Hargailah isteri anda......
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar
isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu
mereka di akhirat kelak..
Biarlah seburuk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini
ialah dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi
cuti yang Allah beri
sebab dia bekerja dengan Allah , Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya....!
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Jadi mengapa harus takut untuk
melahirkan anak??
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami isteri tidak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .
Si isteri tidak bisa masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi,
kalau suami dalam kesusahan
isteri sanggup membantu ....tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut..
asyik bermasam muka terhadap suami..
pasti tiadalah pahala extra ini !
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
di dalam dan di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain.. dia akan tanggung ditambah lagi
Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk
mempertahankan wanita,
Dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Apabila dianugerahkan seorang isteri..
Jangan terlalu mengharapkan
kesempurnaan sepenuhnya..
Masih banyak kekurangan..yang perlu diberi bimbangan..ditunjuk ajar
Bukan diherdik..dikasari..dihina..dipersendakan
Terimalah isterimu seadanya dia..
sepertimana si isteri menerima
si suami seadanya ..
Moga dengan adanya rasa kasih sayang..
tolak ansur..hormat-menghormati
Pasti kebahagiaan itu kan tercipta...dan dilimpahi keberkatan dariNya jua...
**Olahan Sumber : Kiriman E-mail teman.TQ