Uban Mengikut Fakta Sains :
Rambut yang tumbuh itu terhasil melalui dua bahagian, iaitu batang rambut dan akar rambut. Batang atau urat rambut jelas dilihat di kepala, yang memaparkan struktur dan warna rambut. Manakala akar rambut tidak kelihatan kerana terletak di dalam kulit kepala. Akar setiap rambut dikelilingi tiub tisu di bawah kulit yang dikenal sebagai folikel rambut. Setiap folikel rambut mengandungi beberapa bilangan sel pigmen yang menghasilkan bahan kimia melanin. Bahan kimia inilah yang menentukan warna rambut sama ada coklat, perang, merah dan sebagainya. Setiap jenis melanin menghasilkan warna yang berbeza. Eumalinin menjadikan rambut berwarna coklat atau hitam. Pheomelanin pula menyebabkan rambut berwarna kekuningan atau merah.Uban Dalam Islam :
Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.
Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah -yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban- dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan : “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)
Walau apa pun jua, seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut). Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan: [1] Allah akan mencatatnya kebaikan, [2] dan menghapuskan kesalahan serta [3] akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.