CETUSAN MINDA

....Walau Tidak Selamanya Muda.....


 Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang..
Kiranya kita tidak selamanya muda..! 
Namun ada tips yang biasa kita baca atau dengar iaitu
kaedah melambatkan proses penuaan...
Bukan dimaksudkan dengan apa2 pembedahan ..maupun apa2 suntikan
Namun secara mengamalkan gaya hidup yang sihat!
:
:
:
:

TIPS  MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Tips 1

Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.


Tips 2

Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.


Tips 3
Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. 
Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk & 
dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

Tips 4
 
Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. 
Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

Tips 5
  Untuk menguatkan daya ingatan, 
amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
Selain menajamkan fikiran,
dengan pengambilan air yang mencukupi boleh menjadikan kulit lebih cantik!
Sememangnya  kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air.

 Tips 6
 Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

Tips 7

Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. 
Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. 
Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai . Jika tidak pasti,  bolehlah bertanya kepada ahli farmasi ataupun  pakar kulit. 
Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari 
(dan jam 10 pagi hingga 3 petang) 
dan keadaan alam sekitan yang tercemar.

    Semoga mendapat manfaat.

    LISTEN TO QURAN

    Listen to Quran