CETUSAN MINDA

..Genap 3..







Terima Kasih Untuk Kehadiran Kalian...Terima kasih Untuk Segala Perhatian..
Terima kasih atas segala kata-kata..

Terima Kasih untuk segalanya..




..Cerita-Ceriti Cuti..


CERITA  1  :
Kisah 2 hari Lepas...


Betullah kan..
Anak permata hati penghibur lara..
Dengan kerenah anak
Terkadang memang buat kita tersenyum
&
Orang kata...
anak2 banyak ragam..dan berlainan karektor masing2..
Apa sekalipun..
anak2 juga harta yang paling berharga kurniaan dariNya jua
:)
ermm..
Insiden 2 hari lepas..
yang buat makbonda tersenyum
bila dapat surat lagi!!
huuuhu...
:
:
:
:
:
:
:
V
 

tu dia...panjang berjela ..

habis kertas memo makbonda!
uhh!
Ni kes nak ambil hati makbondalah ni..
maklumlah....orang dah buat salah..
hehe..
tersenyum makbonda  dengan 'kreativiti' dan 'kekiutan' surat tuu..
huhuhu...
:)




CERITA  2  :
Kisah  Semalam...




Jenuh 'mendaki bukit..'
dengan simpang siur...kejap ke kanan..kejap ke kiri...
:
:
V
...bersimpang-siur!

keadaan simpang-siur tu juga membuatkan
perjalanan 'pendakian' terasa lamaaaaaaaaaa
At last..syukur!
Jumpa juga tempat utk membetulkan urat2 tubuh
&
Tempat rehat sekejapnya di sini..
:
:
V
....cantik pemandangan..


&
santapan utk petang tu 
:
:
V
 ...yummy!...


Dan di sini..bermulalah agenda 'shopping berhemah!.."
:P
 ...teh utk 'kroni-kroni'..




 ermm...
nampak jee bukit menghijau..dengan gambar 
cheese cake berSTRAWBERRY...& kotak2 tehnya....
Pasti dah tahu kan..lokasi cuti2 malaysia tuan blog!
:)


Tempat Persinggahan Rehat:

 Cameron Bharat Plantations-
"Anytime Is Tea Time"!!


Sudah habis pekena teh tarik dengan kek,
pendakian' diteruskan sehinggalah sampai ke 
destinasi persinggahan
 :
:
V
 Buat kali ke-2nya....
Hotel De'La ferns tetap menjadi pilihan!




Petangnya..

:
:
V
...ada budak keboringan...
Sebab kali ni...abangnya tak nak ikut..
Maka keboringanlah aisha..tak leh nak 'buli' abangnya..
erk!





CERITA  3 :
Kisah Hari Ini..



Pagi:



Lokasi 1 - S'Corner
berhampiran Kea Farm



Ada apa di sini..?

 ...cendawan!..

 ...keychains...fridge magnets...madu...sayuran..
&
memang mana2 pergi...ada jee ni...
:
:
:
:
V
 ....Suka!..



Lokasi ke-2 :  

 Perjalanan ke destinasi seterusnya ini
agakkk mencabar....
biarpun bukan tuan blog yang memandu!!
:p
Sebab...
lagi dahsyat simpang-siurnya...lagi berliku-liku..
dengan jalannya rasanya agak sempit & 
adakala selekoh yang menghalang pemandangan!
:
:
v



Lokasi 2 :


...'duta BOH'
- Best Of Highlands(BOH)


Di sini..
Sesiapa yang cukup stamina..tiada semput-semput
bolehkan mendaki bukit utk melihat pemandangan indah 
dari atas ladang teh!

 Tuan blog....angkat bendera putih!
Tak sampai ke puncaknya!!!!!
Dengan sandal bertumitnya...dengan tak cukup oksigennya...
(huhuhu.....tu lee....malas exercise sangatttt!!!....:p)

Maka pemandangan yang sempat diambil hanyalah paras ini shj...



 Maka apa lagi..
'mendaki' TURUN-lah tuan blog
:P







Di sini..
kita dapat rehat-rehat dengan minum teh..
disamping jamu-jamu mata di kedai teh BOH 
:
:
V




Sesiapa berminat untuk melihat sendiri pemprosesan teh,
kita berpeluang masuk ke kilang pada jam 12 pm 
diiringi seorang  pekerjanya..


...diterangkan kita steps pemprosesan teh BOH..
dari awal hingga ke akhir
Diterangkan juga jenis-jenis teh dipasaran..
mana yang diletak dalam uncang..mana utk teh tarik...
mana utk teh berperisa...dll
&
satu INFO MENARIK dari penerangan ,
teh yang dipasarkan mempunyai kafein lebih tinggi
disamping teh ini diambil dari DAUN TEH...
ermmmm.....

TEH YANG TIADA DIPASARAN KITA...
TAPI DIJUAL DI LUAR NEGARA
adalah yang TERBAIK !
:
:
V
 Teh yang dijual di pasaran luar ini adalah dari PUCUK TEH
Teh ini sesuai utk ibu-ibu mengandung..tiada masalah sembelit..
angin...perut tidak selesa..dll
ermmm...
:)


 &
Cam biasa....
mendengar sesuatu yang baik ..
tuan blog memang kalah!!
uhh!
Maka 'terbeli' juga..
:
:
:
:
V

Boh Garden Teas Palas Supreme :
- Minum tanpa gula/susu..dari PUCUK TEH NO 1
Baik untuk pesakit darah tinggi,kencing manis ..dll
kiranya teh yang baik untuk kesihatan!


BOH Palas Afternoon Tea
- Cara penyediaan- 1 sudu teh + gula/brown sugar/madu/lemon


BOH Garden teas Bukit Cheeding
- cara penyediaan - 2 sudu teh utk teh tarik/
1 sudu teh + gula






Uhhh!!
Jenuh bercerita...
Sekadar berkongsi cerita
Mana2 yang baik ...InsyaAllah...boleh jadikan panduan..

:)

Kalau anakanda dengan surat berjelanya...
Makbonda pula dengan cerita-ceriti yang lagi-lagi berjela-jela..
erk!!


Sekian cerita tuan blog kali ini....
Esok...sambung perjalanan ke destinasi feveret!
Boleh teka ke?
 :)
- Moga Selamat Perjalanan -






..Kejadian Nabi Adam..


Menikmati cuti dengan..
Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
:
:
:
:
:
:
V

Program Tanyalah Ustaz
dengan tajuk
"Kejadian Nabi Adam a.s"
:
:
:
V
Bermulanya kejadian Nabi Adam
melalui 6 fasa  :

Fasa 1- Pengumpulan tanah-tanih dari bumi

Fasa 2 - Dari tanah yang kering dicampuri air 
menjadi tanah yang basah

Fasa 3- Diuli dan kemudian diperam

Fasa 4 - Diperam sehingga busuk & menjadi kering&mengeras
(seperti tembikar )

Fasa 5 - Kemudian dibentuk olehNya

Fasa 6 - Roh ditiupkan pada jasad

Mengikut para ulamak..
setiap fasa mengambil masa 7,000 tahun...

Dijadikan Nabi Adam & Hawa..
Ditempatkan di syurga
dengan satu larangan agar tidak menghampiri sepohon pokok..

Namun..
Syaitan tetap menggoda dan menghasut Nabi Adam..
Namun tidak diendahkannya...
Sehinggalah syaitan datang kepada Hawa
Dengan tipu daya syaitan..
Hawa memakannya..
Kerana kesedapan buah berkenaan dipelawanya kepada Nabi Adam
dan tanpa mempersoal di mana Hawa mendapatkan buah berkenaan
dimakannya pula oleh Nabi Adam....

Maka bermula di situlah
Allah menghalau Nabi Adam & HAwa dari Syurga...
dan diturunkan mereka 
ke bumi....


Begitulah antara petikan program 
Tanyalah Ustaz bahagian 1
 :)

Bila habis program ni..
Ada juga tuan blog cari dari google..
tentang kejadian manusia..& 
agak menarik bila dapat jumpa sedikit ilmu
:
:
:
V

Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam a.s.

 

Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan Malaikat Jibril supaya
 turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk dijadikan bahan mencipta Adam. 
Namun ketika tiba di bumi, bumi enggan tanahnya diambil 
untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak akan rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam. 
Kerana ia bimbang kelak Adam akan berbuat maksiat kepada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpahnya bumi. 
Kemudian Allah menitahkan malaikat Mikail turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, 
Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, 
kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa.
Akhir sekali Allah menyuruh Malaikat Izra’il turun ke bumi untuk mengambil tanah. 
Kata Allah: “Hai Izra’il engkau kini Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun, jangan engkau undur. 
Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku.”

Setelah Izra’il tiba di atas bumi, dia berkata: 
“Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantuh atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?”.

Mendengar perkataan Izra’il, 
maka bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra’il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi.
 Setelah Izra’il mengambil beberapa jenis tanah, 
kembalilah dia ke hadrat Illahi.
Kata Allah:
 “Ya Izra’il, pertama engkau yang Aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia.”

“Jika demikian hamba bimbang yang hamba ini akan jadi dibenci 
anak Adam kerana pekerjaan hamba ini,” 
kata Izra’il.

“Tidak,” jawab Allah: 
“Tidak mereka akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. 
Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya.”


Mengikut keterangan para Ulama bahawa tanah-tanah itu 
adalah seperti berikut:
:
:
:
 01. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
02. Tanah Bukit Tursina
03. Tanah Iraq
04. Tanah Aden
05. Telaga Al-Kautsar
06. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
07. Tanah Paris
08. Tanah Khurisan
09. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga Firdaus
12. Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas:

* Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, 
kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.

* Telinganya dari tanah Bukit Tursina, 
kerana ia alat pendengar tempat penerima nasihat.

* Dahinya dari Iraq, 
kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

* Mukanya dari tanah Aden, 
kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

* Mata dari tanah telaga Al-Kautsar, 
tempat untuk menarik perhatian.

* Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar,
 tempat untuk memanis-manis.

* Tangan kanannya dari tanah ka’abah, 
untuk mencari nafkah dan kerja-kerja sesama manusia.

* Tangan kirinya dari tanah Paris, 
tempat beristinjak.

* Perutnya dari tanah Khurasan,
 tempat lapar dan haus.

* Kemaluannya dari tanah Babylon. 
Di situ tempat berahi dan tipu daya syaitan untuk 
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

* Tulang dari tanah Bukit Tursina, 
alat peneguh tubuh badan.

* Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.

* Hatinya dari tanah syurga Firdaus, 
kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

* Lidahnya, dari tanah Tha’if 
tempat mengucap kalimat syahadat, 
bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.




Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74 :

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"




Penawar Dari Dapur..




Cara menangani
MASALAH  
:
:
:
:
:
:
:
V


 JANGKITAN  SALUR  KENCING  :




1.  AIR


Jika mengalami jangkitan salur kencing,
pastikan anda minum banyak air .
Anda seharusnya membuang air  kecil sekurang-kurangnya 
setiap 4-5 jam.
Dengan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas air sejam,
menyebabkan kita akan kerap membuang air dan sekaligus
akan dapat menyingkirkan bakteria keluar dari
tubuh melalui urin yang dihasilkan.
Selain itu ,
rasa sakit boleh dikurangkan dengan meletakkan sebotol air panas
pada bahagian bawah perut.


2. SERBUK  PENAIK


Jangkitan salur kencing yang berlangsung lebih daripada 2 hari
memerlukan rawatan perubatan.
Ini kerana jika dibiarkan ia boleh menjangkiti buah pinggang
& menyebabkan masalah yang lebih serius.

Salah satu cara mengelakkannya,
cubalah campurkan satu sudu serbuk penaik dalam segelas air.
Serbuk penaik bertindak dengan meneutralkan
tahap keasidan urin serta mempercepatkan penyembuhan.


3. NANAS


Bromelain merupakan enzim yang terdapat dalam nenas.
Dalam satu kajian,individu yang menghidapi masalah
jangkitan salur kencing yang diberi antibiotik beserta
denga bromelain dilihat berjaya mencegah jangkitan berbanding 
dengan pesakit yang tidak mengambilnya.
Untuk itu,
anda disarankan mengambil secawan jus nenas bagi mengelak
jangkitan sekaligus menyembuhkannya.



- Petikan dari artikel  majalah i-Sihat Jun 2012 -



















..Makin Meninggi..Makin Merendah..





Sahabat yang ku kasihi, 
pernah suatu hari Salman Al-Farisi 
berjalan-jalan di sebuah kota untuk melihat keadaan rakyatnya. 
Ketika itu, beliau adalah Gabenor negeri tersebut. 

Sedang dia berjalan, tiba-tiba beliau ditarik kasar oleh seorang rakyatnya yang tidak megenalinya untuk mengangkat sebuah karung besar sampai ke rumahnya.

Tanpa banyak soal Salman Al Farisi terus memikulnya. 
Di pertengahan jalan, 
seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. 
Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. 
Lalu berkata kepada lelaki yang tidak mengenali Gabenor tersebut: 



"Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini."



Terkejut lelaki itu mendengarnya,
apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah
gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu.
Tetapi Salman menjawab: 


"Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan".



Kedua rakyatnya kagum melihat ketinggian akhlak sahabat baginda SAW ini.


Sahabat,
itulah yang perlu kita pasak di dalam jiwa faqir kita.
 Sedikitpun kita tidak akan hina pabila kita merendahkan diri,
 bahkan kemuliaan akan Allah ganjari di sisi~Nya kelak





Demand Ke???...


Bahana 'demand' seorang guru 
masa hari guru hari tuuuu
Hingga hari ini..
bertambah-tambah koleksinya..
erk!

Koleksi pee yaa..

Jap!

Kalau 16 Mei hari tu..
Dah ada...

 
 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

Dan hari ni..


Ini dia..
tambahan koleksi whiteboard marker
(.bila ada byk nii.....harap2 sampai akhir tahun  leh guna....!!)
:)



Ok juga yaa
Sesekali guru 'demand' kat pelajarnya..
Ye lah kan..
dari membazir beli itu ini utk hadiah hari guru..
bila diberikan guru benda alah nii
ada juga manfaatnya!!

Tq utk anak2 didik!..
Hingga ke hari ini...ada saja yang memberinya ....Alhamdulillah..
(....harap ikhlas yaa...bukan nak bodek 
markah bio yaa..huhuhuh....)
;p




....Kegelisahan Terlerai..




Bila diamanahkan orang kepada kita
Memang kalau boleh kita mahu buat sebaik yang mungkin..
Namun dalam kita melaksanakan tugas yang diberi
pasti ada juga cabaran dan dugaannya
errmmm..

Semalam...
Sebelum majlis kemuncak,
(......setelah berlangsungnya selama  3 hari berturut...)
iaitu
Majlis Penutup Jubli Perak
Memang  gelisah juga tuan blog 
Apa tidaknya
apabila ditugaskan sebagai ketua bahagian Jemputan
Yang bermain di fikiran
Ramai ke yang datang nanti...
Andailah tidak penuh dewan nanti...
yang boleh dipersalahkan
pastinya
BAHAGIAN  JEMPUTANNNNNN!!!
uhhhh!

Dan semalam..
bermula pukul 2..mula nampak kehadiran tetamu
&
sebelum ketibaan vvip
keadaan di dewan...
sebegini
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V


 .....Alhamdulillah

 

 p/s: 
...tuan blog merehatkan diri..
menikmati cuti peristiwa hari ini..
 :)

Peringatan dari-NYA..


Pagi semalam bern3
pasal 'bintang-bintang' bergemerlapan..
Nak kata fening menaip untuk mereka yang 'berbintang'
Rasanya masih boleh bertahan...
Tapi tulah kan...
Siapa sangka siang sihat..petangnya sakit
Hari ini masih diberi peluang bernafas..
Esok Lusa mungkin sampai masa menemui noktahnya!
ermmm....

Cam tuan blog..
Pagi sihat..
Tup2
:
:
:
:
:
:
:
V


 Rasulullah SAW yang bermaksud:
 
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya, 
 Sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah 
datangnya daripada Allah SWT. 
Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

 :)






LISTEN TO QURAN

Listen to Quran