CETUSAN MINDA

Apa kes???..

Apa kes ???

Untuk n3 kali ni
Bukan nak cakap pasal kes di bawah ni..


 BLOGGER IS CURRENTLY UNAVAILBLE !!
Uhhh!!
(Sebab problem di atas lee.....ada komen-komen melenyap hilang entah ke mana untuk 
n3 lepas mahupun komen2 yang dah dibalaspun dalam n3 lepas-lepas
mengalami  nasib yang sama!!
GGrrrrrrrr!!
Untuk ini....mohon maaf yaa! )

Sebenarnya n3 ni ditaip...
selepas baca insiden lam  paper hari ni..


Pemuda Disimbah Sebaldi Asid- lelaki di depan muka pintu -1 pagi -50% tubuh& muka cedera- 
hubungan cinta cemburu/dendam- kemungkinan buta-siasatan dijalankan
:
:
Beginilah yaa manusia akhir zaman
Kerana dendam ,cemburu  & hasad dengki
Manusia hilang pertimbangan...
Bila dendam membuak2 tanpa dikawal
Pastinya menjadi lebih parah 
Kalau tidak masakan kes di atas & juga dibawah ni berlaku yaaa

( e-mail dari adinda!!..baru baca semalam!....)
:
:
-Lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.
-3 wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian
berasingan di sekitar Brickfields. 

- Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya

- Artikel penuh: Disini


Susulan Serangan Asid juga.. 
Dalam paper hari ni


......cam dah jadi " serangan asid bersiri' nii!...

Baru terbaca di blog CMelor 
Ada lakaran wajah suspek  psiko tuu...





Apa keslah yaa
Cam trendlah pula..
Dulu-dulu....kes sembelih menyembelih
Tak kurang juga..tembak menembak
Bunuh -membunuh...
Kali ni..
Simbah Menyimbah Asid lakk!!!

Harap-harap...berita yang dipaparkan tidak mempengaruhi
anak-anak didik  di sekolah...
Al-maklumlah dalam eksperimen sains ada juga yang menggunakan asid-asid nii!!
Kalau tak...
pastinya kes lagi haru -biru lakk!!
Aduhaiii...
:(
:
:
:
:
:
DOA KESELAMATAN DIRI & KELUARGA


إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،

وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya : 
Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.




Kelebihan Doa

Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a 
dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal 
bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa 
kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.
Abu Darda menafikannya.
Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi 
sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.
Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.
Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar 
Nabi s.a.w bersabda: 
“Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”. 
(Petikan doa dari laman Darussyifa')




16 comments:

Norsha said...

Salam,
hanya kepada Allah kita mohon segala perlindungan dan pertolongan, moga dipelihara olehNya selalu dan semoga penjenayah itu dapat ditangkap tak lama lagi...geram juga baca kisah ini, yang tak bersalah jadi mangsa...

Yan said...

Pening kan bila blog buat hal..tak tentu hala jdnya..

mudah2an kita semua di bawah lindungan ALLAH semuanya.

Afida Anuar said...

Tu la kak...ada entry hilang, ada komen hilang. Sabor je la. Layan je la apabila sekali sekala blogspot buat hal.. he he

Macam-macam hal kat Malaysia skrg ni. Manusia yang tak berdosa jadi mangsa.. Allahuakbar, moga2 Allah melindungi kita semua dari niat jahat manusia2 ni..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Moga kitak dikurniakan Allah Taala kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..:)

Blog kamek pun ada juak komen yang hilang tapi sik apalah. Harap yang dah beri komen tu tidak berkecil hati kerana melihat komennya hilang. Bukan disengajakan.

Macam-macam kemungkaran berlaku sekarang ni kan! Moga kita semua terhindar dari bencana dan musibah.

Thanks untuk doa tu, kitak! :):)

ibuintan said...

assalamualaikum Tinie,

13 Mei... blogspot pun pandai jugak pilih tarikh tuk buat hal... kan

banyak jugak komen hilang

tu lah ... rasanya semua perkara sekarang ni berlakunya bermusim, dari penyakit, buah-buahan sampailah ke benda lain... kalau dah berlaku satu perkara mesti ada pulak turutannya

manusia mudah hilang pertimbangan dan akal juga mudah dikuasai nafsu, maka terjadilah benda2 yang tidak sepatutnya begini.. moga keluarga kita terhindar dari manusia yg berniat jahat begini

trima kasih berkongsi doa di atas

Kunang-Kunang said...

Terima kasih kongsikan doa keselamatan tu.

Heranlah sekarang ni manusia dah jadi teruk, kesian orang tak berdosa jadi mangsa.

Semoga sis tinie sekeluarga berada dalam keadaan sihat adanya.

Mohamad said...

Ada orang terasa sangat puas bila dendam terbalas walaupun membinasakan diri sendiri... dan tidak kurang juga yang menyesal setelah api kemarahan terpadam...

ieda said...

aduhhh kak .. dunia dah akhir zaman .. manusia hiang pertimbangan .. harap kita x jadi mcm tuu huhuhu

Pn Kartini said...

To my dear NorSha:)

Waalaikummusalam:)

Sama2 kita mohon perlindungan dariNya..Dijauhi segala kejahatan!
Moga suspek psiko berjaya diberkas !

Pn Kartini said...

To my dear Sis Yan.:)

hehehe...mula2 suspen juga..manalah tahu kut blog kita sorang yang tak leh bukak...rupanya semua alami nasib yg sama ekk..:):)

Sama2 kita didoakan yang terbaik..InsyaAllah..dilindungiNya.

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

Assalamualaikum dear:)

Sesekali dia org suruh kita rehat2 diri jap dari berblog tuuu..:):)

Tulah kan...
Ini lee gamaknya Malaysia Boleh!!!
Macam2 halllllllllllllll....
Moga dijauhi segala perkara tdk diingini ini...Amin

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikummusalam:)

Moga ktk sihat2 juak di sinun:)

Begitu jauhnya tersasar dari normal kehidupan ...berkelakuan di luar batasan...semua kerna dendam dan irihati....!:(

Moga dilindungiNya selalu....

Pn Kartini said...

To my dear IbuIntan:)

Waalaikumusalam kak:)

aa;ahh kann..tak perasan lakk..
Harap2 lepas2 niii...tak berulang lagi buat halnya!

Apa yang mampu kita buat..
hanya doa padaNya agar dilindungiNya selalu....
InsyaAllah kan kak..:)

Tq juga utk akak:)

Pn Kartini said...

To my lovely kak Ani

Moga akak sentiasa dilindungiNya dan dianugerahkan kesiahtan yang baik bersama famili tersayang:)

Memang bimbang dan ngeri itu ada
bila terbaca kisah2 yang pelik nii..dosa dibuat sewenang2nya!:(

Pn Kartini said...

To Ckg Mohamad:)

...walau apa jua yang dirasa..
dosa pasti kan menyelubungi dalam diri...
moga diberi kesempatan utk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar!

Pn Kartini said...

To my dear dik ieda:)

Menakutkan yaa..
Macam2 hal berlaku...
Betapa manusia hilang kewarasan dek hasad dengki,cemburu dan dendam..

Moga kita dijauhi segala kejahatan ini...AMin...

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran