaqwaan yang mantap dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT..

Perancangan manusia Itu usaha, perancangan Allah itu takdir, sungguh perancangan Allah mengatasi segalanya.

Setiap perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik dan begitulah di sebaliknya..:)

Thanks kitak untuk peringatan tok..:)

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie...

Allahuakbar, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku...kita hambaNya ni sedikit pun tidak tahu.

Cikli said...

getting better everytime.

Tinaz said...

Tinie dear, assalamualaikum..:)

Di antara jalan keselamatan dalam agama adalah meninggalkan rasa tamak kepada makhluk..

sal said...

my dear tinie..

Kita merancang, Allah menentukan..

Kadang kita minta ini, diberi yg lain..rupanya yg lain itu lebih bermakna..

Dia lebih mengetahui dan bijak sana..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikummusalam:)
MOga ktk dilimpahi rahmatNya dan dianugerahkan kesihatan yang baik...:)

Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya..

:)
tq utk ktk juak:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida;)
Waalaikumusalam my dear..:)

Sebegitulah kita..sebagai hambaNya yang lemah..dan sesungguh Dia jua Maha BIjaksana...dan berkuasa akan segalanya..

:)

Pn Kartini said...

To Mr CikLi:)

Assalamualaikum:)

InsyaAllah...moga segala kebaikan mendatangi kita sekalian...Amin...

:)

Pn Kartini said...

To my dear friend Tinaz:)

Waalaikummusalam:)

Hasad dengki..tamak haloba..pastinya menjurus pada keburukan dan dosa semata2...

thanks yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)

Assalamualaikum sis:)

teringat akan kata2...

ku minta kepada Allah setangkai bunga segar...
Dia beri kaktus berduri.....
aku minta rama-rama,
diberi ulat berbulu..
aku sedih dan kecewa...
namun kemudian..
kaktus itu berbunga indah sekali...
ulat itu menjadi rama-rama cantik....
itulah penyampaian ALLAH, indah dengan caraNYA...

:)

kak Erna said...

assalam tinie..menarik ..akak suka
sebagi manusia biasa kita hanya merancang,
Allah s.w.t yang berkuasa dan menentukan segala galanya.

niey_muhaini said...

Slmt mlm kak tinie..

entri yg menarik dan memberi kesan. sesuai dgn perumpamaan 'org yang tamak selalunya rugi'. bukan skadar tak dapat uncang emas, nyawa turut mnjadi taruhan.
thanks 4 sharing..

Pn Kartini said...

To my dear Kak Erna:)

Waalaikummsualam sis:)

Dia Maha Mengetahui apa yg Terbaik..
kan sis...:)

Pn Kartini said...

To my dear niey muhaini:)

Assalamualaikum dear &Selamat ptg ;)

Moralnya...
Dalam hidup ini tidak perlu ada rasa tamak..apatah lagi hasad dengki..semua itu hanya membawa kemudaratan semata2...:):)

Take care yaa dear!:)

Norsha said...

sala singgah puan,

sungguh benarlah rancangan Allahlah yang paling baik....

Pn Kartini said...

Salam:)

Tksh sudi ke sini ya:)

Sememngnya Dia Maha Adil..
:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran