ALLAH jadikan malam itu bersebab....GELAP-GELITA!
Sepertimana firman ALLAH:
" Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang
untuk keluar mencari rezeki"
(Al-Furqan 25:47)
Penemuan Sains perubatan terhadap
TIDUR di dalam GELAP AMAT MENAKJUBKAN.
Rasulullah pernah bersabda:
"Janganlah kamu membiarkan api menyala ketika kamu tidur"
MENGAPA PERLU BERGELAP?
- Yang membuat kita TIDUR ialah pertukaran paras hormon melatonin
yang beredar di dalam tubuh kita.
Pada siang hari,cahaya merangsang bahagian otak untuk memberitahu
kelenjar pineal supaya mengurangkan paras melatonin apabila cahaya siang menjelma dan meningkatkannya pula pada sebelah malam apabila cahaya padam.
Maka dengan menjadikan malam kita 'amat gelap',
kita dapat memperbaiki kualiti TIDUR.
Kalenjar pineal ialah kalenjar kecil di dalam otak yang dapat mengesan terang atau gelap untuk menghasilkan melatonin. Kalenjar ini memerlukan kegelapan untuk menghasilkan melatonin iaitu hormon yang akan 'memberitahu' tubuh kita bahawa sudah tiba masanya untuk tidur dan ia juga dikatakan salah satu daripada antioksida tubuh yang paling berkuasa!
APA JADI JIKA KEKURANGAN MELATONIN?
Jika Kekurangan MELATONIN -Kita lebih mudah mengalami gangguan tidur,lesu,depresi dan pelbagai jenis penyakit yang melemahkan sistem-sistem lain di dalam tubuh.
Penurunan paras melatonin merupakan juga penyebab pertumbuhan & pembiakan sel-sel kanser payudara.
Kajian ini menjelaskan mengapa kanser payudara lima kali ganda lebih mudah ditemui di kalangan penduduk di negara membangun & perindustrian berbanding penduduk negara kurang maju!
( Kajian ini disiarkan di dalam makalah
Penyelidikan Kanser terbitan Disember 2005)
MANFAAT MELATONIN :
- PENAWAR kepada pencemaran yang masuk ke dalam tubuh
seperti asap /bahan kimia
- Menyokong KESIHATAN JANTUNG.Paras melatonin yang rendah lazimnya di kalangan pesakit koronari jantung.
-Tidur amat membantu MENCANTIKKAN KULIT dan menaikkan
SERI WAJAH jika pada setiap malam anda mendapat
melatonin secukupnya.
- Membantu MERENDAHKAN TEKANAN DARAH.
Salah satu sebab mengapa tekanan darah selalunya rendah
pada waktu malam adalah berkait rapat dengan paras melatonin.
Kajian mendapati,hormon ini membantu merendahkan tekanan darah tinggi bagi pesakit darah tinggi.
Maka dengan TIDUR dalam gelap gelita adalag cara TERBAIK meningkatkan paras melatonin secara semulajadi.
- PERTUMBUHAN RAMBUT.
Melatonin dipercayai membantu menumbuhkan rambut.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Friedrich Schiller,Jerman mendapati hormon ini dapat meningkatkan pertumbuhan rambut di kalangan wanita yang mengalami masalah rambut gugur.
- MELEGAKAN MIGRAIN & SAKIT KEPALA
Beberapa kajian terhadap orang yang kerap mengalami migrain
dan sakit kepala adalah disebabkan mereka mempunyai
paras melatonin yang kurang.
- Sesungguhnya TIDUR di dalam GELAP itu Sunnah..
Baginda Rasul lebih 1,400 tahun dahulu telah mengetahui
manfaat kegelapan ini...
Maka itulah Baginda menyuruh umatnya
TIDUR di dalam GELAP -
Sumber : Bahan Bacaan Anis Bil 178/Jun 2012