Terkadang..terfikir juga..hukum dunia,yang mudah menghukum dan menghakimi setlh mendengar rintihan maupun luahan yg kadang kala menagih simpati dari yg mendengar dan sekaligus menutup kelemahan sendiri..agar sekalian alam menampakkan dirinya di pihak yang benar...
Di sini bermulanya FITNAH..ada Penglipurlaranya..ada messagenya..ada motifnya..dan ada Pendengar setianya...dan di kelompok ini jua wujudnya sidang mahkamah yg akan menghakimi..dan sudahnya ada yang Merana..Menderita..kerna FITNAH!!!!
Tahukah anda...
Fitnah dilarang Allah swt, sebagaimana firman-Nya dalam QS al-Baqarah (2): 191, "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ."
Kenapa lebih kejam dari pembunuhan? Sebab, fitnah sama dengan melakukan ' pembunuhan' karakter seseorang.
Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Bagi Muslim, perbuatan tersebut akan menghilangkan ‘status’ sebagai Muslim. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?…” (al-Hujurat: 12) Sedangkan Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini, maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat. Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah s.a.w.
Dalam menghadapi fitnah kesabaran dan kesedaran yang tinggi amat perlu kerana fitnah boleh terjadi kepada sesiapa pun, tanpa memandang status dan kedudukan sosial.
HIKMAHNYA DIAM
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan diri tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
3. Kehebatan diri tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Berdiam tidak bermaksud kalah dan lemah
malah orang yang berdiam diri dek bersabar ketika marah sebenarnya adalah juara dalam sesuatu perdebatan, lebih hebat dalam pengawalan emosi dan lebih dihormati. Mendiamkan diri juga menjadi penghalang dari maksiat mulut seperti dusta, mengadu-domba, mengumpat dan sebagainya.
Oleh itu, jika kita tidak bercakap ke arah
perkara kebaikan dan mengingati Allah,
mendiamkan diri itu adalah
lebih baik.