CETUSAN MINDA

Siap satu tugas!

Syukur...!!Siap satu lagi pamplet ..
Esok boleh diriso..&  harap2 dapat diedarkan! InsyaAllah..settle satu tugas..:)

1. Muka depan Pamplet :






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2. Dalamnya..


3. Belakangnya..

  

4. Close-up skit... kod nama pereka kadnya..!!...:)


                                                               



ANDA STRESS????!

CARA-CARA MENGURANGKAN STRESS




1) Mengubahsuai punca stress dengan :


- penyelesaian masalah secara musyawarah

~ secara pemuafakatan..diselesaikan secara bersama...bukan pada perseorangan
- perancangan kerja dengan baik

 ~ Segala apa yang telah dipertanggunjawab..segala tugasan..harus dirancang
satu persatu secara sistematik
- pengurusan masa yang bijak

~ Segala urusan pasti dpt dilangsai andai masa diurus dgn bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan

 

2) Mengelak stress dengan :


- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat


3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :


- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda 

(lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan
relaksasi otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah 

(amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik
)


*** Perancangan Tugasku Yang Dipertanggungjawab mengikut Kepentingan  :...

       1 -  Edaran pamplet Solat Hajat Perdana utk guru2  


            (  paling ekpress disiapkan..pagi tadi terima arahan..
                        tengahari dah siap)
        2 - Pamplet Sambutan Hari Raya..Tarikh : Ahad 4/10/2009

           .....eii..Pamplet lagiiii...memang tugas tetap & berpencen maa...!
       3 -   Kelas tambahan bulan Oktober SPM

            .....yg ni memangggg kena fikir sakan..semua aspek kena tengok..
                  nanti bising lakk cikgu2 tu..
       4-  Majlis Restu Ilmu SPM ..perlu bincang dgn penyelaras!
       5-  Mesyuarat Agong Koop
       6-  List peralatan tulis Koop bg Sessi Persekolah 2010

       
Yang lain2 tugas...difikirkan kemudian..Yang mana penting..didahulukan...!:)





     

Bertemu kembali... :)

Hampir satu minggu..tidak diupdatenya blog...
Terkadang terfikir jua...

*  Ada ke pengunjung setia blog yang tidak seberapa ini?
*  Ada ke yang menunggu blog ini utk diupdatenya..
*  Apakah ada yang terus berminat utk memberi respondnya..komennya..
atau mungkin jua..ada yang tidak kisah utk mengikutinya ..update ke tak diupdate ke..sama jee.......ermm....




Namun begitu..mungkin kerana minat dan jua merasakan ilmu walau sekelumit mana sekali pun wajar dikongsi bersama ..maka terasa terpanggil utk terus mewarnai blog ini...tanpa sebarang paksaan..

Bagi teman..terimakasih utk komen dan kunjungan kalian...Diri ini amat menghargainya..kerana di situ ada satu dorongan dan jua terasa dihargai..terima kasih...:)

Uniknya ikatan ukhwah yg bisa terjalin menerusi blog ini...:)

Terimakasih..

MOHON KEMAAFAN ...






Sesungguhnya diri hanya insan biasa
Yang mempunyai hati & perasaan
Ada kala perasaan itu tenang
Pabila berdepan dgn sesuatu yang indah
Ada kala jiwa bergelora
Lantaran tersentuhnya perasaan
Ada kala diri memberontak
Bahana terusiknya emosi
Ada kala jua..hati membisik
Minda berkata-kata
Fikiran didatangi prasangka
Yang bisa menghangatkan amarah di jiwa
Terkadang kesabaran tercabar
Terlontar kata-kata mengguris
Sememangnya diri hanya insan kerdil
Yang tidak lari dari ketidaksempurnaan
Ada saat dimana
mata khilaf memandang
telinga salah mendengar
lidah terlanjur salah berkata
fikiran khilaf menafsir dan hati khilaf menduga

Sempena Ramadhan menemui penghujungnya
Di susuli menjelangnya Syawal
Maka kesempatan ini diri memohon
AMPUN & MAAF
atas segala salah & silap
kepada semua TEMAN walau mana jua berada....

Sesungguhnya TEMAN...
Kehadiran kalian amat diri ini hargai..
Semoga Ikatan Persahabatan terus mewangi...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas Dari Hati....







Satu Kekesalan

Insidennya   semalam...:

Seperti biasa...makmal Beta seolah2 sudah menjadi tempat bertapak walaupun di Bilik Guru ,ada mejanya tapi telah ditumpangi guru lain lantaran tuan empunya meja (..aku lee tu..)..asyik di meja dalam makmalnya...ermm..
Sedang 'keboringan'  menanda jawapan pelajar menjawab  paper 2  biology utk trial exam (boring ..sebab jawapan yang menyimpang dr apa yg diajar).....tetiba dtg 2 pelajar..
"Cikgu.."..
"emm..Jad...kenapa??"..(walaupun diminda dah mengagak apa yg nak disampaikan..cuma biasa lee..guru sajee buat blur..)
"Saya nak mintak maaf cikgu.."
"Awak dah buat pe...(sekali lagi berlakon lakk guru ni...buat2 tak fahammm)
"Saya nak buat pengakuan...saya nak mintak maaf...sbb memang saya ada dapat skema jawapan ..saya dah tahu jawapan paper 1....."...

"erm....camne boleh dapat??"..(.selamba je..tanpa rasa terkejut..sbb dah tahu ceritanya....)


Dia berterus-terang...rupa2nya..dari pelajar sekolah lain yang tahu selok belok nak masuk bilik kebal sekolah berkenaan....aduhaiiii..(hampeh toii...nama jek bilik kebal...tapi tak kebal langsunggg..bdk2 pun leh bolosss...haru biru toii....)

Tapi yang pasti..dalam hati kecil ini ..."Fuhhh!!Satu yg melegakan tiada guru yang menyeleweng!!!"....syukur rasanya..kiranya guru2 masih  waras!!!



"Habis tu..paper   II u dah tahu laaa soalan2 apa yang keluar???"
"Tengok tu cikguu....Tak cikgu....paper 1 je..."..
tetiba dia diam..."oooohhh!!mari sebakkk cikguu...kenapa nii..."
Memang nampak matanya berkaca..berlinang air mata..cuma gurunya saje juz diam sambil senyum...
"kenapa ni cikgu..tetiba sebak..nafas tersekat ni..."
Gurunya ni dgn selamba.."ntah..sebab pe tak tau..saya tak buat pe pun kat awak.....erm..proses digestion berlaku kut.."..sajeee tak nak keadaan tegang..still buat jokes..
"Tulah cikgu......saya dah tak leh nak cakap...saya minta maaf byk2..".sambil berlalu dgn rakannya..dgn air mata masih berlinang..."
Guru hanya mengangguk...sambil senyum..kerna aku tahu..Ada kekesalannya di situ.......



Dan nilai air  mata seorg pelajar lelaki..bukan satu lakonan..semmgnya dtg dr kekesalan diri yang semmgnya seblm ini dia seorg pelajar yang baik...Pasti kejujuran diri masih menebal..cuma secalit kesilapan..bisa membuat diri gelisah..Tidak perlu terus menghukumnya.....






*** Seperti biasa..,episod tak hanya di sekolah shj..bila ingatan tetiba menerjah di minda ini...teringat mata ber'kaca'nya...terus   dptkan no telefon ank murid yg dipanggil **** ini...Selepas berbuka... melalui sms ....nasihat  diberi..


" Sikap mengakui kesilapan adalah satu sikap terpuji..Namun di hari mendatang..sebrg tindak tanduk mesti difikrkan terlebih dahulu..apa kesannya..akibatnya..serta kewajarannya...tidak  guna  rasa kesal berpanjangan..sbb semua sudah berlaku..yang ptg fikir utk jadi yg TERBAIK utk hari esoknya...."
Semoga dgn kekesalan  hari ini akan membentuk diri yg terBAIK dan cemerlang utk hari esok..."

Sekurang2 nya dia tahu....
................................................i really care!! :)


Semoga apa yang telah dilakukan ini..bisa menjadikan dia lebih menghargai kejujuran pada diri..dan diharapkan ia menjadi pengajaran di masa mendatang...sekaligus..menjadi insan yang cemerlang...
Itulah sahaja hadiah yang didambakan bagi seorg pendidik pada ank didiknya...














SEJAMBAK MAWAR

 





myspace comments

Kuntum 1
Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun,akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.


myspace comments

Kuntum2
Prihatinlah dengan orang yang lemah,anda akan bahagia.Penuhi hajat yang memerlukan,anda akan disembuhkan.Jangan bawa kebencian,anda akan dihargai.


myspace comments


Kuntum3
Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohonkan keampunan untukmu dan syurga menanti anda.


myspace comments

Kuntum4
Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.


myspace comments

Kuntum5
Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan sempurna,kerana tiada seorang pun di dunia boleh mendapat  semua keinginannya.


myspace comments

Kuntum6
Contohilah pokok kurma; tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit & jika dibaling dengan batu,ia membalasnya dengan menggugurkan buahnya.


myspace comments

Kuntum7
Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput,kekesalan dan kecemasan dapat memperbaiki kesalahan?
Lantas apa gunanya bersedih?


myspace comments

Kuntum8
Jangan mengkhuatiri mendapat  kesusahan atau malapetaka,tetapi berdoalah agar beroleh ketenangan dan pemeliharaan dariNya.


myspace comments

Kuntum9
Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.


myspace comments

Kuntum 10
Berwuduk,berzikir dan jadikan Al-Quran peneman setia kerana ia adalah penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan,kegelisahan dan kesedihan.
 






 

*** Sumber : Bahan bacaan Motivasi  menjadi Wanita Paling Bahagia

INDAHNYA KATA-KATA...

 
Tak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Andai diri tak sekuat Siti Hajar
&
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W....
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai
KEUNIKAN....
Carilah kebaikan pada dirinya..bersyukurlah
Kerana dipertemukan dengannya
&
Tetaplah berdoa agar dia akan terus menjadi
milikmu yang abadi...

Siapakah Orang Yang Bahagia??

Orang yang BAHAGIA itu akan selalu....:






1.    menyediakan waktu untuk  
BERIBADAT
kerana
Beribadat itu adalah Ibu Segala KETENANGAN




2.    menyediakan waktu untuk  
BERAMAL
kerana
Beramal itu Pangkal KEJAYAAN




 

3.    menyediakan waktu untuk 
MEMBACA
kerana
Membaca itu sumber HIKMAH




4.    menyediakan waktu untuk 
BERSENDA
kerana
bersenda itu akan membuat CERIA selalu




5.     menyediakan waktu untuk  
BERFIKIR
kerana
Berfikir itu Pokok KEMAJUAN




6.   menyediakan waktu untuk  
TERTAWA
kerana
Tertawa itu Muziknya JIWA





ERTI SEBUAH SENYUMAN

SENYUMAN
Pengubat Duka



Wajah menggambarkan emosi kita.Apa yang terpancar di raut wajah kita adalah tanda emosi kita ketika itu.

Sekiranya marah atau sebaliknya,kita tidak perlu menceritakan kepada sesiapa kerana ia akan jelas terpancar di raut wajah.
Jika kita sering mengekspresi bimbang dan runsing di wajah,kulit muka akan mudah berkedut terutama di sekitar mata,bibir dan juga dahi.


Jadi SENYUM selalu agar diri sentiasa ceria dan bahagia serta
AWET MUDA!!!






*** Sumber bahan bacaan Midi2009

DI DALAM HATI...


Di dalam HATI manusia ada kekusutan
dan  tidak akan terurai
KECUALI
Menerima kehendak ALLAH  S.W.T
Di dalam HATI manusia ada keganasan 
dan  tidak akan hilang
KECUALI
Berjinak dengan ALLAH S.W.T
Di dalam HATI manusia juga ada kesedihan,kegelisahan 
dan tidak akan tenang
KECUALI
Berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam HATI manusia ada penyesalan 
dan tidak akan padan
KECUALI
Redha dengan suruhan dan laranganNya
Serta  sentiasa menerima qada & qadarNya
Dan jua sentiasa sabar menemuiNya
Di dalam HATI manusia ada hajat 
dan tidak akan terbendung
KECUALI
Kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya.

Andai dunia & isinya diberikan kepada manusia...
masih tidak dapat lagi membendung hajat hati 
si hamba itu.

~  Indahnya Mutiara Kata Ibnu-Qayyum  ~





Tidak Seindah Yang DiPandang...


Di Mata ..



REALITINYA...




Di Mata ..






REALITINYA..


Di Mata..


REALITINYA..

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran