CETUSAN MINDA

Beransur Perginya 2009...

Kan Bermulanya .....

Hari Demi Hari
Bulan Demi Bulan
Tahun Demi Tahun
Terlalu Pantas Ia Bersilih Ganti
Semakin Cepat Masa Itu Pergi
Semakin Usia Itu Makin Berkurang
Betapa Kerdilnya kehidupan Insani
Yang Akur dengan Ketentuan Yang Maha Esa
Saat Tikanya Kita Dipanggil Mengadap Ilahi
Hanya Dia Maha Mengetahui Segalanya
Yang Hanya Kita Sedari..

Masa Berlalu pergi Begitu Pantas..


Lantas tersentak dalam kelam termangu menilai diri
Dalam Sedar terkadang hilang dalam kealpaan
Dalam Merintih PadaNya terkadang tewas dalam keseronokan
Terkadang tersungkur jua dalam tawa syaitan
Begitulah Kedaifannya..

Moga Dia
Tidak Berpaling Menyapa Hati
Dengan Nur Hidayah & TaufikNya
Agar Tidak Tersasar Di landasan Keimanan
Dalam Meniti hari-hari
 Mencari KeredhaanNya...




KepadaTeman Sekalian...
Semoga Tahun 2010
terciptanya Kegemilangan Yang Akan Mewarnai Kehidupan 
Yang Membawa Kebahagiaan Dunia & Akhirat
:)








MaDu+ ManGkuK + RambUT


Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya 
Abu Bakar .a., Umar .a., Uthman .a., dan Ali .a., 
bertamu ke rumah Ali .a. 

Di rumah Ali .a. isterinya Sayidatina Fathimah , 
puteri Rasulullah S.A.W. menghidangkan untuk
mereka madu yang diletakkan didalam sebuah
mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu 
itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian
meminta ke semua sahabatnya untuk membuat suatu
perbandingan terhadap ketiga benda tersebut 

(Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).


Abu Bakar .a. berkata, 
"iman itu lebih cantik 
dari mangkuk yang cantik ini, 
orang yang beriman itu lebih manis dari madu
dan mempertahankan iman itu lebih susah
dari meniti sehelai rambut".

                                
Umar .a. berkata, 
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
seorang raja itu lebih manis dari madu 
dan memerintah dengan adil itu lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".




Uthman .a. berkata, 
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan 
beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".


Ali .a. berkata,
"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan 
membuat tamu senang sampai kembali pulang 
ke rumahnya adalah lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".


Fatimah .ha.berkata, 
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, 
wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu 
dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah 
dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit 
dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah S.A.W. berkata, 
"seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik 
dari mangkuk yang cantik ini, 
beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan 
berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril A.S. berkata, 
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik 
dari sebuah mangkuk yang cantik, 
menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama 
lebih manis dari madu dan 
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat 
lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah S.W.T. berfirman, 
" Syurga-KU itu lebih cantik 
dari mangkuk yang cantik itu, 
nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan 
jalan menuju syurga-KU adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".







Alahai..Melukis Lak!!..

SIAPA GERANGANNYA..????!!!

Aduhai siapa lagi kalau takkkk....



Minat barunya..selepas hobi main plastisin...
MARi MeWARna..!!!


Dan HasiLnYa...:)


Mari Belajar Abjad....!

 

 
erk!!Join sekali maknya...
'hasil kerastangan'!!! aduhaii...:)
( Kalau sisHazeleyed tgk..mesti tergelak nii....
tak leh lawan maa sis punya bakat..:):)....)





**Minggu Mesyuarat....uhh..:
Semangat..semangat..semangat...!!

27/12/09 -  Mesy.Guru Bil.1/2010
28/12/09  - Mesy.JawatanKuasa Kurikulum 
29/12/09  -  Mesy.HEM & Ko-Ko (ditunda ke 30/12/09)

30/12/09  -  Mesy.Panitia 

31/12/09  -  Pendaftaran Pelajar Sesi 2010

                                              


Sebagaimananya Kita...

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita


Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan 
di tempat yang sepatutnya...
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina...



Begitulah jua halnya dengan Allah Taala.. 


Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita... Iaitu syurga...



Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan Kita ke dalam syurga. 


Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang hina, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi...

SEMOGA MENDAPAT PEDOMAN...







 ** Sumber : Kiriman email teman..tksh
:)

..Sshhh!!..


...Andai Terdiam Seketika..........







 





Keajaiban Yang Tersembunyi...

...Di Dalam MINDA




1) Berkomunikasi dengan minda ke minda


Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH d
ia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. :)

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras. 





2) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


Mungkinkah ini juga yang terkadang membuatkan kita juga merasa apa yang dirasai oleh rakan kita.Rasa gembiranya,rasa bahagianya ,rasa sedihnya dan pilunya dapat dirasai walaupun jarak memisahkan antara individu berkenaan. 



 3) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda


Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”  





4) Minda terangsang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.  







 ** Olahan Sumber :www.iluvislam.com 
buku “Membina Imaginasi Cemerlang”   oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

FRIENDSHIP....

....Is Lika A FLOWER












Friends Forever Pictures, Images and Photos

INILAH KITA...
























Ada Kalanya Kita Tersenyum
 Bila Hati Bahagia..
Namun ada juga Senyum Dalam Gundahnya..
Yang penting..Bila tersenyum..
Bisa menyenangkan mata yang memandang..:)

Namun..bila hati tersentap dengan situasi 
yang menyedihkan kita
 Emosi yang tidak terkawal 
dengan kesedihan
diluahkan dengan deraian airmata..
Namun ada ketikanya..duka lara dijiwa
hanya dipendam diam terbuku...

Ada Ketika..
Kesabaran tercabar
Emosi amarah menguasai diri
Kewarasan rasionalnya kecundang
Tidak terkawal diri ..
menghalang dari rasa Marah!!!
Terkadang kita rasa teruja
Bila sesuatu yang bisa menaikkan semangat kita
Bersemangat ..Berkeyakinan..Bermotivasi
Tika itu kita berikan sepenuh komitmen
Dipamerkan segala bakat dan usaha Melakukannya..
Ada kepuasan di situ..
Bila kesempurnaan menjalankan 
tanggungjawab kita...:)

 OOhh!! Satu situasi yang membeban perasaaan
Dalam berkobarnya semangat terkadang 
dicantas jua rasa bebanan
Terkadang kekeluhan terpancar jua
Bila dirasakan terlalu terbeban...
terlalu dipaksa..terlalu dipergunakan
Maka kita kan berada dalam lingkungan stress..
Yang bisa mencetuskan segala rasa 
negatif dalam diri!! 
:(

 Adakala Kita kan Rasa dihargai...
Menghargai segala apa jua keadaan..

Bukan dengan wang ringgit..
Bukan dengan pujian Yang didambakan
Namun keikhlasan yang dizahirkan
Tidak hanya tika kesusahan....kesedihan
Baru ingatan itu menerjah..Baru ingin menyapa
Namun dalam apa jua sekalipun...
terasa dekat..
Tidak rasa jauhnya hati...

Ada jua di kala terasa Jauh..Terasing..
Terasa kekosongannya..
Saat itu perasaan sayu memutik..
Namun ketenangan itu kan kembali
Bila  mengingatkan ..
diri tidak pernah keseorangan
kerana Dia Maha Mendengar..
Sentiasa setia dengan hambaNya yang 
pasrah dengan ketentuanNya...




Inilah Kita..
Dianugerahkan OlehNya
Seribu Satu Variasi Perasaan
Agar Menjadikan Kita Insan Yang Mensyukuri
Segala Kenikmatan LimpahanNya ini...











LISTEN TO QURAN

Listen to Quran