CETUSAN MINDA

...TIDAK Sesekali BERKIRA..




Mungkin kita pernah  merasa kecewa bila meminta pertolongan 
dengan seseorang dan orang yang kita harapkan tidak dapat 
membantu kita sedangkan bila orang tersebut 
meminta bantuan kita, 
dengan mudahnya kita akan
 menghulurkan
 bantuan. 


Andai kebaikan 
yang kita lakukan & dalam masa yang sama
kita mengharapkan balasan kebaikan 
dari oranglain kepada kita..

Menunjukkan kita masih  
TIDAK IKHLAS 
dengan apa yang kita lakukan itu.
Jadi..
Tidak sesekali kita berkira dalam apa jua kita usahakan..
Sebaliknya 
keikhlasan  itu penting dalam memperolehi
REDHA ILAHI.


 Ingatlah wahai diri...
Sentiasa juga cuma 

untuk memudahkan urusan oranglain biar dalam apa jua sekalipun...
INSYAALLAH
 Allah akan memudahkan segala urusan kita. 

Hatta jika kita berada dalam kesusahan pada tika itu, bantuan Allah akan datang tanpa diduga samada melalui orang lain ataupun melalui

 ilham yang dikurniakannya tanpa disangka-sangka. 



Sesungguhnya

DIA yang

MAHA ADIL..

Lagi

MAHA PENYAYANG..




- Peringatan Untuk Diri Ini .....-










4 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kitak sihat-sihat di sinun dan diberkati~Nya sentiasa...aamiin..:)

Begitulah kita sebagai hamba menempuh ujian pelbagai dan ujian yang seperti kitak nyatakan. Hendaknya kita menjauhkan diri mengharapkan balasan dari orang dari apa yang kita telah berbuat kepadanya.

Peringatan yang baik untuk kamek juak.

Terima kasih kitak..:)

sal said...

Assalam dear sis tinie..

keikhlasan penting apb kita memberi..keikhlasan membuahkan kemanisan dan kebahagiaan..

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum...
Keikhlasan yg kita harapkan dari manusia mmg agak sukar. Tapi cuba lihat apa yg Allah ikhlaskan utk kita. Tiada balasan pun Dia tak marah dan kecil hati.

Ibuhani said...

As salam Tinie......betul tu! IKHLAS x meminta imbuhan/balasan. Terima kasih mengingatkn...

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran