CETUSAN MINDA

Pssssstttttttt!!!



Pagi ini 
diamanahkan  membawa beberapa orang pelajar
untuk aktiviti ...

:
:
:
:
jap !jap!jap!
Pinjam gambar dari goggle jappp!
:
:
:
:
:
:
:
:
V

SENAMROBIK!
:p


ermmmmmmmmmm.....
Satu slot untuk majlis penutup yang akan disempurnakan perasmiannya
oleh......
Agak2  dengan sape yaaaaa!!!


jap!jap !jap!
:
:
:
:
V
Kita zooommmmmmmm skitttt
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
.....gambar sengaja diblur kan..bukannya apa...
cuma memberi fokus  kepada perasmi  berkenaan..


Maka pagi2...
dengan amanah yang diberikan..
InsyaAllah...bersenamrobik kita...sihatkan badan!!
:p :p :p

(.........akan pastikan awal sampai ke tempat yang nak dituju...
bukan excited maaaa...
cuma nak cari tempat strategik parking kete...erkk!!..)


ok..ok...
permisi!


...Awas!


Menurut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP),
Telur Ayam Tiruan yang berasal dari China ini mengandungi pelbagai bahan kimia :
Natrium alginat,alum,gelatin,asid benzoik,kalsium klorida ,glucolactone serta air & pewarna makanan.
Manakala cangkerangnya pula diperbuat daripada lilin parafin,serbuk gypsum,
kalsium karbonat dll.

Penggunaan bahan kimia sebagai komponen utama dalam telur tiruan
menjurus kepada kesan yang berbahaya & mendatangkan pelbagai
masalah kesihatan dalam jangka panjang!

Penggunaan Asid Benzoik(pengawet) &
Alum (sebagai bahan pelembut)  :
Boleh menyebabkan kerengsaan perut,
Menjejaskan Sistem Saraf,
Menjejaskan Sel Otak,
Risiko Penyakit Hati,
Memburukkan lagi lelah & ruam kulit -ekzema


Kandungan Glucolactone- sebagai bajan pemejal :
Boleh mengganggu kadar metabolisme badan

Kalsium Klorida
Penyebab penyakit hati & saraf serta menggangu penghasilan sel darah

Gelatin- Diragui status halal telur tiruan!


TIPS MENGENALI TELUR TIRUAN  :

1.  Cangkerang telur kelihatan sedikit berkilat  daripada telur sebenar
2.  Jika disentuh,permukaannya terasa agak kasar
3.  Apabila digoncang,ia akan mengeluarkan bunyi kerana kandungan airnya
4.  Tidak berbau berbanding telur sebenar yang berbau seperti hanyir
5.  Jika diketuk,telur sebenar akan berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan
6.  Tidak mempunyai ruang udara di bahagian cangkerangnya
7.  Apabila dipecahkan,kuning & putih telur akan cair bersama 
& mudah bercampur disebabkan bahan mentah utama 
membentuk keduanya adalah sama!


Semoga kita sentiasa berwaspada dengan tipu helah pihak yang tidak bertanggungjawab
yang hanya  memikirkan keuntungan semata-mata!




 
Olahan Sumber :  Harmoni/Mei 2011
 
 

Segala Berkemungkinan....


Selasa baru-baru ni..
terjumpa seorang akak ni..memang selalu ceria orangnya..
rupa2nya... akak ni mengalami masalah fibroid yang kian terasa sakitnya 

berkemungkinan 
akan menjalani pembedahan!


ermm...
Terfikir juga....
bila semakin meningkat usia...ada sahaja penyakit yang mendatang..
Agak2....apalah yang akan mendatangi pada diri sendiri...
Nauzubilllahh!!
Sekadar terlintas di fikiran ....
ujian dan dugaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita..!
Maka....perlu juga bersedia menerima segala yang berkemungkinan..
Namun..
Sentiasa mohon padaNya agar dijauhinya...!

Baru2 ini pun ada terbaca  di blog IbuIntan.. tentang kakak sedara beliau,Kak Awa..
juga mengalami ketumbuhan fibroid & 
difahamkan Kak Awa  telah pun menjalani pembedahannya!
(Moga Kak Awa kian sembuh setelah menjalani pembedahan !)


Lantaran itu..
diri terpanggil untuk mengetahui lebih mendalam tentang fibroid ini 
memandangkan semasa mengandungkan si Aizad dahulu....ada juga ketulannya(Cyst)
namun dianggap biasa selagi ia tidak membesar sehingga mengganggu baby yang dikandung 
& ia akan mula menghilang begitu sahaja!...
:
:
:
Dalam mencari-cari fakta penyakit ini...
Alhamdulillah ..
terjumpa laman web Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshad.

Untuk kalian yang berminat  membaca artikelnya bolehlah click

Moga sama-sama mendapat info kesihatan 
demi kebaikan bersama
:)

..Oh! Siput....


Semalam..
Dengan semangat jee bercerita...

"Mak..Tadi kat sekolah  Aisha..Nabil Haikal cakap
SIPUT BABI...
tak baikkan mak?!!
Dosa dia cakap gituu.. "

erkkk!!

" Mana dosa...dah memang namanya  SIPUT BABI"


Mendengar respon maknya..
dengan confident jee Aisha cakap

"Dosa mak cakap camtu.."
Hah....maknya lakk kena dosa...hehehe

"Laaaa....betulllll laa..nama dia siput BABI...."
Sambil taip S.I.P.U.T B.A.B.I kat google cari image  makhluk tuu
Salah satu picnya .. yang kat atas tuuu laa..

"Kan namanya betul tuuu"


Tak puas hati lagi si Aisha..
terus cakap...
"Orang besar-besar tak pe cakap siput BABI....BUdak kecik jee dosa cakap!"
Pulak dahh ..hehehe


"Habis tu budak-budak nak panggil apa kalau tak nak dosa..?"
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
"SIPUT  PIG"

Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!!
Kalau si siput tu dengar mesti gelak sakan nihhh!
Hari tuu kes IKAN KELADI.....semalam SIPUT PIG laaak diaaa...huhuu



Sebenarnya 
Si aisha ni memang sensitif benar perkataan B.A.B.I tuu...

kalau anak patung BARBIE dia tu pun kena sebut betul2!
Kena betul2 sebut  BaRRRRRRRRRRRRRbieee
....R tu kena bunyi betul2..
huhuuhuuu!!

Itulah ragam si aisha punya citer...
yang  menceriakan hati makbondanya!!

;)

..BE YOURSELF!...



Pernah ke tidak mengalami satu perasaan RENDAH DIRI??
Memandang kehebatan dan kelebihan seseorang individu
yang menonjol serta berkeyakinan sekali...
Berbanding pada diri yang terasa
banyak kelemahannya??

Bagi yang merasai perasaan sebegini
Mungkin petikan artikel ini sedikit mereda apa yang dirasa!

Artikel dari Dr Ezairy M.Sallih  :



Kadang-kadang, kita tak perlu jadi yang terbaik
Terbaik itu biasanya hanya dimiliki oleh seorang dua aje. 
Jadi, siapa pula yang nak jadi nombor tiga, empat dan seterusnya?
Maka dengan itu,
tidak  perlu memaksa diri  terlalu sangat untuk menjadi orang lain .  
Terima sahaja keadaan kita seadanya.
Kita sebenarnya  diciptakan dengan banyak kelebihan. Orang lain boleh nampak pelbagai kelebihan dan kehebatan kita. Kita sahaja yang terkadang selalu terlepas pandang.

Jadi, cuba untuk belajar terima keadaan kita seadaanya. 
Bangun pagi-pagi, cuba anda pandang ke cermin. 
Jangan pandang pada luaran mata anda. 
Tapi, cuba untuk pandang jauh ke dalam mata itu. 
Pandanglah ke mata hati anda.



Cuba tengok segala kelebihan yang ada pada diri anda. 
Kita hebat, kita ada macam-macam keistimewaan.
Mungkin tanpa kita sedari  sebenarnya ramai orang yang amat mencemburui 
kelebihan yang kita ada.!!
Dan mungkin kelebihan yang kita ada tu tidak semestinya dimiliki oleh semua orang.
Allah bagi setiap hambanya tu dengan kelebihan-kelebihan yang memang khusus untuk mereka. Setiap orang ada keistimewaannya.!
Jadi, mulai sekarang,
belajarlah untuk terima diri anda seadaanya

Asal kita ikhlas, asal kita jujur, 
InsyaAllah...Allah pasti bukakan jalan buat kita.

Buang sifat rendah diri, 
jadilah kita manusia terbilang!






 
.......... pstt!!
         ...memotivasikan diri...
 

Marah ke??!


Tahukah Anda 
Marah Mampu Mengganggu Fungsi Tubuh Kita?

Antara Implikasinya  :

-OTAK-

Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang PELUPA.
Ini kerana apabila emosi marah menguasai diri,hormon 'cortisol' &  hormon yang berkaitan stress yang lain akan dirembes dalam kadar yang tinggi mengakibatkan 'pusat memori' anda kian mengecut & kurang fungsinya!

- MATA-

Mampu membuat penglihatan menjadi berganda & kadang-kadang anda akan nampak satu garis cahaya mengganggu anda!
Gajala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migrain.Apabila anda marah,proses tekanan darah ke otak akan menegang & inilah puncanya!

-JANTUNG-

Inilah organ tubuh yang paling terjejas dengan emosi anda itu.Jantung akan diberi tekanan yang hebat setiap kali rasa marah & meningkatkan lagi tekanan darah anda.Jika tidak dikawal,kemungkinan akan diserang sakit jantung atau strok.

- PERUT-
  Apabila marah menguasai fikiran,otak juga akan mengeluarkan bahan kimia iaitu 'serotonin' & 'asetikolina' yang mampu mengurangkan tekanan darah ke perut anda.Inilah faktor mengapa anda merasa seperti tidak sedap perut atau tiba-tiba rasa sakit perut setiap kali dilanda tekanan.


- SISTEM IMUNISASI-

Rasa marah juga akan mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuat hormon 'epinephrine' dirembeskan.
Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan kepada sistem imunisasi tubuh yang membuatkan kita mudah diserang  jangkitan atau penyakit.

- GIGI-

Adakala rasa marah mampu membuat kita terasa getaran pada gigi!
Situasi ini  adakalanya berlarutan & boleh berlaku tanpa disedari dalam waktu tidur.
Mengetap gigi ini boleh menyebabkan rahang terasa sakit & lama-kelamaan mampu mengakibatkan gigi anda patah!





Maka dengan ini...

S.M.I.L.E




Olahan Sumber  : Rapi April/2011

Perancang TERBAIK!..

Kisah di zaman Nabi Musa A.S.....


 Al-kisah seorang PEMUDA menerima seUNCANG EMAS daripada
BAPAnya yang telah DIBUNUH  & dia berhasrat memberikan emas itu kepada ibunya.
  Maka PEMUDA itu pulang ke kampung untuk menunai hasrat  murninya itu.
dengan menunggang kudanya.
Di pertengahan jalan,dia berhenti seketika untuk berehat namun kerana keletihan,
PEMUDA itu tertidur di bawah pohon dengan UNCANG EMAS  diletak di sisinya. 
Lena tidurnya akibat kepenatan berjalan jauh dan hanya terjaga bila hari telah gelap!
PEMUDA itu  terus mendapatkan kudanya untuk meneruskan perjalanan.
Dalam tergesa-gesa,uncang emas yang dibawa TERTINGGAL di bawah pohon.



Setelah beberapa lama pemuda itu beredar,
datang seorang KANAK-KANAK
melalui pohon tempat pemuda tadi tidur.
KANAK-KANAK itu terjumpa
UNCANG EMAS  yang ditinggalkan pemuda tadi  ,
lalu 
DIAMBIL & DIBAWA
pergi bersamanya.

Setelah jauh berjalan,
tiba-tiba  PEMUDA mula menyedari UNCANG EMASnya
tertinggal.Lalu berpatah balik untuk mengambilnya.
Apabila tiba di tempat tersebut, didapati seorang
LELAKI TUA sedang berehat di bawah pohon tersebut.


 PEMUDA itu terus dapatkan  LELAKI TUA itu lalu  bertanyakan UNCANG EMAS.
LELAKI TUA itu menafikan dia mengambil UNCANG EMAS,namun PEMUDA itu
tetap menuduh LELAKI TUA itu mengambilnya kerana HANYA DIA 
yang ada di tempat berkenaan.Sebaliknya  LELAKI TUA tetap menafikannya.



Akibat terlalu marah,PEMUDA itu MEMBUNUH LELAKI TUA dengan anggapan 
dialah yang mengambil UNCANG EMAS tetapi sengaja menafikannya
Setelah membunuh LELAKI TUA itu,
PEMUDA itu melakukan pemeriksaan untuk mendapatkan UNCANG EMAS,
ternyata usahanya GAGAL.
Lalu PEMUDA itu meneruskan perjalanan.

Peristiwa di atas telah dibawa kepada pengetahuan Nabi MusaA.S .
Akhirnya Nabi Musa A.S menjelaskan apa sebenarnya di sebalik semua itu.




Menurut Nabi Musa A.S,kisah KETIGA-TIGA orang itu ada kaitan 
antara satu sama lain.
:
:
AYAH PEMUDA & LELAKI TUA  adalah SAHABAT BAIK.
Tetapi keduanya terlibat dalam kegiatan MENCURI.
Di antara barangan yang dicuri adalah  UNCANG EMAS yang kepunyaan
KANAK-KANAK tersebut.
Oleh kerana TAMAK akan HARTA yang dicuri,
LELAKI TUA  itu MEMBUNUH  AYAH PEMUDA itu dengan hasrat untuk mengambil 
UNCANG EMAS itu. Namun hasrat LELAKI TUA itu tidak kesampaian  kerana
UNCANG EMAS itu telah diserahkan kepada PEMUDA itu oleh BAPANYA sebelum dibunuh.
DOSA kesalahan MENCURI dan MEMBUNUH oleh  LELAKI TUA itu.
telah diBALAS apabila dia sendiri DIBUNUH oleh PEMUDA yang kematian  BAPANYA akibat  DIBUNUH oleh LELAKI TUA.


KANAK-KANAK yang mengambil UNCANG EMAS semasa di bawah pokok itu 
adalah PEMILIK SEBENAR emas berkenaan!







Sebegitulah semua yang berlaku dengan keizinanNya dan perancangan ALLAH Taala
YANG MAHA BIJAKSANA...
Begitu HEBAT perancangan Allah dalam mengatur kehidupan makhlukNya di muka bumi..

Kita boleh merancang,Allah juga merancang,
namun perancangan Allah
LEBIH BIJAKSANA & ADIL..

Sekadar Berangan....


Andailah.............


Angin yang sepoi-sepoi bahasa..
Bersama deruan air yang tenang..
Bersih jernihnya  persis mutiara...
Dengan panorama nan membiru..
Terukir senyum..menyelami keindahan itu

Namun..
Sekadar angan-angan beb!
Yang pasti :




Maaf untuk 'hutang' komen yang tidak terbalas ya
InsyaAllah..
ada ruang masa & tikanya....
InsyaAllah..terbalas nanti...
:) 
-Minggu nan sibuk...itu dan ini.....dengan kerenah begitu & begini......
lantas tersekat & terbantut untuk bercerita di sini.....-
InsyaAllah...pasti ada redanya nanti







Sabar !!


" Dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"   Ali-Imraan: 134

Menurut kacamata Islam, 
orang yang kuat itu bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Tapi orang yang kuat itu diungkap sebagai orang yang mampu bertindak penuh pertimbangan dan sabar, serta mampu mengendalikan nafsunya ketika marah

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Bukanlah perkasa itu kuat bergusti sesungguhnya perkasa itu adalah mampu mengendalikan nafsu ketika marah"  
Hadith Muttafaq Alaih



Memang tahu betapa perlu memelihara kesabaran diri..& perlu berfikiran positif!!
Tapi bila berdepan dengan kerenah manusia kadang kala memual perasaan!
Emosi yang bercampur baurnya!!! 
(...iman masih lemah nii....masih terlalu banyak kelemahan!! ...)




Apa kita nak kata yaa..

- bila selalu menerima kritikan?
mungkin kerja buat  masih tak sempurna ni!
Sabar.. 
 
-  Dan kritikan itu pula dari individu
yang sama?
er..er..betapa caknanya kan..
Sabar! Sabar!

-  Dan kritikan itu hanya menghala kepentingan/keperluan  diri??
er...er...er......tak terkata dah...
 sabar !sabar!kena tahan sabar lagi!!

-  Dan kritikan yang sama dan sama..dan sama..HANYA dari individu yang SAMA!!
Uhhhhhhhhhhhh!!!..@###$%$%!!@*:P 
Tahap kesabaran pada tahap gaban....hancusss!!






Ingat pesan  teman..
apabila ingin meredakan kemarahan atau
menyejukkan jiwa dan hati,
bacalah berulang-ulang kali kalimah yang paling ringkas & mudah
namun banyak manfaatnya iaitu  :


Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



 ......................sabar!
..................sabar!
...........sabar!


..Tak Tahan Leter??..




Di ambil daripada petikan Berita Harian Online Julai 2010,
satu kajian  yang dikendalikan di London, telah  merekodkan, secara purata, seorang isteri menghabiskan masa hampir enam hari dalam tempoh setahun semata-mata untuk berleter kepada suami mengenai pelbagai perkara terutama berkaitan 
urusan rumah tangga!!
 
Kajian yang membabitkan kira-kira 3,000 responden itu merumuskan golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun berleter kepada suami mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum/merokok serta kesihatan mereka. Ini bersamaan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau 
hampir enam hari setahun!!   

Manakala menurut pakar motivasi dan psikologi terkenal, 
Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah , 

berpendapat memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan 
sehingga dilihat seolah-olah berleter. 
Menurut beliau lagi,
tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk
membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan


 Walaubagaimana,apabila beliau ditanya apakah mungkin 
berlaku kesan psikologi kepada suami jika saban hari dileteri isteri,

“ Memang tidak dinafikan lelaki akan menganggapnya begitu. Apatah lagi memang sifat semula jadi lelaki tidak suka diingatkan berulang-ulang terutama apabila dipesan isteri. Tanyalah mana-mana lelaki dari budak kecil hingga kepada golongan tua. Mana ada yang suka diingatkan berulang-ulang lebih-lebih lagi oleh wanita."

Sehubungan itu, 
beliau menasihatkan kepada para isteri yang kerap meleter :
:
*  Wanita terutama isteri perlu memahami masa dan waktu  yang sesuai untuk menegur atau memberi pandangan serta menyampaikan sesuatu mesej.

   * Leteran yang berjela-jela tidaklah penting..kerana dikatakan lelaki sebenarnya hanya mahu mendengar tiga patah perkataan saja dan selebihnya dirasakan seolah-olah tidak perlu. 
*  Adalah penting bentuk komunikasi dipelajari antara kedua pihak. Ini kerana melalui hubungan komunikasi itulah resipi kejayaan dalam mengeratkan hubungan suami isteri
*  Memberi teguran yang membina bukan semata-mata untuk menghentam mana-mana pihak dan perlulah kena pada 
tempat & situasinya!

:
:
Tip daripada Dr Fadzillah Kamsah  kepada suami  yang 
berhadapan dengan isteri suka membebel :

*  Sebagai ketua keluarga, suami wajar memberi nasihat tetapi biarlah secara rasional dan 
tidak sehingga mengguris hati pasangan.

* Suami disarankan agar  merenung sejenak faktor mengapa isteri berkeadaan sedemikian,berkemungkinan  budaya masyarakat yang tidak romantik 
antara sebab wanita sedikit tertekan.

* Amalkan  hubungan komunikasi dan saling bertolak ansur untuk 
kecapi  kebahagiaan suami isteri 


ermmm..
Kesimpulannya..suami isteri perlu ada rasa hormat antara satu sama lain.
Toleransi -Sabar & bertolak ansur itu penting!
Paling utama,tahu menjaga hati & perasaan masing-masing..
InsyaAllah!

Ok..Ok..
  Sebagai penutup untuk n3 kali ini...
diakhiri dengan satu animasi ,
semoga dapat menceriakan semua!!

:)










;)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran