CETUSAN MINDA

..NYAH-TOKSIN..



Nyah-Toksin atau Detoks
adalah satu cara untuk menyingkirkan toksin atau racun
dari dalam tubuh.




Antara buah yang boleh diguna untuk tujuan 
penyingkiran toksin dalam badan ini
adalah seperti  :



BUAH  LIMAU

 Kandungan banyak Vitamin C & merupakan antioksidan kuat
yang mampu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya ,
mencegah penuaan awal,mengurangi risiko kanser,
penyakit jantung serta meningkat penyerapan zat besi.

 Lemon merupakan buah pembersih paling baik kerana
kandungan astringen & antiseptiknya merangsang fungsi 
hati & hempedu.
Segelas air panas & perahan lemon segar
adalah cara paling baik untuk memulakan usaha detoks.




EPAL


 Kandungan asid malat & asid tartaric di dalam epal
berperanan meningkatkan kerja 
sistem pencernaan & membersihkan hati.
Kandungan pektin yang tinggi akan mengikat logam berat selain menyediakan energi yang stabil dengan kandungan fruktosanya.



ANGGUR



 Pir membantu mempercantikkan kulit & membuat 
rambut berkilau.
Ia juga berperanan sebagai ubat diuretik iaitu
pendorong penghasilan air kencing
sekaligus akan membantu pembuangan urea/toksin
melalui air kencing.



ANGGUR


Anggur dikatakan dapat meringankan sembelit dan membantu
mengatasi masalah ginjal,hati,sistem pencernaan serta kulit.
Anggur paling baik untuk tujuan detoks 
adalah anggur merah.



MANGGA


Mangga dengan isinya yang lembut serta harum
dipercayai mampu membersihkan darah.
Ia juga baik untuk sistem ginjal &
pencernaan.



Sumber : 
Mingguan Wanita-Info Sihat



~ Sharing Is Caring ~
:)




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran