CETUSAN MINDA

...Badan BERASID??!..



Darah di dalam badan di katakan berasid apabila
kita mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid sekaligus 
pemicu terhadap masalah keasidan dalam badan atau 
dikenali sebagai  asidosis. 
Pengambilan dalam kuantiti yang banyak serta kondisi bahan 
makanan yang dimasak terlalu lama dan dalam keadaan tidak segar merupakan faktor utama asidosis ini.



CHECKLIST  TANDA-TANDA BADAN BERASID


 - Badan berasa lesu sehingga kekurangan tenaga & 
tidak berupaya melakukan aktiviti harian
- Kerap berasa sejuk
- Mudah mendapat jangkitan penyakit berjangkit
- Sering alami kemurungan,gemuruh & gelisah tanpa sebab
serta mudah tertekan
- Kehilangan motivasi & tidak bersemangat menerus kehidupan
( peringkat serius)
-Sakit kepala,muka pucat
- hiperaktif
   Masalah gigi : Gigi longgar/sensitif/
mudah retak/keradangan gusi/sakit saraf gigi
-Ulser mulut,air liur berasid,pecah-pecah di kiri kanan bibir
-Jangkitan berulang pada tekak & tonsil



-Mudah mengalir air mata,konjunktivitis
-Ulser perut,regurgitasi asid iaitu asid perut
mengalir ke dalam esofagus & mulut sehingga menimbul rasa masam & pahit di dalam mulut.
  
- Individu turut alami kekejangan otot &
kekejangan kaki
-masalah gatal-gatal di bahagian tubuh yang berpeluh
-Kulit kering
-rambut kusam,rambut gugur
- Kuku nipis,mudah patah 



ANTARA PENYAKIT DISEBABKAN 
ASID BADAN
  



Kanser Sel 
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal 
pada DNA pada sel yang menyebabkan pembahagian sel yang abnormal sekaligus  boleh menghasilkan sel kanser.
  Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin yang bertanggungjawab menukarkan gula berlebihan dalam darah kepada glikogen.
Darah Tinggi

Toksid berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Darah Rendah

Toksid berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

Penyakit Buah Pinggang

Pengumpulan toksid berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Osteoporosis

Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis di mana berlaku keporosan /kerapuhan tulang.

Gout

Toksid berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
Sembelit

Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

CONTOH PENGAMBILAN MAKANAN 
 BERASID-BERALKALI



 
 Sumber:
 Harmoni Oktober 2012



 

11 comments:

gadisBunga™ said...

kawan saya disahkan pregnant baru baru ni, tapi pada masa yang sama ada cyst sebesar 12cm dalam rahim dia.

saya cuma mampu nasihatkan dia supaya banyak makan makanan beralkali untuk ubah blood chemical dia. itu pun sebab saya dah banyak kali baca tentang keburukan acid dalam darah ni. Mudah-mudahan usaha ini berhasil. tunggu resul next checkup macam mana~

Abd Razak said...

Assalamualaikum.. :)

Moga kitak sihat hendaknya dengan izin~Nya...aamiin

Banyak dari makanan kita menghasilkan asid kan. Barangkali kamek tok banyak juga mengambil makanan yang menghasilkan asid kerana sering pecah-pecah dalam mulut. Lepas tok kena berjaga-jaga agar tidak memakan makanan yang kandungan asidnya tinggi.

Terima kasih kitak atas info tok, sangat manfaat..:-)

P/S : Takut juak lepas tok berat badan naik coz macam-macam hidangan orang KB utk kamek seperti nasi dagang, laksam, nasi kerabu, budu, maggie ketam and so on. Kitak mesti lebih tauk...:):)

❤Kamsiah❤ said...

salam
tq tini...info yg sangat membantu utk menentukan pilihan makanan

etuza said...

terima kasih info, kalau rasa mual dan macam nak muntah tu kenapa?, kadang2 terhidu bau busuk pun saya rasa nak muntah, selain itu, bau cempadak durian semua macam sumbat hidung saya lah ...tak selesa ni. adakah itu tanda badan berasid juga ke?
tq ke laman pesona

Nur-nba said...

Terima kasih dengan info ni.. Rasanya Nur kena banyakkan makan sayur dan buah..

Pn Kartini said...

To my dear dik GB:)

ermm..cam pakar perubatan GB kita yaa:)
Baguslah tu..nasihat seorang teman:)
Akak dulu pun ada juga cyst masa pregnant ank sulung..kata doktor,biasa camtu,..kdg ia mengecil sendiri kdg ia membesar..
Pe2..mmg kena jaga pemakanan
:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikumusalam:)

Mmg biasa kita dgr jaga pemakanan..tapi biasalah kan..bila dah depan mata..semua sik ingat..pantang nampak bahh..:)

p/s:
Sik hal..sekali sekala..mun ktk rajin exercise,insyaAllah..lepas2 tukk kena dietlah ktk..:)

Pn Kartini said...

To my dear Sis Kamsiah:)
Salam kak:)
Sama2..bak omputih cakap
Sharing is Caring!
:)

Pn Kartini said...

To Cikgu Etuza:)
Sama2..:)
ermm..tu kenalah tanya doktor tu..:)
Pernah juga dgr..kdg2 kita rasa loya,mungkin juga banyak angin dlm badan..
atau mungkin juga byk asid kann..yg menyebabkan byk gas toksid dihasilkan...
Harap benarlah hipotesis saya ni..hehe

Pn Kartini said...

To my dear dik Nur:)

Sama2 kasih dear:)
Betul tu..sayur dan buah mmg elok utk kita semua kann..:)

Anonymous said...

Mohon share di FB :) terima kasih

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran