CETUSAN MINDA

..Panas Di Dunia..



Pagi tadi bercakap dengan teman
Dua tiga menjak ni asyik merasa panas..
Berpeluh dibuatnya...
Nak kata metabolisme tinggi...takkanlah kut..
(..walaupun semmgnya memang  mengharap ia sebegitu..aduhaii...
kiranya cepatlah jugak pembakaran kalori dalam badan ni...!!!)
Terfikir juga ...
panas di dunia dah kita mengeluh..
& bagi yang tak tahan mungkin terus order aircondnya...
& bagi yang dah ada..nyaman jekk bila 'meng-aircondkan' diri...
tak ke gitu..:):)

Untuk n3 kali ini..
terlanjur berbicara tentang panasnya cuaca di dunia..
(mungkin jua tahap global warming meningkat lantaran pencemaran udaranya!!)
Maka terpanggil utk kita renungkan diri kita
betapa panasnya 'di sana'
Yang sememangnya tidak tercapai di akal fikiran kita tentang
BAHANG  API  NERAKA 
Menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.... Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan
untuk meminta api tersebut 
daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril      : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka
untuk  dihantar  ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril: Sebesar kurma...


Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah 
tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.


Jibril: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...


Zabaniah: Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia ,
                     nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun mengadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. 

Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja 
dari api neraka untuk dibawa ke dunia. 
Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 
70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan 

di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan
tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula
api tersebut dan dihantar semula
ke neraka.

Kiranya hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini ....
Tapi itulah kita..hanya sebesar zarah sahaja sudah tidak dapat bertahan akan kepanasannya,
bagaimanalah yaa dengan api di neraka itu sendiri....
Allahu A'lam







LISTEN TO QURAN

Listen to Quran