........Akhlak .......
Sekuntum bunga mawar, bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum semerbak .
Hadirnya menyerikan suasana..baunya memberi aura yang menyegarkan..
Jika kewangian sekuntum bunga Ros dibawa ke alam hidup bermasyarakat dan bersahabat,
kita jadikanlah diri kita berakhlak sebagai bunga yang disukai oleh semua orang...
Akhlak baik..menyejukkan hati
menebar rasa kasih sayang sesama insan...
mentaut hati mendekatkan jiwa.
Bagaimana akhlak boleh lahir?
Sekuntum bunga mekar lahir dari pohon yang subur dan sihat.
Begitulah akhlak yang mulia.... ia lahir daripada tapak IMAN kepada Allah yang kukuh.
Sabda Rasullulah
“ kamu tidak akan masuk syurga jika kamu tidak beriman, dan kamu tidak dikira beriman jika kamu tidak berkasih sayang…”
Ini menunjukkan wujud perkaitan antara iman dan akhlak.
Jika iman itu baik, akan lahirlah akhlak yang baik.
Begitulah jua yang berlaku sebaliknya.
Moga Kita sekalian dianugerahkan akhlak sewangi dan secantik sekuntum bunga...
Walaupun bunganya kan layu..