CETUSAN MINDA

Menjaga Hati...

.....TEMAN


1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau
terlebih usik.Berfikir terlebih dahulu,
agar kita & sahabat blh menerima
gurauan.Terkdg tanpa dijangka,
hati teman tersentap tanpa disedari!

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik!
Kerana kita sendiri tidak semestinya
bagus dan betul!

Ingat!Kita semua hanya manusia biasa,
tiada kesempurnaan.




3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat
dgn sahabat spt tunang,isteri/suaminya atau
kaum keluarganya.


4.Jangan terhegeh-hegeh bertanyakan perkara
sensitif spt gaji,kenaikan pangkat & hutang!
Jangan jadi seorang teman yg busy body!


5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi

spt rumahtangga atau hubungan suami isteri

sahabat.Terkadang,manusia semmgnya suka

mensensasikan sesuatu berita..menjaja maruah

tanpa menghirau perasaan orglain!


6. Terima kekurangan & keburukan
sahabat seadanya. Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita
tidak tentunya baik.
Kita harus berpijak di bumi yang nyata..
mana ada kekurangan ,di situ jua
ada kelebihannya.&begitulah sebaliknya.
Sesungguhnya kita hanya insan biasa!


7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi
sahabat. Jangan cakap mengikut sedap
mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
Tuhan anugerahkan akal fikiran,
maka gunakanlah demi menjaga hati
sahabat!


8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah
dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun
kita sudah mengetahui. Ini tanda kita
menghormatinya.Jangan terlalu busy body
dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa
memikir kesannya kepada
sahabat kita.






9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat.
Beri peluang & ruang untuk sahabat bersendiri.
Jikalau terlalu berdampingan, mungkin
menjemukan & kita hanya menyekat
perhubungan dgn insan lain.




10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia
melepaskan amarah di hati.
Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga
dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
kembali spt biasa.Manusia harus
menerima hakikat setiap org
ada lautan hati yg pasang surut.


11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok
mendiamkan diri.Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk.
Itu lebih baik dpd membuat komen.
Ia boleh memburukkan keadaan.


12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan

orang lain dan membanggakan diri dengan
mengadakan cerita i.e. kekayaan,
kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri
tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya
bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.




Olahan sumber :Hulkv6tt-ForumMelayu


** Walaupun kita sedar ,pelbagai ragam manusia di sekeliling kita,berbeza cara dan variasi kerenah yang mewarnai perhubungan sesama insan..Namun terkadang,bila berhadapan dgn mereka yang meremehkan perasaan orglain..mempersendakan org lain..memperkatakan kelemahan orang lain membuat diri tertanya di mana perasaan ,simpati dan kasih mereka pada sesama insan yang bernama sahabat.....apakah mereka itu lebih baik dan sesempurna mausia?
Mungkin mereka terlupa......ketentuanNya....dan alpa akan tindakan yg membuat hati org lain menangis.........


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran