CETUSAN MINDA

Di Sebalik Riak Wajah..!!

Tertarik satu artikel bertajuk 
"Tip Membahagiakan Diri Melalui Penampilan Riak Wajah"
yang menekankan kepada kita agar bijak mengurus riak wajah agar riak yang dipamerkan itu
memberi manfaat untuk diri.

Di antara tip yang disarankan dalam mengurus emosi agar kembali keceriaan hidup  :

MENGANGKAT  KEDUA  KENING

Disarankan agar selalu mengangkat kedua-dua kening ke atas!
Andai diperhatikan orang-orang bersemangat bercakap,
contohnya penceramah motivasi atau pembaca berita,
pasti akan kita lihat kedua-dua kening terangkat-angkat secara 
semulajadi tanpa dipaksa-paksa.

Kening yang jatuh ke bawah dimiliki orang-orang yang sedang dilanda kesedihan.
Semangat diri sangat lemah hingga tidak mampu mengangkat kening!

RAHSIANYA?


Tahukah anda bahagian kening & dahi mempunyai banyak saraf yang bersambung ke otak.
Apabila kening& dahi digerakkan maka ia akan menarik saraf-saraf itu 
ke otak untuk menjadi aktif.
Otak yang aktif meningkatkan daya 'sensory' tubuh lalu mengaktifkan
sel-sel tubuh terutama bahagian muka.
Maka dengan ini,kita digalakkan amalan mengangkat kening ini
di mana sahaja terutama ketika diri dilanda kesedihan!
Ulang beberapa kerap,mudah-mudahanan cahaya kegembiraan 
kembali mewarnai wajah.


KEMBANGKAN LUBANG HIDUNG


Dari petikan artikel mengatakan selain mengangkat kening,
kita juga disarankan agar kembangkan lubang hidung besar-besar agar lebih banyak
oksigen masuk ke dalam tubuh.
Mereka yang di dalam kesedihan dikatakan hidung agak jatuh ke bawah dan makin bertambah
sedih,makin bertambah saluran pernafasannya!

RAHSIANYA :

Terapi ini dicadangkan bagi menambah oksigen ke dalam tubuh terutama bahagian otak.
Kekurangan oksigen yang menjadi makanan terpenting bagi otak boleh menyumbang kepada tekanan mental dan emosi.Bila otak cukup bekalan maka ia akan
mereda tekanan yang sedang dihadapi.


SELALU  BUKA  MULUT



Satu teknik mudah untuk mengembalikan keceriaan diri ialah perlu selalu bukakan mulut
hingga menampakkan gigi serta digerak-gerakkan lidah.
Secara mudahnya,kita berbicara dengan oranglain atau kita 
membuka-bukakannya ketika keseorangan.
Kekuatan diri akan timbul andai kita berbicara dan menggerak-gerakkan
lidah dengan kata-kata positif
mahupun dengan amalan zikir dan cuba elakkan mengunci mulut lebih
daripada 10 minit atau lebih!

RAHSIANYA  :
Menurut kajian neurosaintis,bahagian kawasan otak yang paling luas adalah bahagian
yang mengawal lidah dan tangan.Bila seseorang mengguna lidahnya secara aktif
maka secara tidak langsung ia mengaktifkan sebahagian besar
bahagian otaknya.
Pengulangan kata-kata yang diucapkan akan memberi kesan yang lebih kuat 
kepada pemikiran & hati!


RUMUSAN  :


Untuk mengembalikan semangat diri maka bolehlah cuba praktik apa yang disarankan
oleh Dr Muhamad Bin Jantan,Pakar Perunding Motivasi & Psikologi ini
iaitu  :

-Angkat Kedua-dua Kening Ke atas
-Kembangkan Lubang Hidung Seluas-luasnya
- Selalu Buka Mulut Sambil Menggerakkan  Lidah

Selamat Mencuba!!!!

:)

20 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Moga kitak sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..:)

Tengah mencuba mempraktikkan untuk ketiga-tiga yang kitak sebut ya...:)

Cikgu Biology mesti pandey nok molah semua tok erk! :)

Anyway thanks kitak..:)

gadisBunga said...

saya buat semuaaa yg dalam tips ni sambil membaca. mmg terasa berbeza walaupun sekadar angkat kening. ihihihi~


terima kasih ye kak~

sal said...

mY DEAR tainie..

Begitu rupanya..

sebab itulah digalakkan kita berzikir ye..bibir dan lidah akan bergerak2 sekaligus mengiktifkan otak..

Kamsiah said...

salam
jgn kembangkan hidung bila dipuji dah la yea..:)

Tinaz said...

My Dear Tinie, assalamualaikum..

Immediately after reading..
Cubalah praktik kembangkan hidung seluas-luasnya..
Makin mancung lak hidung saya hehe..
Just kidding dear..:)

Thanks, nice..:)

Afida Anuar said...

Angkat kening..ok, boleh buat...

bukak mulut luas2...pun boleh buat..

tapi nak kembangkan hidung,fida fail la kak.. keh keh keh...ke sebab hidung dah sedia kembang..ekekekke


thanks my dear kak tinie, for the tips, insyaAllah fida akan cuba amalkan..

mamawana said...

Jom exercise molot, kening dan lobang idung mu...heeee

nba-Nur said...

Good info.. Thanks for sharing.. Lepas ni kena rajin2 kembangkan lubang hidung.. hehe.. (part ni yg lawak..)

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Sis Tinie,

Terima kasih tip yang baik ni. Boleh menaikkan semangat.

kak Erna said...

asalam tini..senyum sendir akak bila mencuba buat semua tu..yang tak tahan nya angkat kening..jadi pening pulak kepala..tapi tak pe,..akan dicuba lagi..terima kasih tini..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikummusalam:)

Moga kitak sihat2 di sinun:)

bagus kitak owhh...berik tips terus mencuba yaa..:)
aduhai..cikgu bio pandey berik tips jekk..yelahh..utk manfaat kawan2 bahh:)

Tq utk kitak juak:)

Pn Kartini said...

To my dear GB:)

ok..ok..it;s ok
kita mula dgn angkat kening jekk ekk!
nanti2 jgn lupa yang 2 lagi tuuuh..;)..

tq utk GB jugak yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)

Assalamualaikum:)

Berzikir juga antara yang terbaik kan kak..
Selain aktifkan otak..bisa juga bersihkan mata hati..:)

Pn Kartini said...

To my dear sis Kamsiah:)

Owhh...so far mmg leh control lagii tuuu:):)

Pn Kartini said...

To my dear friend Tinaz:)

Waalaikumusalam:)

wooww!!mesti makin jelita nihhh!!..:):)

thanks yaa sudi praktik!:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

eeii...ye keeeee...
tapi kann..
tang hidung tuuu takut lakk nak cuba..tak pasal2 hilang kemancungan nanti:P:P:P:P

Pn Kartini said...

To my dear mamawana:)

JOmmm!!
nanti makin awet kitaaa mama!:):)

Pn Kartini said...

To my dear nba_nur:)

heheh...nak ceriakan diri punya pasal ..ok jekk lahh ekk..
kita amal mana yang mampu..!!

Pn Kartini said...

To my dear Kak Ani:)

Assalamualaikum kak..:)
MOga akak sihat2 di sana:)

Moga semangat itu terus membara!!
InsyaAllah kan sis..:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Erna:)

Assalamualaikum kak:)
MOga akak sihat2 di sana:)

aduhaii...jangan dipaksa sis
nanti tak semena2 pening berpanjangan..bimbang lakk tinie!!

buat pelan2 yaa sis..!!:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran