
Kuntum 1
Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun,akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.

Kuntum2
Prihatinlah dengan orang yang lemah,anda akan bahagia.Penuhi hajat yang memerlukan,anda akan disembuhkan.Jangan bawa kebencian,anda akan dihargai.

Kuntum3
Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohonkan keampunan untukmu dan syurga menanti anda.

Kuntum4
Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

Kuntum5
Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan sempurna,kerana tiada seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.

Kuntum6
Contohilah pokok kurma; tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit & jika dibaling dengan batu,ia membalasnya dengan menggugurkan buahnya.

Kuntum7
Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput,kekesalan dan kecemasan dapat memperbaiki kesalahan?
Lantas apa gunanya bersedih?

Kuntum8
Jangan mengkhuatiri mendapat kesusahan atau malapetaka,tetapi berdoalah agar beroleh ketenangan dan pemeliharaan dariNya.

Kuntum9
Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10
Berwuduk,berzikir dan jadikan Al-Quran peneman setia kerana ia adalah penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan,kegelisahan dan kesedihan.
*** Sumber : Bahan bacaan Motivasi menjadi Wanita Paling Bahagia