CETUSAN MINDA

Tidak Selamanya Derita......



BERSAMA  KESULITAN...ADA KEMUDAHAN

Wahai Manusia...
Setelah lapar ada kekenyangan
Setelah haus ada kepuasan
Setelah berjaga ada tidur yang lena
Dan setelah sakit ada kesembuhan.
Setiap yang hilang pasti ditemui
Dalam kesesatan akan datang petunjuk
Dalam kesulitan ada kemudahan
Dan setiap kegelapan akan terang benderang


Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan 
atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya
(QS Al-Maidah :52)


Sampaikan khabar gembira kepada malam hari
Bahawa siang fajar pasti datang
Mengusirnya dari puncak-puncak gunung 
Dan dasar-dasar lembah.
Khabarkan juga pada orang yang dilanda kesusahan 
Bahawa......
Pertolongan akan datang secepat 
kepantasan cahaya & kerdipan mata
Khabarkan juga kepada oarng yang ditindas
Bahawa....
Kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.
Saat anda melihat hamparan Padang Sahara
Yang seolah memanjang tanpa batas...
Ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu
Terdapat kebun yang rimbun penuh hijau deedaunan.
ketika anda melihat seutas tali meregang kencang,
Ketahuilah bahawa..
Tali itu akan segera putus
Setiap tangisan akan berujung dengan senyuman,
Ketakutan akan berakhir dengan rasa aman
Dan
Kegelisahan akan sirna oleh kedamaian...
Mereka yang terpaku pada waktu yang terbatas,
Dan
Pada situasi yang (mungkin) sangat kelam
Umumnya..hanya akan merasakan 
Kesusahan dan Kesengsaraan
Dan keputusasaan dalam hidup mereka..
Itu kerana mereka hanya menatap dinding-dinding kamar
Dan pintu-pintu rumah mereka..
Pada hal,mereka seharusnya menembusi pandangan
Sampai ke belakang tabir....
Dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal
Yang berada di luar pagar rumahnya...
Maka dari itu...
Jangan pernah merasa terhimpit sejengkal pun
kerana setiap keadaan pasti akan berubah
Dan sebaik-baik ibadah adalah
Menanti kemudahan dengan sabar
Walaupun..,
Hari demi hari akan terus bergilir,
Tahun demi tahun akan selalu berganti,
Malam demi malam pun datang silih berganti...
Meskipun demikian,
Yang ghaib akan tetap tersembunyi
Dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan
Dan segala sifat-Nya..
Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu
Yang baru setelah itu semua.....


" Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji akan
Apakah aku bersyukur atau mengingkari akan nikmatNya
Dan barangsiapa yang bersyukur
Maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan
Dirinya sendiri dan Barangsiapa
Yang Ingkar,
Maka sesungguhnya 
Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia"


Ketika menerima yang sesuatu yang buruk
Ingatlah saat-saat 
Ketika kita menerima yang baik.....


Petikan dari Buku : La Tahzan-Jangan Bersedih



~ Di sebalik segala keperitan..Sememangnya ada bahagianya...
Walaupun berkurun menanti cahayanya..
Pasti ketemu jua sinar akhirnya...
Dengan kesabaran dan keimanan menempuhi 
segala dugaan mendatang....Mungkin tidak di hari ini...
Mungkin tidak di sini...Hari esok ...
atau mungkin di Sana
InsyaAllah...
pasti ada 
Bahagianya......!~







** Syabas untuk hasil kreatif Saudari DiyanaTahir ...:)Begitu menarik dan memberi kesan kepada 
    sesiapa yang menghayati videonya ini..
Jutaan Tksh,walau tidak mengenalinya..
Namun usaha murni beliau menghasilkan sesuatu yang 
begitu bermakna utk
tatapan semua...memang wajar utk dipuji..:)
Semoga sama2 mendapat manfaatnya...:):):)




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran