CETUSAN MINDA

...Hati Nan Lara..

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati :


1. Pemarah 
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 
(sapa nak dekat kalau asyik nak marah aje ...bawak2lah senyum.. 
tentu org tak takut nak dekat)

2. Pendendam 
Ia tersembunyi  ibaratkan mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. ( dendam kesumat...aduhaiii..)


3. Hasad dengki 
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 
(tak elok dengki mendengki)

 
4. Bakhil 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. 
(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
:
:
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
 

5. Tamak 
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga. ( lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-bayang)

Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

 
6. Tidak sabar 
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnya banyak kerja.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja....:p)
 
7. Ego 
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. 
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

 
8. Riak
 Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn apa yg kita ada(harta, ilmu amal dll)

 
9. Cinta dunia 
Tidak dapat.... menderita, bila dapat pun masih juga menderita.... kerana bila sudah dapat harta kekayaan,susah pula menjaganya. 
Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah
:
:
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,
kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya 
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
 ** Kiriman email teman...Tq:)

Untuk peringatan diri ini jua...

10 comments:

Abd Razak said...

Salam..:):):)

Hilangkan sifat-sifat mazmummah..InsyAllah terpancarlah sifat-sifat Mahmudah (terpuji)

Jadikan wasiat dari Baginda Rasulullah s.a.w buat pedoman dan panduan, yang ditinggalkan buat ummatnya di akhir zaman tidak akan tersesat selama-lamanya selagi berpegang pada dua ( KitabAllah dan Sunnahnya )..

Moga kitak sihat...:)

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Tinie,

Semoga kita dapat memperbaiki diri dan dapat menjauhi sifat2 mazmumah ni dari kehidupan kita.

hazeleyed lady said...

Ass-salam dear Tinie
Sama sama kita berdoa agar dijauhi sifat sifat keji mazmumah ini.

Sejahtera selalu adanya...

Afida Anuar said...

Salam kak tinie...insyaAllah, akan cuba ikuti..

tapi part yang maintain vogue walaupun kerja bertimbun atas meja tu...hehe lawak la...kalau fida, tak boleh nak vogue, mesti kalut, lagilah kalau due dah dekat..huhu..

apa pun thanks akak atas perkongsian yang murni ni;)

kak Erna said...

salam tinie..akak tak tau la..kat mana tinie dapat ni..tapi..sungguh akak berminat..dah terima kasih banyak buat tinie..kerana sudi kongsi ilmu...

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak..:)

Masih memperbaiki diri ..
Moga Dia mempermudahkannya...
Tksh utk peringatan kitak..
Semoga Allah sentiasa merahmati ktk...

Moga ktk sihat di sinun..:)

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Ani..;):)

Mudah2an sis..Semoga sentiasa dibukakan hati utk terus mencari keberkatanNya..:)

**..agaknya mesti akak baru balik dari Langkawi niii..:):):)

Pn Kartini said...

To my lovely Sis hazeleyed..:)
InsyaAllah..:)
betapa bahagianya andai diri kita sesempurna manusia..namun ia mustahilkan???:):):)

Moga akak sihat..:)

Pn Kartini said...

Salam my dear Dik Fida..:):)
heheheh...tk pe dear..
kalut2 jugakk..tp bab2 vogue tu..mantainnnnn..:):aduhaiii

Pe2 tq utk kawan k tini juga ats perkongsiaan ilmu ini,
Take care dear!!

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Erna..:):)

Salam sis.,.,.
Teman tini yang emailkan,,
agar sama2 dapat manfaatnya..

pe2 thanks sis..:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran