CETUSAN MINDA

DI DALAM HATI...


Di dalam HATI manusia ada kekusutan
dan  tidak akan terurai
KECUALI
Menerima kehendak ALLAH  S.W.T
Di dalam HATI manusia ada keganasan 
dan  tidak akan hilang
KECUALI
Berjinak dengan ALLAH S.W.T
Di dalam HATI manusia juga ada kesedihan,kegelisahan 
dan tidak akan tenang
KECUALI
Berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam HATI manusia ada penyesalan 
dan tidak akan padan
KECUALI
Redha dengan suruhan dan laranganNya
Serta  sentiasa menerima qada & qadarNya
Dan jua sentiasa sabar menemuiNya
Di dalam HATI manusia ada hajat 
dan tidak akan terbendung
KECUALI
Kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya.

Andai dunia & isinya diberikan kepada manusia...
masih tidak dapat lagi membendung hajat hati 
si hamba itu.

~  Indahnya Mutiara Kata Ibnu-Qayyum  ~





12 comments:

sis_nita said...

salam kak.. :)

jika hati dah mati..

segala petunjuk dan hidayah terlepas dari cengkaman iman..

semoga hati kita tak mati yerr kak..

Pn Kartini said...

Salam
Jika hati dah mati
Tiada keinsafan di jiwa
Jika hati dah mati
Tiada keberkatan di dunia
Jika hati dah mati
Tiada taubat di pinta
Jika hati dah mati selamanya
Nerakalah tempatnya...Nauzubillah!

Semoga hati kita dan semua saudara Islam sentiasa ditetapkan imannya..:):)

sis_nita said...

Nauzubillah!

takutnyerr kalo hati kita telah terpadam iman..

Ya ALLAH.. jauhkan laaa segala anasir yang boleh membuatkan umatMU terhindar dari rahmatMU..

amin..

Pn Kartini said...

Amin....

Semoga Nur rahmatNya sentiasa ada..:)

Che' Pit said...

salam kak,

hmm tapi kalau kes "makan hati?" mcm ne ek?

Pn Kartini said...

Ws..
Ooo.."makan hati" ekk...jawabnya meranalah dik..
Perlu dipujuk hati tu..ingat apa2 semua qada' & qadar..InsyaAllah ketenangan itu ada...:):)

Razak said...

Salam sis...

Hati yang bersih adalah hati yang tidak dimasuki oleh syubhat (berbagai pemikiran yang keliru) dan syahwat (dorongan hawa nafsu)

Hati yang di dalamnya tidak diisi oleh sesuatu yang lain kecuali Allah.

pa kabar kitak tek?...mek sik sihat aritok sakit perut

Pn Kartini said...

Salam Mr Razak
Semoga hati dilimpahi hidayahNya..:)

aaii..kenak sakit perut aritokk..kitak salah makan ?atau sik sahur??Mun sik tahan..jumpa doktor.. mun sakit gilakk..makan ubat!
Pe2..Take care..

zaimatul asikin daud said...

hati mati bila minda kite penuh dgn sifat mazmumah...
hati mati bila allah telah tarik semua nikmt y dberikn kpd kite....
oleh itu, seblm hati kite dmatikn, segeralh cucikn hati dgn sift mazmudah, zikir dan doa....

DrSam said...

Insyaallah, sama-sama kita sirami hati kita dengan iman dan takwa. Mudaha-mudahan sentiasa hidup dan lembut hati kita dengan izinNya.

Pn Kartini said...

To sis zaimatul asikin
InsyaAllah..semoga Allah masih memberi peluang dan ruangnya utk terus memelihara hati ke arah kecintaanNya..Amin

Pn Kartini said...

To Dr Sam
Sesungguhnya hati lembut itu tanda mendapat rahmat..Sepertimana dari satu petikan :

Orang yang mendapat rahmat hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji...

Semoga sentiasa kita dikurniakan hati yang lembut ini...Amin:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran