CETUSAN MINDA

MaDu+ ManGkuK + RambUT


Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya 
Abu Bakar .a., Umar .a., Uthman .a., dan Ali .a., 
bertamu ke rumah Ali .a. 

Di rumah Ali .a. isterinya Sayidatina Fathimah , 
puteri Rasulullah S.A.W. menghidangkan untuk
mereka madu yang diletakkan didalam sebuah
mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu 
itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian
meminta ke semua sahabatnya untuk membuat suatu
perbandingan terhadap ketiga benda tersebut 

(Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).


Abu Bakar .a. berkata, 
"iman itu lebih cantik 
dari mangkuk yang cantik ini, 
orang yang beriman itu lebih manis dari madu
dan mempertahankan iman itu lebih susah
dari meniti sehelai rambut".

                                
Umar .a. berkata, 
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
seorang raja itu lebih manis dari madu 
dan memerintah dengan adil itu lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".




Uthman .a. berkata, 
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan 
beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".


Ali .a. berkata,
"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan 
membuat tamu senang sampai kembali pulang 
ke rumahnya adalah lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".


Fatimah .ha.berkata, 
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, 
wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu 
dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah 
dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah S.A.W. berkata, 
"seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik 
dari mangkuk yang cantik ini, 
beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan 
berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril A.S. berkata, 
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik 
dari sebuah mangkuk yang cantik, 
menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama 
lebih manis dari madu dan 
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat 
lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah S.W.T. berfirman, 
" Syurga-KU itu lebih cantik 
dari mangkuk yang cantik itu, 
nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan 
jalan menuju syurga-KU adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".







21 comments:

Abd Razak said...

Salam...:):)

Berkata perkara yg baik itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik...

Melakukan perkara yang baik itu lebih manis daripada madu...

Ikhlas dalam melakukan perkara yang baik itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut...

Malu kepada Allah maka kita akan mengagungkanNYA

Moga kitak sihat, ceria dan tenang sentiasa :)

sis_nita said...

salam kak..

segala amal kebaikan.. buruk kejahatan ditimbang dikaji diadili oleh ALLAH s.w.t.

kita sebagai hamba harus beusaha memperbaiki tahap amalan kita..

misz u sis.. :)

kakcikseroja said...

Betapa kerdil rasanya diri untuk mengimpikan syurgamu Ya Rahman Ya Rahim....

- jinggo - said...

cgu.
satu perkongsian yg cukup menarik....
terima kasih.

saniza said...

nice blog

sungai bertemu lautan ....

cantik .

sahromnasrudin said...

yg kurik itu kundi, yg indah itu bahasa.. yg baik itu budi, yg indah tue bahasa..alhamdulillah, sy jd follower cikgu yg ke 99...

MaizaC'Joe said...

Salam My lovely sis Tinie

thanks for the sharing.. menarik sangat2. Tiap yang di lakukan dengan seikhlasnya pasti lebih manis dari madu.. dan juga InsyaAllah pasti membuahkan hasil yang terbaik......

maiyah said...

krn sakit yg amat sgt kat tulang rusuk, sy nk gerak sket pun rasa lemah sbb sakit ni, satu je sy ttp lawannya bila sy nk solat

alhamdulillah.. Allah telah memberi kekuatan pd sy hingga ke hari ini

NJ said...

salam tinie
Duk tgah fikir ni..apa lagi rambut dibelah 7..mmg seran sejuk meremang rasa

Idalara said...

semua bahasa yg digunakan sgt cantik dan terlalu bermakna..mudah2an kita mendapat manafaat dari kata2 yg secanrik itu..

Pn Kartini said...

To Mr Abdrazak:)

Thanks utk penambahannya..nice!:):)

Smmgnya ternyata jalan menuju keikhlasan tidaklah semudah yang disangkakan, kerna ada onak dan duri yang bertebaran dijalannya.
Semoga kita kalian tidak tergelincir & beramal seikhlasnya...:):)InsyaAllah..:):)

Pn Kartini said...

To My lovely sis_nita:):)

Itu sememangnya..sudah dijanjikan olehNya bagi mereka yang berbuat amalan baik pasti ada ganjaran dariNya..:)

** Dik..,Semoga 2010 menjanjikan sinar bahagia dan diberikan kecekalan menghadapi hari mendatang..
Miss U too..:):)Muaahhsss..:):)

Pn Kartini said...

To my dear KakCikS..:):)

Sebegitu jualah diri ini...

* Moga sis sentiasa diberkatiNya..:):)

Pn Kartini said...

To Mr Jinggo:)

sama2 kasih...apa yg baik..kita kongsi:)
Saling pesan memesan..agar sama2 dpt manfaatnya..:):):)

Pn Kartini said...

To dear Saniza:)
Memang tampak tenang bila sungai bertemu lautnya...:)
Thanks sudi ke sini..:):)Really appreciate:)TQ

Pn Kartini said...

To Mr Sahromnasrudin:)

Org berbudi kita berbahasa..
Jadi follower 99 berbalas juga dgn follower 40nya..:):)
Apa2 pun tq sudi ke blog ini
Semoga kan sudi di lain masa..:)

Pn Kartini said...

To My lovely sis Maiza'Joe

Keikhlasan...semmgnya suatu yang manis dan bermakna bagi yg mengerti dan menghargainya..
InsyaAllah ...Tidak mustahil untuk kita menjadi insan yang sentiasa melakukan segala apa jua amalan dengan keikhlasan jika kita berusaha untuk mencapainya. Tepuk dada, tanya iman kita...:):)

Moga sis sihat dan ceria2 jekk ...:)

Pn Kartini said...

To my dear Maiyah..:)
Alhamdulillah ...semoga Allah kan sentiasa memberikan kekuatan dalam mengharungi kesukaran dan keperitan itu..

Semmgnya anda seorang yang berjiwa kental...mungkin tidak tertanggung oleh orglain ..namun kekuatan itu ada pada Maiyah...Moga diberkatiNya..:)

Pn Kartini said...

To My dear Sis NJ..:)

Hanya amalan setiap antara kita yg menentukannya..sama ada ia nampak selebar gurun sahara maupun sehalus belahan itu...
Memang tidak tercapai dek akal bila memikirkannya...

*Semoga kita dipermudahkan segala apa jua olehNya..Amin...:):)

Pn Kartini said...

To My lovely sis Idalara:):)

Semoga sama2 berbekas di hati dgn kata2 indah seumpama itu...dan cuba yg terbaik..:):)

* Happy tgk sis ke sini..!!Terfikir jg rupanya pc akak sentiasa hang ekk ..aduhaii..pe2 sis..Tq !!!:)

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran