CETUSAN MINDA

...Keistimewaan Surah Al-Kahfi..



Hadith Rasulullah S.A.W bermaksud :

Daripada al-Barra r.a katanya : 
“ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. 
Lalu Rasulullah SAW bersabda :
“ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi .

Huraian:

Dalam surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidir dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.

Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surah ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat

Wallahu 'alam....

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
                                  "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, 
                           maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.
                                                   Untuknya cahaya dihari kiamat dan
                                     diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)




* Sumber  : Kiriman e-mail drp sahabat....
Tq...:)

8 comments:

Abd Razak said...

Salam..:):)

Saya tambah ya..Kelebihan membaca surah al-Kahfi ialah terpelihara dari penipuan dan penyesatan dajjal. Dajjal dan kuncu-kuncunya mempromosikan syurganya yang membawa ke Neraka Jahannam.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir akan terpelihara dari fitnah dajjal. Sesiapa yang berjumpa dengan dajjal bacalah awal surah al-Kahfi. Sesiapa yang hafaz 10 ayat terpelihara dari dajjal sesiapa yang menghafaz seluruhnya akan masuk syurga.” (HR Muslim)

Moga kitak sihat..:):)

ikan emas said...

terima kasih kpd pn tini n us razak jg..

maiyah said...

satu lg ilmu yg dpt beri kekuatan.. makasih..

arryani said...

tak rugi saya singgah sini..mmg bermanfaat...trima ksih.

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak..:)

Salam..:)
Tksh atas penambahan yg berguna utk perkongsiaan pada semua..yang semmgnya byk memberi manfaatnya..
Semoga kitak sentiasa dirahmatiNya selalu..:):):):)

Tq kitak..
Moga sht2 juak ktk di sinun:)

Pn Kartini said...

To ikan emas:)

Sama2 kasih dear..:):)Take care yaa..:)

Pn Kartini said...

To my dear Maiyah:)

Semmgnya ilmu itu indah..:):)
Moga Maiyah sihat2 selalu di sana..:):)

Pn Kartini said...

To my dear Arryani..:)

Tksh sudi singgah ke sini..Semoga masih ada kesempatan lain di masa akan datang..:):)
Tq yaa

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran