CETUSAN MINDA

IKHLAS...



Sabda Rasulullah s.a.w,
 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu.
" Dengan ini jelas Allah melihat hati manusia untuk menilai 
dan menentukan amal ibadat yang sebenarnya.

Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan.
Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di dalamnya
maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan
tidak diterima. 

Imam Ghazali ada berkata :  

"Manusia semuanya mati kecuali
yang masih hidup adalah orang yang berilmu tetapi umumnya
orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali
yang jaga adalah orang yang berilmu dan beramal. 
Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya
kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas 
tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada di dalam keadaan 
yang amat sulit ibarat 
telur di hujung tanduk"



Rumusannya..

Keikhlasan serta kejujuran merupakan landasan yang kukuh di atas mana-mana orang yang melaksanakan bermacam-macam amal 
dan tugas kebaikan .Sifat keikhlasan itulah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak keluar dari hati yang ikhlas nescaya
tidak menghasilkan buah bahkan mungkin akan merugikan 
kepada diri sendiri dan yang pasti
tidak menghasilkan pahala di sisi Allah. 




30 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Moga Allah kurniakan kitak kesihatan yang baik serta sentiasa dalam perhatian dan perlindungan Allah Taala..:)

Sesungguhnya, pekerja yang amanah dan meletakkan syariat Islam sebagai pegangan semasa bekerja akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Sabda Rasullullah s.a.w.: "Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).

Wallahu'alam..:):)

P/S : Selamat bercuti kitak..:)

Afida Anuar said...

Ohh, hampir terlupa hari ni hari pekerja. Terlampau sibuk la kononnya di kampung. Itu la kak.. kadang-kadang hati berbolak balik. Ada hari ikhlas sungguh-sungguh buat kerja. Ada hari, yang tak sungguh-sungguh...maksud saya kerja tu tetap buat, tapi orang kata sekadar siap, tak enjoy.. tak ikhlas ke? syaitan ramai sangat duk goda gamaknya...

Apa pun, selamat bercuti buat my dear kak tinie sekeluarga...

Acik Erna said...

assalam tini..semoga keikhlasan kita akan membawa keberkatan..

Cikli said...

selamat hari pekerja

nba-Nur said...

Assalamualaikum Kak Kartini. Selamat Hari Pekerja buat akak.. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak2 murid. Besar pahalanya andai kita ikhlas dalam setiap perbuatan.

p/s: Apa aktiviti akak waktu cuti ni?

ieda said...

selamat hari pekerja kak ..
semoga kita semua amanah menjalankan tanggungjawab kita :)

nur said...

AsSalam Pn Kartini,
Jenjalan di hari cuti umum.. salam kenal ya..
Sama2 kita luruskan niat InsyaAllah beroleh ganjaran pahala di sisi Allah..amenn

nyanyisunyi said...

Assalam dear Tinie..
bila hati ikhlas menunaikan tanggungjawab pada pekerjaan insyallah pasti tidak timbul rasa terpaksa atau dipaksa...insyallah rezeki yg diperolehi dari hasil kerja2 kita ini pasti halal dan diberkati..

"selamat hari pekerja buat semua"

sal said...

Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan.
Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di dalamnya
maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan
tidak diterima...

cantiknya ayat..I LIKE..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikumusalam:)

Semoga kitak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu..:)

Tksh utk peringatan 4 perkara tuk:
Jaga amanah- bercakap benar-berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)
:)

tksh kitak:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

Tu diaaaaa..mesti agenda penuh nii..:):):)seronok sakan ya..:)
tulah kan..agaknya iman masih lum mantapkan..hati berbolak balik..semangat turun naik..aduhaii..

Anyway..kita cuba apa yang terdaya k..;)
Selamat Becuti2an dear!!!

Tinaz said...

My dear tinie, salam alaik..:)

Happy Labour Day..

Resting far away with students out of the town with no coverage means of communication...balik rasa segar.

Pn Kartini said...

To my dear Kak Erna:)

Waalaikumusalam sis:)

InsyaAllah kak..
cuba apa yang terbaik selagi termampu kan..:)

Pn Kartini said...

To Mr CikLi:)

Selamat Hari Pekerja juga..:)
tq yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear nba_Nur:)

Waalaikumusalam dear:)
InsyaAllah ...
Bila ada keikhlasan..semmgnya ada keberkatanNya..
Moga dgn keberkatan itu..bisa memberi kejayaan anak2 didik yang cemerlang:)

p/s: Aktiviti akak pe yaa...
tak g mana2 pun dear..santai2
kat umh jekk;)

Pn Kartini said...

To my dear dik ieda:)

Selamat hari pekerja:)
InsyaAllah..itu sebahagian t/jwb utk memikul amanah yang diberi:)

Pn Kartini said...

To my dear Puan Nur..:)

Waalaikumusalam :)
Tksh sudi follow & tinggalkan komen di sini:):)

INsyaAllah..bila niat hanya kernaNYa pasti ada keberkatan..& InsyaAllah..pasti ada sinarnya..:)

tq yaa

Pn Kartini said...

To my dear Sis Idalara:)

Waalaikumusalam kak..
Selamat bercuti2an kak:

Dalam bekerja..kdg2 tugas sampingan yang bukan dalam konteks sepatutnya terkdg menggugat semangat dan fokus ..namun InsyaAlllah..selagi termampu buat apa yg terdaya..kita cuba laksanakan..InsyaAllah..Dia permudahkan segalanya...:):)

tq sis:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)

Assalamualaikum kak..:)

MOga akak sentiasa dirahmatiNya & sihat2 di sana:)

Sebegitulah keberkatan dari satu keikhlasan dalam segala tindak tanduk kita kan kak..:)

Dalam apa jua...semua akan bermakna bila ikhlas sentiasa ada:)

Pn Kartini said...

To my dear friend Tinaz:)

Assalamulaaikum :)

Aiksss!!Ingat bila dah hari pekerja..1 Mei..semua santai bercuti2an di umah...
NI tidak..siap dgn students lagi yaaa di 'hutan rimba yaa'hehehe.....memang komited dgn t/jwb dan amanah!!Bravoooo!!!;)

Yang penting.....segar minda..ok what!;)

DrSam said...

Assalamualaikum. Nak jadi antara yang Muhkhlisin ni memang payah tapi tidak mustahil. Jadi sama-sama kita doakan agar kita diberi kekuatan dan hati yang bersih untuk berada di dalam golongan tersebut.

Selamat bercuti dan beristirehat bersama keluarga tersayang.

ibuintan said...

Assalamualaikum Tinie,

slamat menyambung cuti

memang susah untuk kita benar2 ikhlas dalam kerja2 yg kita lakukan, ada saja godaan dan hasutan yg mendatang

Zaitun said...

Agak susah untuk menanamkan sifat ikhlas setiap masa dan setiap apa yang dilakukan sebab terlalu banyak godaan.

Pn Kartini said...

To Dr Sam:)

Waalaikumusalam:)

InsyaAllah..biarpun hati manusia yang sering berbolakbalik..namun andai sentiasa membimbing jiwa dan hati agar sentiasa dalam keikhlasan..tidak mustahil kan..InsyaAllah..:):):)PadaNYa jua kita berserah..

Selamat bercuti2an juga..:)
tq ya

Pn Kartini said...

To my dear IbuIntan:)

Waalaikumsualam kak..:)
Syukur yaa Azim dah sembuh tuu...baru nampak ceria akak yaa.;)

lemahnya iman...sentiasa teruji dgn godaan yng memaling keikhlasan yang sebenar2nya...

Pn Kartini said...

To my dear Kak Zai:)

Assalamualaikum kak:)

InsyaAllah..selagi ada keazaman dan kekuatan diri..kita cuba membimbing dan memujuk hati dan diri agar keikhlasan utuh di sanubari...InsyaAllah..:):)

MOga akak sihat2 di sana yaa:)

Adinda Amy Sensei said...

selamat hari pekerja buat akak.....akak apa khabar...lama tak komen sini...moga akak sihat dan bahagia selalu di sana...

maiyah said...

assalam..

hti kita akan lapang kalau sntiasa dlm keikhlasan wlau situasi apapun ;)

Pn Kartini said...

To my lovely Amy:)

Assalamualaikum my dear..:)
Biarpun jauh..biarpun lama tidak berkunjungan...moga ingatan itu tetap ada..:):)
Tksh dear..sudi jenguk akak kat sini..:)Take care yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear Maiyah:)

Waalaaikumusalam:)

Begitulah indahnya andai ia benar2 ikhlas..:):)

Moga Maiyah ceria2 selalu di sana;)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran