CETUSAN MINDA

Sejarah Azan..



Azan mula diamalkan oleh orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari & Muslim daripada Ibn Umar r.a : Pada mulanya ketika orang Islam berhijrah ke Madinah,
mereka berkumpul & menunggu untuk mengerjakan solat.Ketika itu,
tidak ada orang yang menyeru(melaungkan azan) untuk menunaikannya.
Pada suatu hari,
Nabi Muhammad SAW telah mengumpul para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat 
serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu,terdapat beberapa cadangan.
Ada yang mencadangkan dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat.
Ada yang mencadangkan ditiup serunai atau trompet,
Ada yang mencadangkan dibunyikan loceng.
Semua usul diajukan ini ditolak oleh Rasulullah SAW.


Umar bin Al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan :
"Telah datang waktu solat"
Cadangan ini diterima oleh Rasulullah SAW tetapi Baginda 
menukarkan lafaz itu dengan lafaz
"assolata jami'ah" yang bererti "marilah solat berjemaah".

Pada suatu malam,
Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk
menyeru orang ramai bersolat iaitu dengan mengumandangkan lafaz
Allahu Akhbar.....(dan seterusnya lafaz-lafaz azan)



Pada pagi harinya,Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah SAW
& Baginda berkata :
"Mimpimu itu mimpi yang benar dan
lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. "

Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan
kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. 
(Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)



Apabila Bilal bin Rabah melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, 
Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, 
Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang 
Abdullah Bin Zaid bermimpi. 




Olahan sumber : 
Bahan Bacaan Ensiklopedia Solat





20 comments:

kakcik said...

Assalamu'alaikum Adikku Tinie...

telah dilaung pun, masih ada yang tidak mendengar. Sedih kan?

sal said...

Assalamualaikum adikku Tinie..
terimakasih di atas info tuh..
klu dengar bunyi Azan seboleh2nya kita dengar dulu.. habis baru sambung kerja..berkat yee

Abd Razak said...

Assalamualaikum..:)

Moga kitak sentiasa dalam kebaikan, keberkatan dan kesejahteraan kurniaan Allah Taala serta kesihatan yang memuaskan..amin

Begitu tinggi kedudukkan perintah Solat di sisi Allah SWT sehinggakan dilaungkan azan sebagai tanda masuknya setiap waktu solat dan peringatan buat umat Nabi Muhammad s.a.w.

Dan menurut pendapat yang sahih dari 'Ulama Syafii dan Hambali, azan berserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi imam. Dalilnya Allah berfirman, "Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih. [Surah al-Fussilat 41:33]

Aisyah berkata, "Mereka yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah tukang azan."

P/S : Terima kasih kitak...panjang juak kamek komen tok..:):)

Afida Anuar said...

Thanks kak sudi share cerita pasal sejarah azan ni, ...

seelok2nya, lepas dengar dan menjawab azan, kita terus mengerjakan solat. Amalan yang paling baik ialah mengerjakan solat di awal waktu..ayuh!

IMANSHAH said...

Salam

Ayah saya dulu bilal, dan saya selalu jadi bilal

Acik Erna said...

assalam tini..sama macama imanshah..tapi ayah akak merangkap semua..bilal..imam siak..ye la kan..dulu masjid kampung..

zino said...

erna
dah jadi imam pun orang panggil bilal juga...

DrSam said...

assalamualaikum kak. terimakasih berkongsi sejarah asal usul azan. semoga kita semua terutama saya mengambil berat dan terus bangkit apabila sahaja terdengar seruan tersebut.

Zaitun said...

Terima kasih atas info.

Rindu nak dengar azan yang dilaungkan anak kak Zai.

luahfikiran said...

SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

Pn Kartini said...

To my lovely sis..KakCikS:)

Waalaikumusalam Kakciks..

Memang sedih kan kakciks..
seMoga mereka yang mensia2kan laungan azan ..kan menerima hidayahNya....InsyaAlah..

:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)
Waalaikumusalam kak:)

Aa'ah kan..mendgr & menghayati azan..juga diberikannYa pahala keberkatanNya..
:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaiakumusalam:)

Moga ktk diberikan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu..Amin:)

Kiranya komen ktk tukk..penambahan isi utk n3 kmk tukk..
Thanks utk kitak juak yaa..:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

InsyaAllah..:)
Moga 2012 bisa menjadikan kita lebih cakna akan masuknya waktu solat & sekaligus mensegerakannya...moga dilimpahi keberkatanNya ...InsyaAllah..:)

Pn Kartini said...

To Mr ImanShah:)

Salam :)

Alhamdulillah...
Bak pepatah melayu kata..
Mana nak tumpahkan kuah..kalau bukan ke nasinya..Alhamdulillah..bakat arwah ayahanda diwarisi anakanda yang soleh...:)

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Erna:)

salam kak erna:)

Alhamdulillah...
Tak kisahlah kan kak..kiranya satu anugerah diberikanNya buat ayahnda akak kan...:)Syukur

Pn Kartini said...

To Mr Zino:)

Tak kisahlah kan..
kiranya bilal atau imam..cam sinonim jee..:)

Pn Kartini said...

To Dr SAm:)

Waalaikumusalam:)
InsyaAllah...sama2 kita perbaiki kelemahan yang ada..dan cuba perbaiki kebiasaan diri..agar lebih bersegera menunuaikan kewajipan padaNya..InsyaAllah..:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Zai:)

InsyaAllah..sesekali berkumpul nanti..biar ank akak yang azankan yaa..:)Sejuk hati makbondanya...MasyaaLLAH..:)

Pn Kartini said...

tO dATO' LF:)

Salam :)

Selamat Tahun Baru 2012..buat dato' sekeluarga..:)dan utk Datin..moga beliau diberikan kesembuhan ..Amin..:)

Tksh yaa beri ucapan Tahun baru..:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran